Pernah tak anda rasa kulit tiba-tiba jadi kering, mengelupas atau pedih bila sapu produk penjagaan muka? Besar kemungkinan skin barrier rosak tanpa anda sedari.
Pernah tak anda rasa kulit tiba-tiba jadi kering, mengelupas atau pedih bila sapu produk penjagaan muka? Besar kemungkinan skin barrier rosak tanpa anda sedari.

Ramai sangka masalah ini kecil, tapi sebenarnya ia boleh menjejaskan keseluruhan kesihatan kulit jika tidak dirawat dengan betul.
Lapisan pelindung kulit atau skin barrier berfungsi sebagai dinding pertahanan semula jadi yang melindungi kulit daripada kotoran, pencemaran dan kehilangan lembapan. Bila ia rosak, kulit jadi lebih sensitif dan mudah mengalami iritasi.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Apabila lapisan pelindung kulit rosak, kulit akan kehilangan keupayaan untuk mengekalkan kelembapan dan melindungi diri daripada faktor luaran.
Akibatnya, anda mungkin perasan tanda-tanda seperti:
Masalah ini sering berlaku kerana penyebab lapisan pelindung kulit rosak boleh datang daripada pelbagai faktor — termasuk gaya hidup dan cara penjagaan kulit harian.
Antara penyebab lapisan pelindung kulit rosak yang paling biasa termasuklah:
Berita baiknya, terdapat cara pulihkan lapisan pelindung kulit yang rosak tidaklah terlalu rumit. Apa yang penting ialah konsistensi dan pemilihan produk yang betul.
Beberapa langkah yang boleh anda cuba:

Untuk jangka panjang, langkah merawat yang paling disarankan adalah dengan mengekalkan rutin penjagaan kulit yang lembut dan seimbang. Anda tak perlu banyak produk — cukup yang asas: pencuci, pelembap dan pelindung matahari.
Selain itu, berikan masa kepada kulit anda untuk pulih. Lapisan pelindung kulit memerlukan beberapa minggu untuk membaiki dirinya semula, jadi sabar adalah kunci utama.

Menjaga lapisan pelindung kulit bukan sekadar soal kecantikan, tetapi juga kesihatan. Bila skin barrier rosak, kulit mudah terdedah kepada pelbagai masalah lain seperti jerawat, kekeringan dan radang.
Dengan memahami punca skin barrier rosak, mengamalkan dan mengekalkan cara merawat lapisan pelindung kulit yang betul, anda boleh bantu kulit kembali sihat, lembap dan berseri semula jadi.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
20/11/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa