backup og meta

Selalu Sakit Belakang? Lupakan Tilam Mahal, Cuba Tidur Di Atas Lantai!

Selalu Sakit Belakang? Lupakan Tilam Mahal, Cuba Tidur Di Atas Lantai!

Selalu rasa sakit belakang? Tahukah anda, tempat tidur memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti hidup kita. Mungkin ramai yang anggap tilam adalah alas terbaik untuk tidur, namun kajian menunjukkan kesan tidur atas lantai adalah yang terbaik untuk tulang belakang kita!

Ada banyak sebab mengapa seseorang itu memilih untuk tidur beralaskan lantai. Ada yang percaya amalan tidur ini boleh menyelesaikan masalah sakit belakang dan postur badan. 

Sebab itulah, masih ada lagi masyarakat di negara lain yang tidur di atas lantai dengan alas yang nipis.

Namun, ada juga yang inginkan gaya hidup yang lebih minimalis dan enggan menggunakan tilam atas sebab-sebab tertentu. 

Disebabkan harga tilam yang mahal dan cuaca yang panas, mungkin ada yang enggan berbelanja lebih dan lebih gemar tidur di lantai yang lebih sejuk.

Tidak kiralah apa pun sebab anda, amalan ini sebenarnya ada kebaikannya terhadap kesihatan. Ingin tahu apakah kebaikan dan manfaatnya? Mari ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tidur Berkualiti, sila dapatkannya di sini.

3 kebaikan tempat tidur di atas lantai

tempat tidur

Tidak dinafikan, tempat tidur yang selesa amat penting untuk memastikan kita mendapat rehat yang mencukupi. Kajian menunjukkan, kita dapat tidur dengan lebih lena jika tempat kita tidur mempunyai suhu dan keselesaan yang optimum.

Malah, disebabkan kualiti tidur dan kesihatan kita saling berkait rapat, tempat untuk tidur yang selesa amat penting, lebih-lebih lagi dalam menentukan mood kita pada waktu siang.

Walaupun begitu, bagaimana pula dengan mereka yang sering sakit belakang? Tidak dinafikan, bukan semua orang dapat membeli tilam yang selesa lebih-lebih lagi jika harganya mencecah ribuan ringgit.

Sebenarnya, tiada salahnya jika anda memilih untuk tidur di atas lantai. Di bawah, kami senaraikan 3 sebab mengapa anda perlu melakukannya sekali-sekala!

1. Suhu yang lebih sejuk

Selalu kepanasan ketika tidur malam? Jika anda sering alami masalah ini, cuba tukar tempat tidur dan berbaring di atas lantai.

Secara amnya, manusia lebih mudah tidur dalam persekitaran yang sejuk. Oleh sebab itu, jika anda mempunyai masalah tidur, terutamanya pada musim panas, cuba tidur di atas lantai. Ia lebih selesa dan dapat mengurangkan haba badan dengan pantas!

2. Mungkin dapat mengurangkan sakit belakang

tempat tidur

Ramai orang yang percaya bahawa tilam yang pejal adalah pilihan yang terbaik untuk mereka yang sakit belakang.

Malah, National Institute of Neurological Disorders and Stroke juga menggalakkan orang ramai yang menghidap masalah tulang belakang untuk tidur di atas permukaan yang rata.

Bergantung kepada punca sakit belakang, tidur pada permukaan yang rata mungkin dapat mengurangkan kesakitan yang anda alami.

Sebagai contoh, wanita hamil yang sakit belakang mungkin akan alami kelegaan setelah tidur atas lantai. Walau bagaimanapun, jangan pula paksa diri untuk berbaring di atas lantai jika anda tidak selesa!

Malah, ada juga yang alami sakit belakang disebabkan penggunaan tilam yang terlalu lembut. Ada juga tilam yang mudah tenggelam dan akan meninggalkan lekukan setelah beberapa kali pemakaian.

Tilam sebegini hanya akan membuatkan sakit belakang yang dialami menjadi semakin teruk. Malah, ia akan menyebabkan tulang belakang membengkok secara abnormal ketika tidur.

Lama-kelamaan, sakit belakang yang dialami akan menjadi semakin kronik disebabkan penggunaan tilam yang tidak selesa. Besar kemungkinan, anda juga akan alami masalah tidur!

Sebagai penyelesaian, apa kata anda cuba tukar tempat tidur dan berbaring di atas lantai. Anda tidak perlu berhabis banyak wang untuk tilam baharu. Pada masa yang sama, masalah sakit belakang yang dialami juga mungkin dapat diselesaikan!

3. Tempat tidur atas lantai dapat membetulkan postur badan

tempat tidur

Postur badan yang tidak betul juga merupakan punca utama sakit belakang. Ketika kita tidur di atas lantai, tulang belakang akan kekal lurus.

Untuk tidur yang lebih selesa, letakkan tilam nipis sebagai alas. Anda juga boleh letakkan bantal di bahagian bawah belakang badan untuk mengurangkan tekanan pada kawasan tulang.

Baca juga:

Bukan semua orang sesuai tidur di atas lantai

tilam

Walaupun kebanyakan kesan tidur atas lantai adalah positif, tidak dinafikan ia bukanlah satu amalan yang sesuai untuk semua orang. Ia mungkin tidak selamat untuk individu tertentu seperti:

  1. Orang tua. Mereka yang sudah berusia tidak digalakkan untuk tukar tempat tidur dan tidur di atas lantai. Amalan ini mungkin dapat meningkatkan risiko tulang retak.
  2. Individu yang senang sejuk. Tidur di atas lantai boleh menyebabkan kita rasa lebih sejuk daripada biasa. Oleh sebab itu, mereka yang menghidap anemia, diabetes jenis 2 dan penyakit tiroid tidak digalakkan untuk tidur di atas lantai.

Kadangkala, masalah sakit belakang yang anda alami bukanlah disebabkan tilam atau tempat tidur semata-mata. Ada banyak lagi faktor lain yang boleh menyebabkan anda sakit belakang.

Jika masalah ini mengganggu kehidupan anda, berjumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Jangan biarkan ia berleluasa kerana sakit belakang boleh membuatkan kualiti hidup anda merosot.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sleep tips: 6 steps to better sleep. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/sleep/art-20048379. Accessed on April 28, 2022.
  2. Sleep. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/sleep/. Accessed on April 28, 2022.
  3. Sleeping on the Floor: Benefits & Side Effects. https://www.sleepfoundation.org/sleep-hygiene/sleeping-on-the-floor. Accessed on April 28, 2022.
  4. The Bedroom Environment. https://www.sleepfoundation.org/bedroom-environment. Accessed on April 28, 2022.
  5. The Science of Sleep: Understanding What Happens When You Sleep. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/the-science-of-sleep-understanding-what-happens-when-you-sleep. Accessed on April 28, 2022.
  6. Dust Allergies. https://acaai.org/allergies/allergic-conditions/dust-allergies/. Accessed on April 28, 2022.

Versi Terbaru

06/07/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Habis Satu Badan Gatal Sebab Tilam Penuh Pepijat! Apa Anda Perlu Buat?

Anak Tak Nak Tidur Malam? Mama, Jangan Bimbang! Cuba 11 Cara Ini Dulu...


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan