backup og meta

Mencegah Kepala Botak

Mencegah Kepala Botak

Semakin tua, anda akan kehilangan ketebalan rambut anda sedikit demi sedikit. Garis rambut anda akan semakin ke belakang, dan kulit kepala anda akan menjadi semakin jelas kelihatan melalui lapisan rambut anda. Walaupun proses ini ditentukan oleh faktor-faktor genetik, anda masih boleh mengekalkan rambut anda yang berbaki dan mungkin menambahkan lebih banyak rambut menggunakan dua cara berikut:

Buih atau losyen Minoxidil

Jika anda tidak suka mengambil pil oral, tetapi masih ingin menghalang keguguran rambut, minoxidil adalah jawapannya. Anda perlu menggunakan dua kali sehari sepanjang hayat anda. Mujurlah, tiada preskripsi diperlukan untuk membeli minoxidil. Apa yang lebih baik adalah bahawa minoxidil mempunyai hampir tiada kesan sampingan. Tidak ada penjelasan saintifik yang jelas tentang bagaimana minoxidil berfungsi. Pengkaji percaya ia boleh membesarkan folikel rambut dan menggalakkan pertumbuhan. Walau bagaimanapun, jika anda bercadang untuk menggunakan minoxidil, anda perlu benar-benar bersabar kerana ia boleh mengambil masa sehingga empat bulan sebelum anda boleh melihat sebarang perubahan. Dalam beberapa kes, minoxidil dilaporkan merengsakan kulit kepala, menyebabkan gatal dan mengelupas. Oleh itu, orang yang mempunyai kulit sensitif perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila menggunakan minoxidil.

Pil Finasteride

Bagi mereka yang tidak boleh menggunakan minoxidil atas apa-apa sebab, finasteride seolah-olah menjadi satu-satunya pilihan yang tinggal. Finasteride berfungsi dengan menghalang pengeluaran dihydrotestosterone, iaitu hormon yang bertanggungjawab untuk keguguran rambut. Jika anda mempunyai kecenderungan genetik untuk botak, dihydrotestosterone akan menjejaskan folikel rambut anda yang sensitif sehingga folikel tersebut mati. Finasteride mampu melambatkan proses menjadi botak dalam kebanyakan orang. Ramai yang mengambil pil ini melihat hasilnya.

Pil Finasteride boleh digunakan bersama dengan minoxidil untuk hasil yang terbaik. Anda boleh menggunakan minoxidil, finasteride, atau kedua-duanya. Walau bagaimanapun, anda mesti berpegang kepada pilihan anda. Tidak ada rawatan untuk botak. Apa yang terbaik anda boleh lakukan ialah melambatkan prosesnya. Sebaik sahaja anda berhenti mengambil rawatan, rambut anda akan gugur semula, bahkan lebih cepat.

Dengan masa dan usaha yang cukup, anda akan dapat melihat perubahan pada rambut anda. Genetik anda boleh menyebabkan masalah ini, tetapi anada tidak semestinya berakhir dengannya. Pada mulanya, mungkin agar sukar kerana anda perlu ingat untuk memohon minoxidil atau mengambil pil finasteride setiap hari. Tetapi apabila anda sudah biasa, ia hanya akan menjadi sebahagian daripada hidup anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How to Prevent Balding. http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/hair-loss/features/how-prevent-balding Assessed October 29, 2016

Versi Terbaru

05/12/2019

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kelemumur Teruk Sangat Sampai Kepala Berbau? Ini 3 Cara Berkesan Hilangkan Ketombe

Aduh, Pedihnya Jerawat Kepala! Ketahui Punca Dan Cara Rawat Jerawat Kulit Kepala


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 05/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan