backup og meta

Tidur Sambil Bermesej, Wujudkah?

Tidur Sambil Bermesej, Wujudkah?

Tidur sambil bermesej (tidur mesej) adalah apabila anda menggunakan telefon anda untuk menghantar atau membalas mesej semasa tidur. Walaupun ia kedengaran agak tidak munasabah, namun ia boleh berlaku.

Kebiasaannya, tidur sambil bermesej ini berlaku secara tiba-tiba. Dalam erti kata lain, ia cenderung berlaku apabila anda menerima mesej. Notifikasi mungkin akan ‘memberitahu’ bahawa anda mempunyai mesej baru, dan otak bertindak balas dengan cara yang sama seperti ketika anda berjaga.

Walaupun untuk menaip mesej semasa tidur adalah tidak mustahil, tetapi kandungan mesej itu mungkin tidak dapat difahami.

Tidur sambil bermesej mungkin akan berlaku kepada individu yang tidur berdekatan telefon dengan mod notifikasi yang boleh didengar.

Punca gangguan

Tingkah laku atau sebarang aktiviti tidur yang diingini ini adalah merupakan simptom kategori gangguan tidur yang dinamakan parasomnia, ia berbeza mengikut pelbagai peringkat kitaran tidur.

Sebagai contoh, tidur berjalan. Ketika seseorang individu berjalan dalam tidur, dia berada dalam tahap kesedaran yang rendah. Apabila berjalan, sebahagian otak anda yang mengawal pergerakan dan koordinasi, sementara sebahagian yang lain mengawal fungsi yang lebih tinggi, manakala fungsi rasional dan memori, dimatikan.

Tidur mesej mungkin berlaku dalam keadaan separa sedar. Dalam kajian 2013 mengenai kegunaan teknologi dan tidur, penyelidik mendapati bahawa 10 peratus peserta dilaporkan bangun kerana telefon bimbit mereka sekurang-kurangnya beberapa kali dalam masa seminggu.

Bergantung pada bila gangguan ini berlaku dalam kitaran waktu tidur, individu yang menerima gangguan tidur ini mungkin menghantar mesej tanpa menyedari tentang itu pada keesokkan harinya.

Beberapa faktor mungkin menyumbang kepada gangguan tidur mesej. Ini termasuk:

  • Tekanan
  • Kurang tidur
  • Tidur terganggu
  • Perubahan jadual tidur
  • Demam

Tidur mesej juga mungkin mempunyai komponen genetik, kerana individu yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah gangguan tidur, mempunyai risiko untuk mengalami parasomnia yang boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira peringkat umur.

Contoh tidur mesej

Terdapat pelbagai senario berbeza untuk tidur mesej berlaku. Situasi paling kerap terjadi selepas menerima notifikasi. Telefon berdering atau bunyi ‘bip’ yang menandakan isyarat mesej baru.

Notifikasi yang berlaku juga mungkin bukan untuk mesej baru masuk, tetapi ia mendorong anda untuk mengambil telefon dan membalasnya, seperti yang anda biasa lakukan pada waktu siang.

Senario lain yang mungkin menyumbang kepada tidur mesej adalah apabila anda bermimpi menggunakan telefon atau menghantar mesej kepada seseorang.

Dalam kes lain, menghantar mesej semasa tidur mungkin berlaku tanpa notifikasi. Ini memandangkan menghantar mesej merupakan tingkah laku automatik bagi kebanyakkan individu.

Mencegah tidur mesej

Tidur mesej biasanya tidak mendatangkan masalah yang serius. Selain hanya ia sesuatu yang janggal dan agak lucu, tidur mesej tidak mendapatkan risiko pada kesihatan anda.

Namun anda perlu berbincang dengan doktor jika anda mengalami tidur mesej dengan parasomnia yang mengganggu atau berpotensi mendatangkan bahaya. Sekiranya anda mengekalkan rutin tidur konsisten dan masih mengalami parasomnia, ia boleh menjada petanda awal masalah kesihatan.

Bagi mereka yang mengalami masalah tidur meseh ini, ada penyelesaian mudah. Apabila tiba masa untuk tidur, anda boleh mencuba salah satu yang berikut:

  • Matikan telefon atau letakkan telefon anda dalam ‘mod malam’.
  • Matikan bunyi atau notifikasi
  • Letakkan telefon diluar bilik tidur
  • Elak menggunakan telefon sejam sebelum tidur.

Walaupun tidur mesej tidak mendatangkan sebarang masalah, meletakkan telefon di bilik tidur boleh memberi kesan terhadap kualiti dan kuantiti tidur anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sleep texting really exist, and here’s how to prevent it

 

https://www.healthline.com/health/sleep-texting/ Accessed on Nov 28, 2018

 

Versi Terbaru

26/11/2019

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Sering Alami 'Jet Lag' Jika Berjalan Jauh? Usah Risau Lagi, Pil Ini Dapat Membantu Anda!

Tak Boleh Tidur Malam? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ambil Ubat Tidur!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan