Ada satu soalan berkaitan pundi kencing yang masih tiada bertemu jawapan hingga saat ini iaitu kenapa individu akan lebih kerap kencing bila sejuk? Adakah ia fakta atau mitos? Teruskan baca artikel untuk tahu dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda boleh dapatkannya di sini.
Adakah misteri ini perkara benar dan normal?
Untuk pengetahuan anda semua, fenomena ini memang benar serta normal berlaku kepada ramai individu di luar sana. Ia juga mungkin lebih popular dengan istilah saintifik – cold diuresis.
Disebabkan oleh perkara itu, individu akan terasa seperti mahu buang air kecil dengan lebih kerap terutama ketika terdedah kepada persekitaran yang sejuk sama ada akibat cuaca atau suhu.
Sebenarnya, anda mungkin tidak perlu risau kerana ia tindak balas tubuh badan yang biasa namun turut ada risiko bahawa ini adalah antara petanda penyakit berkaitan dengan sistem urologi.
Baca lagi artikel berkaitan:
- Selain Kerap Buang Air, Ada 3 Penyakit Berkaitan Pundi Kencing, Wajib Ambil Tahu!
- Kerap Rasa Nak Terkencing Bila Bersin Atau Ketawa? Semak 22 Penyebab Utamanya Ini!
- Kerap Buang Air Kecil, Pundi Kencing Terlalu Aktif- Orang Muda Pun Boleh Kena Tau!
Jadi, cuba untuk tidak risau namun masih perlu berwaspada jika ia berlaku dan berulang ya? Terus baca ini!
Apa punca utama kerap kencing bila sejuk?
Alangkah penatnya apabila terpaksa ke tandas banyak kali untuk buang air kecil. Ini bukan sahaja bakal buat aktiviti seharian anda terganggu malah kondisi fizikal dan mental juga akan terjejas.
Persoalannya, kenapa fenomena ini berlaku? Berikut adalah punca utama kerap kencing bila sejuk:
#1. Kurang keluar peluh bila sejuk
Ketika berada di dalam persekitaran yang sejuk, tubuh badan akan kurang berpeluh akibat kurang bergerak dan beraktiviti lantas meningkatkan kuantiti cecair di dalam pundi kencing individu.
Akibatnya, anda mungkin akan lebih kerap kencing kerana air yang patut keluar melalui peluh itu tidak keluar. Disebabkan itu pula, senaman ketika cuaca atau suhu sejuk itu mungkin diperlukan.
#2. Tindak balas sistem imun bila sejuk
Apabila udara sejuk datang dengan tiba-tiba, sistem imun tubuh badan kita akan bertindak untuk melindungi organ dalaman melalui banyak cara serta melibatkan pundi kencing itu sendiri.
Alasannya, darah akan mula mengalir dengan lebih banyak dari dan ke semua organ termasuklah pundi kencing yang menyebabkan tekanan lantas meningkatkan keperluan untuk membuang air.
#3. Tekanan darah yang meningkat mendadak
Tekanan darah akan jadi tinggi ketika tubuh badan sedang kedinginan untuk menyesuaikan diri. Disebabkan tekanan yang tinggi itu, sistem imun akan menghantar isyarat kepada pundi kencing untuk membuang lebihan cairan yang sedia ada di dalam organ ini.
Kesannya, ia juga boleh jadi sebab kenapa individu kerap kencing bila sejuk dan ini semua normal.
Apa pula faktor risiko lain yang wujud?
Di atas tadi, kami telah menyenaraikan beberapa punca utama yang mengakibatkan fenomena ini terjadi namun mungkin masih ada faktor risiko lain lagi yang berkaitan keadaan kesihatan anda.
Untuk makluman anda semua, ada beberapa faktor risiko yang mungkin beri kesan seperti berikut:
- Kencing manis
- Batu karang
- Masalah pundi kencing
- Jangkitan salur kencing
- Penyumbatan salur kencing
- STD (herpes, sifilis, trikomoniasis, klamidia, gonorea dan lain-lain)