Anda kerap berdepan gejala sesak nafas disebabkan penyakit asma. Tetapi adakah anda tahu tahap asma dialami? Dalam artikel ini ada jawapannya.
Anda kerap berdepan gejala sesak nafas disebabkan penyakit asma. Tetapi adakah anda tahu tahap asma dialami? Dalam artikel ini ada jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.
Penyakit asma adalah keadaan kesihatan yang menyebabkan kesukaran bernafas.
Kesukaran ini disebabkan oleh saluran pernafasan yang menyempit dan membengkak.
Asma juga mengakibatkan penghasilan lendir atau mukus dalam saluran pernafasan anda. Asma menyebabkan anda berdehit, sesak nafas, dan batuk.
Baca juga:
Menurut laporan Pertubuhan Keihatan Dunia (WHO), kebanyakan kes asma berkaitan kematian berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Sekitar 235 juta orang kini menderita penyakit asma, dan ia adalah penyakit biasa dalam kalangan kanak-kanak.
Mengikut anggaran terkini WHO yang dikeluarkan pada Disember 2016, terdapat 383 ribu kematian akibat asma dilaporkan pada tahun 2015.
Seperti kebanyakan penyakit lain, penyakit ini juga terbahagi kepada beberapa tahap atau peringkat.
Rawatan asma seseorang adalah berdasarkan tahap betapa kronik atau kritikal keadaannya.
Ini bermakna doktor akan menilai dan mengklasifikasikannya mengikut garis panduan terkini untuk menguruskan asma bagi orang dewasa, remaja atau kanak-kanak.
Berikut adalah klasifikasi asma bagi dewasa, remaja dan kanak-kanak.

Serangan ini terjadi apabila lapisan saluran bronkial membengkak.
Ini menyebabkan saluran pernafasan sempit dan mengurangkan aliran udara masuk dan keluar daripada paru-paru.
Menurut WHO, faktor risiko paling tinggi untuk asma adalah kombinasi genetik dengan pendedahan alam sekitar terhadap bahan dan partikel yang dihirup.
Penyakit asma boleh dikawal dengan bantuan ubat yang berfungsi mengelakkan pencetus merengsakan saluran pernafasan.
Selain itu, asma ringan mungkin mempunyai peningkatan dalam tahap kroniknya, anda harus mengikuti pelan rawatan yang diberikan oleh doktor anda dan menjalani pemeriksaan berkala.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
18/07/2023
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Shelby
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz