brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Rawatan Keratin Rambut Makin Popular, Tapi Anda Tahu Tentang Formaldehyde?

Ada banyak jenis rawatan untuk mahkota di kepala di salun kecantikan dan antara yang popular masa kini adalah treatment rambut keratin. Apa fungsi dan manfaat rawatan ini? Teruskan baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Rawatan Keratin Rambut Makin Popular, Tapi Anda Tahu Tentang Formaldehyde?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apa fungsi treatment rambut keratin?

Rawatan rambut keratin atau Brazilian Blowout adalah prosedur yang akan menggunakan protein keratin untuk meluruskan serta melembutkan rambut serta mampu kekal sehingga 6 bulan.

Prosedur ini akan dimulakan dengan rambut dikeringkan terlebih dahulu. Kemudian, rambut akan disapukan protein jenis keratin dengan berus bergigi lembut dan dibiarkan sekitar 30 minit.

Selepas keratin itu diserap sepenuhnya oleh rambut, ia akan diatur dengan seterika rambut kepada bahagian yang kecil. Seusai tamat proses itu, rambut akan dibungkus, dibasuh dan dikeringkan.

“Wujud banyak jenis kaedah meluruskan rambut keriting seperti rebonding, relaxing atau smoothing. Namun, rawatan protein keratin adalah kaedah terbaik untuk tekstur rambut lebih lurus, lembut dan bersinar.”, jelas Pakar Rambut Meri Kate O’Connor.

Dalam pada itu, terdapat banyak lagi manfaatnya terhadap kesihatan dan kecantikan rambut kita!

treatment rambut

Apa manfaat treatment rambut keratin?

Buat anda yang mungkin masih belum tahu, keratin adalah sejenis protein yang akan memainkan peranan penting dalam proses untuk tubuh badan manusia menghasilkan rambut dan kuku.

Dalam erti kata lebih mudah, ia sudah wujud pada mahkota di kepala kita secara semula jadi. Jika ia ditambahkan atau digalakkan pada rambut, maka ia pasti akan bertambah kuat dan sihat.

Selain rambut yang tampak lurus dan rasa lembut, berikut adalah antara manfaat lain rawatan ini:

  • Rambut yang lebih bersinar
  • Penggayaan rambut lebih mudah
  • Pertumbuhan rambut lebih banyak
  • Kesan dalam jangka masa panjang

Disebabkan itu, treatment rambut keratin ini sering kali dipilih untuk dibuat dalam usaha individu meluruskan dan melembutkan rambut mereka. Namun, ada perkara lain yang anda perlu tahu.

Tunggu, wujud risiko bahaya pada rambut?

Sebelum anda memutuskan untuk melakukan treatment rambut keratin ini, ada beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan kerana mungkin wujud risiko bahaya pada mahkota anda!

treatment rambut

Kewujudan bahan kimia formaldehyde

Kebanyakan (tidak semua) rawatan ini akan menggunakan bahan kimia bernama formaldehyde yang mungkin agak berbahaya terutama apabila individu terhidu melalui hidung atau mulut.

Menurut Environmental Working Group (EWG), banyak produk hanya menamakan keratin di label tetapi menyorokkan bahan kimia yang bertindak sebagai pelurus dan pelembut rambut ini.

Sebenarnya, ada bahan kimia yang boleh jadi alternatif kepada unsur karsinogen tersebut seperti ammonium thioglycolatem, sodium hydroxide dan glyoxylic acid namun ia agak kurang efektif.

Jadi, sila lebih waspada dengan setiap bahan kimia yang wujud di dalam produk treatment ini ya!

Makan kos dan masa yang banyak

Untuk pengetahuan anda semua, harga rawatan rambut keratin ini memang agak mahal dalam lingkungan 1 ke 2 ratus per sesi bergantung kepada kepanjangan dan ketebalan rambut individu.

Tidak hanya itu, rawatan ini juga memerlukan anda meluangkan masa yang agak lama di salun. Dianggarkan anda perlu menghabiskan sekitar 1 ke 2 jam untuk satu sesi rawatan rambut keratin.

Jika ia memang benar mampu tahan sekitar setengah tahun, ia perlu diulang 2 kali dalam setahun.

Ia tidak sesuai buat semua orang

Syarat untuk melaksanakan treatment rambut keratin ini tentu sahaja bergantung kepada jenis rambut. Pertama, ia hanya disarankan buat mereka yang memiliki rambut keriting agak teruk.

Selain daripada itu, ia juga tidak disarankan buat wanita yang sedang hamil. Ini adalah angkara bahan kimia di atas tadi dan akibat bau produk yang mungkin boleh buat anda mual dan muntah.

Pastikan perkara ini terlebih dahulu dengan pakar rambut di salun itu sebelum mula buat rawatan.

Ironiknya, rawatan ini juga punca rambut rosak?

Individu mungkin akan mengambil keputusan untuk buat rawatan ini dalam usaha mendapatkan rambut yang lurus lagi lembut namun tidak pula menimbangkan pro dan kontra yang ada.

Hakikatnya, penggunaan bahan kimia terutama formaldehyde secara berterusan mungkin boleh jadi punca rambut rosak. Selain mudah gugur, hujung rambut juga lebih mudah bercabang.

Konklusinya, rawatan Brazilian Blowout ini mungkin betul mampu meluruskan dan melembutkan rambut namun ia tidak sesuai buat semua orang. Dapatkan informasi dan nasihat doktor

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada tadi