backup og meta

Trend Remaja Buat Rambut Penyapu Di TikTok, Ibu Ayah Perhatikan Gaya Rambut Anak Anda!

Trend Remaja Buat Rambut Penyapu Di TikTok, Ibu Ayah Perhatikan Gaya Rambut Anak Anda!

Daripada nama itu sendiri sahaja sudah boleh buat kita geli hati. Buat anda yang belum tahu, rambut penyapu ini adalah trend remaja masa kini yang sangat popular di dalam aplikasi TikTok.

Persoalannya, patutkah anda sebagai seorang remaja mahupun ibu bapa yang mempunyai anak remaja mengikuti trend ini? Jom terus baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Trend rambut remaja dari zaman ke zaman

Hakikatnya, trend itu adalah suatu perkara yang menjadi bualan serta ikutan orang ramai khususnya remaja. Biasanya, ia akan bermula daripada sesuatu atau seseorang yang popular di ketika itu.

Contohnya, masyarakat kita dulu pernah gempar dengan trend personaliti rock pada era 80 ke 90-an. Angkaranya, citarasa muzik dan fesyen telah mengalami perubahan yang agak drastik.

Antara simbolik di waktu itu adalah individu tidak kira usia dan jantina amat gemar menggayakan jaket kulit bersama seluar jeans yang ketat-ketat belaka. Apa yang paling penting, rambut mereka perlu panjang dan keriting, baru kena dengan imej rocker!

rambut penyapu

Masuk sahaja ke era milenium kini, gaya rocker sudah tidak lagi relevan dan telah berubah kepada gaya hipster di mana fesyen dari hujung rambut ke hujung kaki yang tampak lebih kemas.

Sekarang, para remaja itu mungkin lebih gemar menggayakan rambut dengan gaya potongan yang agak kemas dengan cukuran stail ‘fade‘ di bahagian tepi serta belakang kulit kepala mereka.

Namun kini, telah wujud satu trend rambut TikTok yang kian popular di hari ini iaitu rambut penyapu!

Rambut penyapu, kenapa bukan penyodok?

Rambut penyapu adalah trend anak muda masa kini. Ia akan digayakan dengan bahagian tepi dan belakang rambut itu dicukur pendek manakala bahagian atas rambut pula dibiar panjang.

Punca stail rambut ini digelar dengan nama penyapu adalah bahagian atas rambut yang panjang itu akan disisir serta ditarik ke depan dan ke atas. Logiknya, ini memang kelihatan seperti penyapu.

@situkanggunting

Reply to @mizannnn.__ tag sikit rakan korang yang suka rambut penyapu tu. Kita kumpul sini. 🤣 #rambutpenyapu #rambuttiktok #fyp #barbershopmalaysia

♬ original sound – TaukePasar – Who know?

Pun begitu, cara untuk menggayakan stail rambut TikTok ini bukan mudah kerana anda akan memerlukan rambut yang panjang lagi lebat, memakan masa untuk ia tumbuh dan dalam masa yang sama teknik tepat agar ia kekal serta tidak mudah jatuh.

Dalam pada itu juga, pelbagai jenis produk termasuk alat pengering rambut, sikat, gel, minyak, spray dan lain-lain turut akan diperlukan. Jadi, adakah anda punya masa dan usaha untuk melakukannya?

rambut penyapu

Adakah stail rambut penyapu masa kini ini patut anda ikuti?

Rambut TikTok yang sangat popular ini mungkin sudah jadi trend yang mahu dicuba oleh ramai orang khususnya remaja. Benar, ia tampak cantik jika tepat dan kena pada caranya tetapi:

Ia mungkin akan buat rambut rosak

Pertama, anda kena tahu tidak semua orang memiliki jenis rambut yang lurus untuk gaya ini. Ada yang keriting, ikal dan beralun sekali gus memerlukan lebih usaha dan produk agar ia jadi sesuai.

Mereka ini mungkin perlu buat teknik meluruskan rambut seperti rebonding atau relaxing sebelum ia boleh dilaksanakan. Akibatnya, penggunaan berterusan alat dan produk pelurus rambut ini mungkin akan buat rambut lebih mudah rosak, gugur serta botak.

Baca lagi artikel berkaitan:

rambut penyapu

Ia bukan sesuai untuk semua orang

Selain itu juga, anda perlu tahu stail rambut individu itu perlu ideal dengan bentuk muka, bentuk badan, usia, jantina dan lain-lain. Tidak semua orang itu sesuai dengan rambut penyapu.

Contohnya, anda itu individu yang sudah lewat usia serta bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah. Secara tidak langsung, anda akan tunjuk contoh yang kurang baik buat pelajar sendiri.

Ia tidak sesuai untuk pelajar sekolah

Lanjutan di atas tadi, anda juga perlu tahu bahawa terdapat peraturan di sekolah yang perlu para pelajar patuhi. Antaranya, rambut tidak boleh terlalu panjang pada ukuran yang tertentu.

Sekiranya masih mahu berdegil, maka tindakan atau hukuman akan diambil. Selain dipotong di depan khalayak ramai, anda mungkin akan ditegur atau diberi amaran, sekali gus ini akan memalukan diri anda. Jadi, sebelum terkena, sila elak mengikut trend rambut seperti ini!

Konklusinya, tidak semua trend itu bagus dan wajar anda ikut. Sebagai ibu bapa, perhatikan apa dan bagaimana fesyen anak anda agar tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan setiap stail yang mungkin tidak sesuai buat mereka!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. A Terrible Haircut: A Blessing in Disguise?, https://www.stepupformentalhealth.org/a-terrible-haircut-a-blessing-in-disguise/, Accessed Jun 24 2022.
  2. Nutrition And Hair Health, https://www.hairscientists.org/hair-and-scalp-conditions/nutrition-and-hair-health, Accessed Jun 24 2022.
  3. Hairstyles That Pull Can Lead To Hair Loss, https://www.aad.org/public/diseases/hair-loss/causes/hairstyles, Accessed Jun 24 2022.
  4. Hairstyles and Traction Alopecia, https://www.news-medical.net/health/Hairstyles-and-Traction-Alopecia.aspx, Accessed Jun 24 2022.
  5. How To Straighten Hair, https://www.oglf.org/how-to-straighten-hair/, Accessed Jun 24 2022.

Versi Terbaru

04/07/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tak Nak 'Dye' Rambut, Ini 5 Bahan Untuk Menghitamkan Secara Semula Jadi!

Tak Boleh Buat Sendiri, Ini 7 Perkara Anda Patut Pertimbangkan Sebelum Warna Rambut!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan