Apabila badan tidak mendapatkan rehat yang mencukupi, sudah tentu ia akan memberikan kesan kepada kesihatan secara menyeluruh. Kira penting tau sebenarnya itu mendapatkan kualiti dan kuantiti tidur yang baik. Beauty sleep kata orang.
Manfaat tidur
Tidur yang mencukupi dan berkualiti atau istilah mudahnya beauty sleep sudah pasti memberikan manfaat kepada badan, sama ada secara fizikal mahupun mental. Tetapi selain daripada menghilangkan rasa letih, apa lagi manfaat yang boleh diperolehi?
Berikut adalah beberapa manfaatnya:
1. Penyembuhan segera
Beauty sleep adalah perkara yang benar. Kulit akan menggunakan waktu tersebut untuk menyembuhkan diri daripada sebarang kerosakan yang berlaku setiap hari. Ketika anda memejamkan mata, ia adalah peluang untuk kulit memperbaiki dirinya.
2. Breakouts
Sudah tentu ia merupakan perkara yang ingin dielakkan oleh kebanyakan individu terutamanya wanita. Lebih banyak anda tidur, peluang untuk mendapatkan kulit yang licin adalah semakin tinggi. Tekanan yang berpunca akibat kurang rehat boleh menyebabkan wujudnya jerawat.
3. Bersinar
Makin berseri wajah kalau mata bersinar-sinar. Tetapi adakalanya lingkaran gelap menjadi penghalang. Walaupun masalah lingkaran gelap ini biasanya disebabkan oleh faktor genetik, tetapi anda boleh mengurangkannya dengan cara mendapatkan tidur yang mencukupi.
4. Tona sekata
Tidak mendapat rehat yang mencukupi boleh mengakibatkan wajah anda tampak pucat dan mungkin bengkak. Memejamkan mata dan berehat membantu menggalakkan aliran darah sihat ke kulit. Jadi apa lagi? Jom beauty sleep!
5. Emosi lebih baik
Dalam kajian yang dilakukan di Sweden, sekumpulan sukarelawan diminta untuk melihat gambar individu yang kurang melelapkan mata dan individu yang mendapat 8-jam waktu rehat. Hasilnya, individu yang mendapat rehat mencukupi tampak lebih sihat dan lebih menarik.
6. Kedutan
Sama seperti proses penyembuhan, kulit juga akan menghasilkan kolagen baru ketika anda sedang melelapkan mata dan ini sudah tentu dapat melawan masalah kedutan. Lebih banyak kolagen dihasilkan, bermakna kulit anda akan lebih gebu dan kurang kedutan.
7. Rambut sihat
Takkan kurang tidur boleh efek rambut? Percayalah, masalah seperti keguguran dan kerosakan pada rambut turut dipengaruhi oleh faktor tidak cukup rehat. Folikel rambut, iaitu tempat di mana pertumbuhan rambut berlaku, mendapat nutrien, vitamin dan mineral daripada aliran darah.
Rehat mencukupi
Apa yang disebutkan di atas merupakan antara kebaikan beauty sleep yang perlu anda tahu, khususnya berkaitan kecantikan diri. Jadi kalau anda ingin cantik luar dan dalam, pastikan anda memberikan badan anda rehat yang secukupnya. Pejamkan mata anda, jom tidur!
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
- Eh…Jerawat Apa Pulak Ni? Jom Kenal Pasti Jenis Jerawat
- Tip Penjagaan Kulit
- Cara Merawat Kulit Rosak Akibat Cahaya Matahari
[embed-health-tool-bmi]