backup og meta

Ini Antara 6 Kelebihan Mempunyai Rambut Pendek

Ini Antara 6 Kelebihan Mempunyai Rambut Pendek

Rambut pendek merupakan gaya pilihan ramai lelaki masa kini. Bukan sekadar perempuan, rambut juga merupakan mahkota bagi seorang lelaki.

Bahkan bagi seorang lelaki, memiliki rambut yang cantik dan kemas adalah penting kerana ia merupakan aset kepada penampilan mereka.

Jika dibuat perbandingan, rambut pendek memberikan banyak kelebihan kepada empunya badan. A

pakah kelebihan tersebut? Jom ikuti artikel ini sehingga akhir.

Kelebihan rambut pendek:

1. Mudah diuruskan

Ini mungkin adalah perkara yang paling menguntungkan bagi seorang lelaki.

Rambut pendek tentunya jauh lebih mudah diuruskan berbanding rambut panjang.

Bagi lelaki yang sedikit malas, rambut pendek adalah pilihan yang terbaik.

Jika terbangun lewat daripada tidur, contohnya, anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mendandan rambut.

Cukup sekadar basuh rambut menggunakan air atau syampu dan letakkan minyak atau gel rambut. Kemudian, gayakan dengan tangan atau sikat.

Sebaliknya bagi mereka yang berambut panjang, masa yang lama diperlukan untuk membasuh, mengeringkan serta mengayakannya.

2. Menjimatkan duit

Kos penjagaan rambut pendek jauh lebih rendah berbanding rambut panjang.

Anda tidak perlu mendapatkan rawatan salon berkala yang tentunya memakan jumlah wang yang besar.

Cukup sekadar syampu dan gel serta minyak rambut, anda sudah boleh mendapatkan gaya rambut pilihan anda.

3. Nampak kemas dan rapi

Lelaki dengan rambut begini tampak lebih kemas dan teratur, berbanding rambut panjang yang kelihatan serabut jika tidak diuruskan dengan betul. Ia juga memberikan imej pembersih oleh tuan badan.

4. Sesuai dengan lelaki

Jika anda mempunyai bentuk muka yang cantik, gaya rambut ini mampu menyerlahkan lagi muka anda.

Ia juga menampakkan imej seorang lelaki yang seksi, maskulin dan profesional.

5. Mudah melakukan aktiviti luar dan sukan

Tidak banyak atlet yang memilih untuk mengenakan gaya rambut panjang.

Jika ada pun, ia harus diikat. Keadaan ini tentu mengganggu keselesaan untuk melakukan aktiviti luar dan sukan dengan bebas.

6. Cuaca panas bukan lagi satu masalah

Kulit kepala tidak panas dan berpeluh teruk dengan rambut yang pendek. Anda tidak lagi perlu risau rambut anda akan basah berpeluh apabila matahari sedang tegak di atas kepala.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Mark Suwarnaadi. Short Haircut Benefits For Men. Dimuat turun daripada http://www.selfgrowth.com/articles/Short_Haircut_Benefits_For_Men.html.

Vizcardine Audinovic (17 Jun 2013). 7 Kelebihan Punya Rambut Pendek. Dimuat turun daripada https://www.merdeka.com/gaya/7-kelebihan-punya-rambut-pendek.html.

Versi Terbaru

26/02/2021

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Movember, Kesihatan Mental Lelaki Dan Maskuliniti Toksik

Ada Masalah Kelemumur Di Kepala? Ini Pilihan Syampu Yang Betul Untuk Merawatnya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 26/02/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan