backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Rabis

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apa itu Rabis?

Rabis adalah jangkitan serius disebabkan oleh virus rabis. Anda boleh dijangkiti virus ini selepas digigit oleh haiwan yang dijangkiti rabis seperti skunk, rakun, kelawar, dan musang serta anjing liar (anjing yang hilang atau ditinggalkan). Apabila seseorang mula menunjukkan tanda dan simptom rabis dan dibiarkan tanpa rawatan, penyakit ini boleh membawa maut. Oleh sebab itu, sesiapa yang disyaki menghidapi rabis perlu mendapatkan rawatan segera.

Apakah kebarangkalian Rabis?

Individu yang tinggal di kawasan pendalaman, di mana tiada vaksin yang boleh diberikan segera selepas mereka digigit. Rabis boleh berlaku kepada semua peringkat umur namun lebih kerap berlaku pada kanak-kanak di bawah usia 15 tahun, pekerja makmal yang kerap terdedah kepada virus rabis. Selain itu, kumpulan yang berisiko tinggi termasuklah kanak-kanak yang tinggal di kawasan yang terdedah kepada rabis, individu yang melancong ke kawasan pendalaman di mana rabis kurang dibenteras.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Rabis?

Jangka masa dari dijangkiti virus sehingga simptom pertama berlaku sekitar 35 hingga 65 hari. Simptom pertama yang berlaku mungkin sama seperti flu. Tanda dan simptom lain termasuklah:

  • Demam.
  • Sakit kepala.
  • Mual dan muntah.
  • Hilang selera makan.
  • Tanda-tanda lain termasuklah sakit atau kebas di kawasan gigitan, selama 3-4 hari pertama. Sejurus selepas simptom sistem saraf berlaku, seperti menjadi gelisah dan resah, hiperaktiviti yang keterlaluan, berkelakuan aneh dan waktu tenang. Halusinasi, kekejangan otot, dan lumpuh boleh juga berlaku. Takut akan air (hidrofobia) berlaku di peringkat ini.

    Malangnya, jika rabis tidak dirawat sejurus selepas terdedah, ia sering mengakibatkan koma, konvulsi dan kematian. Hal ini biasanya berlaku pada hari keempat hingga hari ketujuh selepas bermulanya simptom.

    Mungkin terdapat beberapa simptom lain yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    Segera mendapatkan rawatan jika anda digigit oleh mana-mana haiwan, walau haiwan peliharaan sekalipun. Berdasarkan kecederaan yang anda alami dan situasi di mana gigitan tersebut berlaku, anda dan doktor anda boleh menentukan sama ada anda perlu menerima rawatan pencegahan rabis ataupun tidak.

    Meskipun anda tidak pasti sama ada digigit atau tidak, sila dapatkan nasihat perubatan.

    Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang tersenarai di atas atau ada sebarang masalah, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Lebih baik anda berbincang dengan doktor anda mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

    Punca

    Apakah punca Rabis?

    Rabis berpunca daripada virus bernama rhinovirus di dalam air liur haiwan yang dijangkiti virus ini. Haiwan yang dijangkiti ini boleh menyebarkan virus ini dengan menggigit haiwan yang lain ataupun manusia. Terdapat kes terpencil di mana virus ini boleh tersebar apabila air liur yang dijangkiti terkena bukaan luka atau lapisan mukosa seperti mulut dan mata. Hal ini boleh berlaku jika haiwan yang dijangkiti menjilat bukaan luka pada kulit anda.

    Faktor-faktor Risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Rabis?

    Faktor yang boleh meningkatkan risiko rabis termasuklah:

  • Melancong atau tinggal di negara membangun di mana rabis lebih biasa ada seperti di Afrika dan Asia Tenggara.
  • Aktiviti yang boleh membuatkan anda didekati haiwan liar yang mungkin dijangkiti rabis seperti jelajah gua di mana kelawar hidup atau berkhemah tanpa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan haiwan liar daripada menghampiri kawasan perkhemahan anda.
  • Berkerja di makmal dengan virus rabis.
  • Luka pada kepala, tengkuk atau tangan, boleh menyebabkan virus rabis merebak ke bahagian otak dengan lebih pantas.
  • Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit Rabis didiagnosis?

    Haiwan yang menggigit anda perlu ditangkap untuk ujian rabis. Setelah haiwan rabis itu menggigit anda,  tiada cara lain untuk mengetahui sama ada haiwan tersebut telah menyebarkan virus rabis kepada anda atau tidak. Oleh itu, rawatan pencegahan virus rabis daripada menjangkiti badan anda disyorkan sekiranya doktor merasakan anda berisiko terdedah dengan virus ini.

    Bagaimana pesakit Rabis dirawat?

    Jika anda digigit oleh haiwan yang dijangkiti rabis, luka gigitan perlu dicuci segera menggunakan sabun, air dan antiseptik seperti povidone-iodine… Kemudian, anda akan diberi satu siri suntikan untuk mencegah virus rabis daripada menjangkiti anda. Terdapat dua jenis suntikan. Satu suntikan bertindak cepat pada kawasan berdekatan luka gigitan untuk mengelakkan jangkitan rabis, mengandungi globulin imun rabis. Jenis suntikan kedua dicucuk sekurang-kurangnya 4 kali sepanjang 14 hari. Suntikan kedua dicucuk pada lengan untuk membantu badan anda mengenali virus rabis dan belajar untuk melawan virus ini. Jika haiwan yang menggigit anda ditangkap, ia akan diperiksa. Jika disyaki tiada rabis, anda mungkin tidak memerlukan suntikan kedua. Anda perlu berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Rabis?

    Berikut merupakan perubahan cara hidup dan kaedah rawatan sampingan yang boleh membantu anda mengatasi rabis:

    • Lawat doktor anda secara berkala untuk melihat perkembangan anda dan rabis.
    • Ikut nasihat doktor.
    • Penjagaan gigi. Berus dan flos serta berjumpa doktor gigi secara berkala.
    • Tukar diet anda. Guna garam secara bersederhana. (Jangan tambah garam dalam makanan anda).
    • Kekalkan berat badan yang sihat.
    • Elakkan kafein.
    • Bersenam.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan