Lendiran Kemaluan Lelaki Digunakan Sebagai Ubat Asma, Boleh Percaya Berkesan Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/12/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Pengguna perlu bijak membuat keputusan. Walaupun kaedah rawatan alternatif homeopati merupakan satu sistem perubatan yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kita perlu tahu kandungan ubat yang perlu diambil.

Di luar negara, terdapat dakwaan yang mengatakan laman web Amazon telah menyenaraikan 4 produk homeopati berbeza, diperbuat daripada lendiran kemaluan lelaki untuk merawat asma. Nak tahu lebih lanjut? Ikuti artikel ini. 

Periksa kandungan ubat

The US Food and Drugs Administration (FDA) telah mengeluarkan amaran kepada pengguna supaya lebih berhati-hati dalam memilih ubat homeopati yang dijual. Ini kerana, bahan yang digunakan oleh pembuat produk tersebut berkemungkinan berasal daripada sumber yang boleh memberikan kemudaratan kepada pengguna. 

Kebanyakan ubat homeopati, khususnya yang tidak mendapat apa-apa pengiktirafan FDA atau organisasi berkaitan, mempunyai potensi untuk membahayakan nyawa pengguna.

Ada pengguna yang memberikan testimoni bahawa ubat A boleh merawat kanser, atau ubat B boleh menyembuhkan autisme. Namun begitu, kesahihan testimoni tersebut menjadi sumber keraguan apatah lagi ia tidak dikaji dan direkodkan dalam mana-mana jurnal perubatan.

Pada tahun 2017, FDA telah mengeluarkan satu dokumen berkaitan dengan risiko menggunakan ubat-ubatan berdaftar. Namun disebabkan pemasaran homeopati meningkat kira-kira ⅕ setiap tahun, penelitian semula perlu dilakukan secara berkala.

Kini, dokumen tersebut mempunyai kategori yang berbeza untuk produk homeopati mengikut tahap kebahayaannya terhadap kesihatan umum. 

Terdapat juga bahagian yang memperincikan perihal bahan yang boleh memudaratkan kesihatan individu seperti bahan yang mengandungi patogen, bahan toksik kimia dan bahan yang diambil secara suntikan, memandangkan ia melepasi sistem pertahanan semula jadi badan.

Bahan yang jelas bahaya untuk kesihatan

simptom asma

Laman web Amazon, telah dikritik hebat baru-baru ini berikutan penjualan pil yang mengandungi air liur anjing yang dijangkiti rabies.

Khasiatnya tidak diketahui namun terdapat pelbagai jenis variasi ubat homeopati lain yang diperbuat daripada bahan yang menjelekkan. 

Bayangkan bahan yang dipanggil sebagai medorrhinum, diperbuat daripada lendiran kemaluan lelaki yang mempunyai penyakit gonorrhea.

Menurut Pusat Homeopati di Amerika Syarikat tersebut, ia boleh digunakan bagi merawati asma, sawan, senggugut dan psoriasis. Resepi pembuatan produk ini diambil daripada prosedur asal Dr Hahnemann, pengasas kepada homeopati.

Paling mengejutkan, menurut Boiron, salah sebuah syarikat yang menghasilkan ubat-ubatan homeopati tersebut, pada tahun 2018, mereka telah memperolehi pendapatan setinggi 600 juta Euro (bersamaan dengan kira-kira RM2.75 bilion).

Kebiasaannya produk ini mempunyai dos yang berlainan. Anda boleh mendapatkan dos lendiran gonorrhea yang tinggi pada harga yang mahal.

Kesan positif farmakologi ubatan yang diperbuat daripada bahan sebegitu tidak terbukti keberkesanannya melalui protokol kajian sains.

Konklusi

Di Malaysia, kebanyakan rawatan homeopati diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, namun kita, sebagai pengguna perlu berhati-hati jika ingin menggunakan ubat-ubatan tersebut.

Risikonya perlu ditimbang tara dengan kesan baiknya. Bahan-bahan yang jelas menunjukkan kemudaratan perlu dielak agar anda tidak menderita disebabkan oleh komplikasinya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Simptom Gonorrhea Mungkin Tidak Sama Bagi Lelaki & Perempuan! Ini Perbezaannya

Tahukah anda bahawa simptom gonorrhea bagi lelaki dan wanita adalah berbeza? Jom klik artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 13/11/2020 . 3 minit bacaan

Lepas Senggama, Kena Berkumur! Benarkah Ia Mampu Elak Jangkitan Kelamin Gonorrhea?

Gonorrhea adalah antara penyakit jangkitan kelamin yang sangat berbahaya. Persoalannya, benarkah berkumur lepas bersama boleh kurangkan risikonya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 28/10/2020 . 3 minit bacaan

Seks Memang Seronok Namun Ada Kajian Kata Ia Boleh Cetuskan Serangan Asma! Benarkah?

Seks adalah satu aktiviti yang sangat seronok. Namun ada kajian yang kata ia boleh jadi punca penyakit asma! Benarkah? Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Asma, Pusat Kesihatan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Jaga-Jaga Penghidap Asma & Alahan, Cuaca Juga Boleh Buatkan Anda Diserang Alergi!

Alahan dan asma boleh menyerang ketika cuaca sejuk atau panas. Jika anda alami sakit hidung seakan-akan reaksi alahan, cepat jumpa doktor ya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Alahan, Pusat Kesihatan 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

komplikasi asma

Bukan Hanya Kacau Waktu Tidur, Tapi Penyakit Asma Juga Buat Hidup Anda Terjejas

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
penyakit asma gangguan pernafasan

Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
masalah kesihatan kanak-kanak prasekolah

Mahu Anak Sentiasa Sihat? Ketahui 10 Masalah Kesihatan Lazim Kanak-kanak Prasekolah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
sakit mata bayi

Bayi Baru Lahir Sakit Mata? Ini Mungkin Petanda Dijangkiti Bakteria Sakit Kelamin!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan