home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Kutu Bukan Sahaja Ada Pada Rambut Malah Pada Badan Juga! Apa Bahayanya?

Definisi|Simptom|Punca|Faktor risiko|Diagnosis & rawatan
Kutu Bukan Sahaja Ada Pada Rambut Malah Pada Badan Juga! Apa Bahayanya?

Definisi

Apa itu kutu badan?

Apa itu kutu badan ialah sejenis serangga kecil, saiz seperti biji bijan.

Kutu badan hidup di pakaian dan tempat tidur serta merayap di atas kulit anda beberapa kali sehari untuk menghisap darah.

Tempat lazim gigitan kutu ialah di sekitar leher, bahu, ketiak, pinggang dan pangkal peha – tempat yang bersentuhan dengan kulit.

Apa risiko kutu badan?

Kutu badan lazim wujud dalam keadaan sesak dan kotor, seperti khemah pelarian dan kawasan perlindungan orang yang tiada tempat tinggal.

Sila rujuk dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom kutu badan?

apa itu kutu badan

Simptom yang lazim kutu badan ialah:

  • Gatal melampau (pruritus)
  • Ruam akibat tindak balas alahan daripada gigitan kutu badan
  • Benjolan merah pada kulit
  • Kulit menebal atau menjadi hitam berhampiran kawasan pinggang atau pangkal peha, jika kutu wujud lama di kawasan tersebut

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya perlu berjumpa doktor?

Jika anda mengalami sebarang tanda-tanda atau simptom atau soalan seperti yang disenaraikan di atas, sila berunding dengan doktor anda.

Setiap individu bertindak berbeza. Adalah baik untuk berbincang dengan doktor tentang penyelesaian terbaik untuk anda.

Punca

Apa punca kutu badan?

Apa punca kutu badan adalah hampir sama dengan kutu kepala, tetapi lain dari segi habitatnya.

Sementara kutu kepala hidup di rambut dan makan pada kulit kepala anda, kutu badan pula biasanya hidup pada pakaian dan tempat tidur anda.

Bahagian jahitan pada pakaian anda adalah tempat paling lazim untuk kutu badan bertelur.

Anda boleh dijangkiti kutu badan ini sekiranya anda berhubung rapat dengan individu yang mempunyai kutu badan padanya, atau mempunyai pakaian atau tempat tidur yang dipenuhi kutu badan.

Faktor risiko

Apa faktor risiko kutu badan?

Terdapat banyak faktor risiko untuk mendapat apa itu kutu badan, antaranya ialah:

  • Pelarian perang
  • Individu tiada tempat tinggal
  • Mangsa bencana alam

apa itu kutu badan

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang disediakan bukan sebagai pengganti kepada mana-mana nasihat perubatan. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana kutu badan didiagnosis?

Jangkitan kutu badan didiagnos dengan melihat kulit dan pakaian anda serta memeriksa telur dan kutu tersebut.

Serangga itu bersaiz seperti biji bijan.

Ia cukup besar untuk dilihat dengan mata kasar, tetapi memakai kanta pembesar boleh membantu mencari kutu tersebut.

Telurnya (nit) biasanya dijumpai pada bahagian jahitan pakaian.

Bagaimana kutu badan dirawat?

Kutu badan dirawat dengan membersihkan diri dan barang-barang yang tercemar secara teliti dengan menggunakan sabun dan air panas.

Cucian kering dan menggosok pakaian yang tidak boleh dibasuh juga berkesan.

Jika rawatan ini tidak berkesan, anda boleh menggunakan losyen atau syampu di luar kaunter (OTC) seperti Nix atau Rid.

Jika ia masih tidak berkesan, doktor anda akan mengesyorkan losyen.

Produk pembunuh kutu adalah toksik untuk manusia, jadi patuhi arahan dengan cermat.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/body-lice/home/ovc-20165755
  2. https://www.uofmhealth.org/health-library/abr8713
  3. https://www.aocd.org/page/BodyLice
  4. https://dermnetnz.org/topics/body-lice/
  5. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17919-body-lice
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 16/07/2021
Fakta Disemak oleh Nurul Halifah