6 Kelebihan Rambut Pendek

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/04/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Rambut pendek merupakan gaya pilihan ramai lelaki masa kini. Bukan sekadar perempuan, rambut juga merupakan mahkota bagi seorang lelaki. Bahkan bagi seorang lelaki, memiliki rambut yang cantik dan kemas adalah penting kerana ia merupakan aset kepada penampilan mereka.

Jika dibuat perbandingan, rambut pendek memberikan banyak kelebihan kepada empunya badan. Apakah kelebihan tersebut? Jom ikuti artikel ini sehingga akhir.

Kelebihan rambut pendek:

1. Mudah diuruskan

Ini mungkin adalah perkara yang paling menguntungkan bagi seorang lelaki. Rambut pendek tentunya jauh lebih mudah diuruskan berbanding rambut panjang.

Bagi lelaki yang sedikit malas, rambut pendek adalah pilihan yang terbaik. Jika terbangun lewat daripada tidur, contohnya, anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mendandan rambut. Cukup sekadar basuh rambut menggunakan air atau syampu dan letakkan minyak atau gel rambut. Kemudian, gayakan dengan tangan atau sikat.

Sebaliknya bagi mereka yang berambut panjang, masa yang lama diperlukan untuk membasuh, mengeringkan serta mengayakannya.

2. Menjimatkan duit

Kos penjagaan rambut pendek jauh lebih rendah berbanding rambut panjang. Anda tidak perlu mendapatkan rawatan salon berkala yang tentunya memakan jumlah wang yang besar. Cukup sekadar syampu dan gel serta minyak rambut, anda sudah boleh mendapatkan gaya rambut pilihan anda.

3. Nampak kemas dan rapi

Lelaki rambut pendek nampak lebih kemas dan teratur, berbanding rambut panjang yang kelihatan serabut jika tidak diuruskan dengan betul. Ia juga memberikan imej pembersih oleh tuan badan.

4. Sesuai dengan lelaki

Jika anda mempunyai bentuk muka yang cantik, gaya rambut ini mampu menyerlahkan lagi muka anda. Ia juga menampakkan imej seorang lelaki yang seksi, maskulin dan profesional.

5. Mudah melakukan aktiviti luar dan sukan

Tidak banyak atlet yang memilih untuk mengenakan gaya rambut panjang. Jika ada pun, ia harus diikat. Keadaan ini tentu mengganggu keselesaan untuk melakukan aktiviti luar dan sukan dengan bebas.

6. Cuaca panas bukan lagi satu masalah

Kulit kepala tidak panas dan berpeluh teruk dengan rambut yang pendek. Anda tidak lagi perlu risau rambut anda akan basah berpeluh apabila matahari sedang tegak di atas kepala.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Rasa Tidak Yakin Angkara Rambut Kering & Kusam? Boleh Cuba 7 Petua Ini Di Rumah!

    Rambut kering dan rosak menjadi kebimbangan anda? Usah risau, boleh cuba guna 7 bahan ini di rumah untuk rambut yang sihat dan kuat! Jom klik untuk tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 18/11/2020 . 3 minit bacaan

    Suka Pintal Rambut Guna Jari? Ini Mungkin Tanda Anda Alami Masalah Sakit Jiwa, OCD!

    Fakta rambut yang perlu anda tahu! Kerap bermain rambut dengan cara memintal rambut tanpa sedar mungkin petanda anda alami OCD.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 06/11/2020 . 3 minit bacaan

    Lelaki Kurang Jantan Jika Tiada Janggut, Benarkah Ada Kaitan Dengan Hormon Testosteron?

    Pernahkah anda perhatikan lelaki tumbuh jambang, janggut atau misai dengan kadar yang berbeza? Sebenarnya, genetik yang memainkan peranan paling penting!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 21/10/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Cabut Bulu Hidung Jangan Terus Tarik Saja, BAHAYA! Ada Kaedah Lebih Selamat, Cuba Ini

    Rasanya ramai individu yang mempunyai bulu hidung serabai & serabut bukan? Tenang, ini ada 3 cara mudah untuk membuangnya! Jom klik untuk baca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 23/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara hitamkan uban

    Rambut Uban Jejas Penampilan? Relaks, Boleh Cuba 7 Ramuan Tradisional Ini Di Rumah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    kesan mandi laut

    Ramai Gemar Mandi Laut Tanpa Tahu Efeknya Kepada Kulit, Bermanfaat @ Bahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/12/2020 . 3 minit bacaan
    bulu alat kemaluan

    Jangan Biarkan Alat Sulit Seperti Hutan Belantara, Ini 5 Kaedah Buang Bulu Bawah, Elak Rengsa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
    kesan melancap rambut gugur

    Kuat Beronani Punca Rambut Semakin Banyak Gugur, Fakta @ Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan