Kegunaan
Apakah kegunaan novomin (dimenhydrinate)?
Novomin biasanya digunakan untuk mencegah dan merawat mual, muntah, dan pening akibat mabuk kenderaan. Ia juga digunakan untuk keadaan lain seperti yang ditentukan oleh doktor anda.
Tablet dimenhydrinate merupakan anti-histamin dan anti-kolinergik. Ia berfungsi di dalam otak untuk mengurangkan mual, muntah, dan pening.
Bagaimanakah pengambilan novomin (dimenhydrinate) dilakukan?
Guna tablet novomin seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Periksa label pada ubat untuk arahan dos yang sebenar.
Tablet ubat ini boleh diambil dengan atau tanpa makanan.
Guna tablet ubat ini seperti yang diarahkan pada bungkusan ubat, melainkan anda telah diarahkan sebaliknya oleh doktor anda. Jika anda mengambil tablet tanpa preskripsi, ikut sebarang amaran atau langkah berjaga-jaga pada label ubat.
Ambil dos pertama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum aktiviti atau bertolak.
Apakah kaedah penyimpanan novomin (dimenhydrinate)?
Novomin paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan ubat ini di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama novomin yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang ubat ini ke dalam mangkuk tandas atau menuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.
Langkah berjaga-jaga & amaran
Apakah yang perlu saya tahu sebelum mengambil novomin (dimenhydrinate)?
Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:
- Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
- Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan
- Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif dalam novomin atau ubat-ubatan lain
- Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
- Anda sedang mengambil sodium oxybate (GHB)
- Anda sedang mengambil atau telah mengambil perencat monoamine oxidase (MAO) (contoh, phenelzine) dalam masa 14 hari yang lalu
Adakah selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?
Tiada kajian yang lengkap mengenai risiko apabila menggunakan novomin semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Novomin termasuk dalam risiko hamil kategori B, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US.
Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:
- A=Tiada risiko
- B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian
- C=Mungkin terdapat sedikit risiko
- D=Terdapat bukti positif terhadap risiko
- X=Kontraindikasi
- N=Tidak diketahui
Kesan-kesan sampingan
Apakah kesan sampingan pengambilan novomin (dimenhydrinate)?
Ubat ini boleh menyebabkan mengantuk apabila mengambil ubat ini. Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Tindak balas ubat
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan novomin (dimenhydrinate)?
Novomin boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.
Antara produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:
- Sodium oxybate (GHB) kerana terdapat peningkatan dalam tempoh tidur dan kurang kebolehan untuk bernafas adalah yang biasa berlaku
- Perencat MAO (contoh, phenelzine) kerana kesan sampingan serius, seperti tekanan darah tinggi atau sawan, boleh berlaku
- Antibiotik yang mana boleh menyebabkan masalah pendengaran (contoh gentamicin, vancomycin) kerana tablet dimenhydrinate mungkin boleh menutup simptom masalah pendengaran
Adakah makanan atau minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan novomin (dimenhydrinate)?
Novomin mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.
Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan novomin (dimenhydrinate)?
Novomin akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.
Keadaan kesihatan ini termasuk:
- Asma
- Penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD)
- Bronkitis kronik
- Emfisema
- Penyakit paru-paru
- Sesak nafas
- Apnea tidur
- Sekatan pada perut, usus, atau saluran urinari
- Sukar kencing
- Diabetes
- Ulser
- Kelenjar prostat membesar
- Glaukoma
- Penyakit jantung
- Degupan jantung tidak sekata
- Tekanan darah tinggi
- Porfiria
- Penyakit tiroid
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Novomin.
Apakah dos novomin (dimenhydrinate) yang sesuai untuk seorang dewasa?
Dos ialah 50-100 mg 3-4 kali sehari. Mulanya 30 minit sebelum bergerak.
Apakah dos novomin (dimenhydrinate) yang sesuai untuk kanak-kanak?
Kanak-kanak >12 tahun: 50 mg (1 tab)
Kanak-kanak 8-12 tahun: 25-50 mg (½ sehingga 1 tab)
Kanak-kanak 6-8 tahun: 12.5-25 mg (¼ sehingga ½ tab)
Dos perlu diambil 2-3 kali sehari
Mulanya 30 minit sebelum bergerak
Bagaimanakah bentuk ketersediaan novomin (dimenhydrinate) boleh didapati?
Ubat ini boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:
- Sirap; Oral; Dimenhydrinate 15 mg / 5 ml
- Tablet; Oral; Dimenhydrinate 50 mg
Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.
Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos novomin, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
[embed-health-tool-bmi]