backup og meta

Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 17/06/2022

    Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

    Semua orang tahu, makan banyak buah-buahan segar dan sayur-sayuran adalah baik untuk kesihatan jangka panjang, walaupun mungkin tidak ramai yang amalkan. Tapi bagaimana pula jika ia boleh mengubah warna kulit?

    Sebuah kajian yang diterbitkan baru-baru ini di American Journal of Public Health, mengatakan makan lebih banyak buah dan sayur-sayuran dapat mengubah warna kulit dan menjadikan kulit lebih sihat.

    Mengejutkan lagi, kesan amalan makanan ini juga boleh dilihat dalam beberapa minggu.

    Kenali apa itu melanin?

    Melanin adalah polimer kompleks yang berasal daripada asid amino tirosin, ia menyusun kelas sebatian yang berfungsi terutamanya sebagai pigmen.

    Selain itu, ia bertanggungjawab untuk menentukan warna kulit dan rambut bergantung pada seberapa banyak populasi yang terdedah kepada matahari mengikut sejarah sesuatu bangsa.

    Terdapat sekurang-kurangnya 3 jenis melanin yang berlaku secara semula jadi iaitu eumelanin, pheomelanin dan neuromelanin, komposisi kimia serta sifat fizikal adalah berbeza-beza.

    Apa itu karotenoid?

    warna kulit

    Penyelidikan mendapati makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran mampu mengubah warna kulit, dan memberikan kesan glowing yang sihat.

    Semuanya berasal daripada elemen karotenoid, yang merupakan pigmen oren-merah yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, seperti wortel, aprikot, mangga dan bayam.

    Beberapa makanan yang dipenuhi beta-karoten yang paling popular termasuk:

    • Aprikot
    • Cantaloupe
    • Lobak
    • Mangga
    • Labu
    • Ubi keledek
    • Keladi

    Pengambilan karotenoid daripada buah dan sayuran didapati berkaitan dengan warna kulit manusia yang kekuningan.

    Pewarnaan berdasarkan karotenoid ini memberi manfaat yang baik terhadap penampilan kesihatan manusia.

    Berita baiknya, ia tidak beracun dan tidak akan menyebabkan masalah kesihatan lain selain daripada sedikit perubahan warna pada kulit.

    Selain itu, perubahan warna kulit adalah sementara dan akan berubah sepenuhnya apabila anda mengubah diet pemakanan.

    Justeru, kondisi ini tidak memerlukan rawatan kerana kulit akan perlahan-lahan menjadi normal dalam beberapa minggu atau bulan ketika kepekatan beta dalam darah anda menjadi normal.

    Perubahan warna ini biasanya berlaku apabila kadar karoten darah 3 hingga 4 kali kadar normal.

    Perkara ini sering dilihat pada kanak-kanak yang mempunyai pengambilan makanan bayi tertentu yang tinggi, individu yang menghidapi penyakit hati, diabetes mellitus atau hipotiroidisme.

    Kadang-kadang ia boleh dikelirukan dengan penyakit kuning tetapi ia tidak akan menyebabkan kekuningan pada bahagian putih mata.

    Tetapi bagaimanakah warna kulit anda bertukar?

    Lebihan beta-karoten dalam darah anda melekat pada bahagian tubuh yang mempunyai kulit yang lebih tebal, seperti telapak tangan, telapak kaki, lutut, siku dan lipatan di sekitar hidung.

    Ini adalah kawasan pertama yang biasanya akan berubah menjadi warna oren dan ia lebih jelas pada mereka yang berkulit cerah.

    Perubahan warna kulit mungkin akan bertambah gelap sekiranya anda memakan lebih banyak makanan kaya beta-karoten.

    Namun, kondisi ini boleh mencetus keadaan kulit lain yang berkaitan dengan pengambilan makanan yang dikenali sebagai lycopenemia.

    Kondisi kulit ini disebabkan oleh jumlah likopen dalam darah yang berlebihan dan makanan yang kaya dengan likopen termasuk tomato, betik, jambu batu serta wortel.

    Seperti kondisi kulit yang disebabkan oleh karotenoid, perkara ini tidak berbahaya kerana hanya menyebabkan perubahan warna pada kulit.

    Karotenemia biasanya didiagnosis dengan mengkaji sejarah diet dan menguji tahap kandungannya dalam darah.

    Malah, rawatannya cukup mudah, dengan mengurangkan jumlah makanan kaya beta-karoten dalam diet harian, perubahan warna pada kulit biasanya akan mulai pudar dan kembali normal dalam beberapa bulan.

    Kanak-kanak kecil mungkin lebih berisiko tinggi untuk mendapat karotenemia kerana kandungan makanan bayi yang boleh mengandungi labu dan wortel, tetapi ia masih selamat dan tidak mencetuskan sebarang risiko bahaya.

    Namun begitu, jika anda mempunyai warna kuning yang banyak pada kulit atau terasa tidak normal, anda dinasihatkan agar mendapatkan khidmat nasihat doktor serta golongan profesional.

    Ini kerana penyakit ginjal, penyakit kuning, tiroid, diabetes dan anoreksia juga boleh menyebabkan perubahan warna pada kulit.

    Rumusan

    warna kulit

    Buat pembaca di luar sana, jika anda mengalami masalah seperti dibincangkan di atas, usah risau ya!

    Hanya pastikan anda mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang agar perkara ini dapat dielakkan.

    Selain itu, pastikan segala jenis makanan diambil dalam kuantiti yang sederhana walaupun sesetengah makanan mungkin bernutrisi bagi kesihatan, bersederhana adalah kunci okay!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 17/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan