backup og meta

Prosedur Kosmetik: Pendedahan Matahari dan Kanser Kulit

Prosedur Kosmetik: Pendedahan Matahari dan Kanser Kulit

Cahaya matahari membuatkan seseorang berasa baik, dalam dalam tempoh singkat, ia juka membuatkan seseorang kelihatan baik. Walau bagaimanapun, kebanyakan kedutan dan bintik-bintik boleh berlaku disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari. Lama kelamaan, serat dalam kulit yang dipanggil elastin boleh rosak akibat sinar ultraviolet (UV).

Oleh kerana kerosakan serat ini, kulit mula mengendur, meregangkan, dan kehilangan daya tahannya untuk kembali ke asal setelah regangan. Lebam dan peluh juga lebih mudah kelihatan dan mengambil lebih banyak masa untuk sembuh. Ketika muda, kerosakan pada kulit yang disebabkan oleh matahari mungkin tidak berlaku, tetapi mungkin muncul apabila usia anda meningkat, seperti kanser kulit.

Bagaimanakah matahari mengubah kulit?

Kesan sinar UV pada kulit:

  • Kehilangan sistem imun kulit yang membawa kepada pra-kanser dan kanser kulit.
  • Tumor benign.
  • Kerutan kasar dan halus.
  • Perubahan dalam warna kulit (mottled pigmentation).
  • Kulit menjadi kuning (Sallowness).
  • Pelebaran saluran darah kecil di bawah kulit (Telangiectasia).
  • Kerosakan garis elastik (Elastosis).

Sun-damaged skin. Pendedahan dengan sinaran ultraviolet (UV) matahari boleh menyebabkan kanser kulit pramatang, penuaan kulit dan keadaan lain seperti:

  • Perubahan tekstur kulit seperti kerutan kasar. Bahagian belakang leher adalah tempat yang berlaku kebanyakan kerutan kasar. Kedutan halus boleh disebabkan oleh kulit yang nipis, terutamanya pada lengan bawah dan belakang tangan.
  • Banyak lebam dari trauma kecil.
  • Perubahan pigmen, seperti bintik coklat, bintik-bintik, jeragat.
  • Tompok putih muncul pada kaki, lengan dan bahagian belakang tangan.
  • Kawasan merah di bahagian leher.
  • Moles, yang termasuk beberapa bahagian memindahkan ke kanser kulit.
  • Pra-kanser kulit, termasuk luka merah bersisik (actinic keratosis) dan luka pada bibir (actinic cheilitis), kedua-duanya boleh berkembang menjadi karsinoma sel skuamosa.

Apakah yang menyebabkan kanser kulit?

Apabila tubuh tidak dapat mengawal pertumbuhan sel-sel kulit yang tidak normal, kanser kulit boleh berlaku, yang merupakan bentuk paling umum dari semua jenis kanser. Kedua-dua tumor benigna dan malignan boleh menyebabkan pertumbuhan pesat sel-sel kulit yang tidak normal. Karsinoma sel basal, karsinoma sel skuamosa dan melanoma adalah tiga jenis utama kanser kulit. Sel kanser basal dan skuamosa adalah jenis yang kurang serius dan menyebabkan 95% daripada semua kanser kulit. Seseorang yang bukan kanser kulit melanoma, mempunyai lebih banyak peluang untuk sembuh jika kanser dikesan di peringkat awal. Sebaliknya, sel pigmen kulit yang tidak normal (melanosit) boleh menjadi penyebab melanoma. Ini adalah bentuk kanser kulit yang paling serius, yang menyebabkan 75% daripada semua kematian kanser kulit. Jika pesakit tidak mengesan dan merawat kanser dengan segera, kanser akan merebak ke organ-organ lain dan menjadi tidak terkawal, yang mengakibatkan kematian.

Siapakah yang berisiko mendapat kanser kulit?

Walaupun menghidap kanser adalah mungkin bagi sesiapa sahaja, risiko itu adalah tertinggi bagi mereka yang mempunyai kulit pecah atau kulit cerah yang mudah terbakar di bawah sinar matahari. Mereka yang kulit gelap juga boleh menderita apa-apa jenis kanser kulit, tetapi risiko itu jauh lebih rendah. Selain daripada kulit, faktor risiko lain termasuk mempunyai keluarga atau sejarah peribadi kanser kulit, mempunyai pekerjaan luar dan hidup dalam iklim cuaca panas dari hari ke hari. Sejarah selaran matahati yang teruk dan tahi lalat yang banyak, bentuk yang tidak teratur adalah faktor risiko yang unik untuk melanoma.

Kita sering mengaitkan kulit yang berseri dengan kesihatan yang baik, tetapi warna kulit yang diperoleh daripada sinaran matahari sebenarnya meningkatkan kesan penuaan dan meningkatkan risiko mengembangkan kanser kulit.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Cosmetic Procedures: Sun exposure and skin cancer http://www.webmd.com/beauty/sun/sun-exposure-skin-cancer Accessed October 3, 2016

Cosmetic Procedures: Sun exposure and skin cancer  http://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=43077 Accessed October 3, 2016

Versi Terbaru

06/11/2019

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Pencuci Mekap Sahaja Tidak Cukup! Kena Ikut 3 Langkah Ini Untuk Kulit Bersih & Glowing!

Pilihan Pelembap Terbaik Untuk Kulit Kering: Ini Tip & Cara Penggunaannya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 06/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan