backup og meta

Pakai Inai Di Hari Raya Sebab Nak Nampak Cantik, Jangan Tak Tahu Risikonya!

Pakai Inai Di Hari Raya Sebab Nak Nampak Cantik, Jangan Tak Tahu Risikonya!

Apabila sudah hampir tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan lain-lain, carian kata kunci inai tangan simple atau yang sewaktu dengannya akan kembali popular di laman Google.

Persoalannya, adakah ada risiko tersembunyi di sebalik pemakaian inai ini? Jom terus baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Inai tangan simple, trend atau tradisi?

Sebenarnya, penggunaan inai atau henna di kulit tangan itu adalah satu tradisi popular masyarakat India sejak dari zaman dahulu lagi sebagai perhiasan untuk kaum wanita.

Seiring dengan peredaran zaman, ia telah jadi satu trend di mana semua masyarakat di Malaysia sudah tidak lagi kekok untuk turut cuba memakai henna di tangan mereka.

Inai sering kali digunakan oleh wanita ketika menghadiri majlis keraian seperti pertunangan, perkahwinan, persandingan atau acara lain dengan tujuan tampil lebih menarik.

Dalam erti kata lebih mudah, pewarna semula jadi yang diekstrak daripada pokok inai ini bukan hanya satu tradisi malahan satu trend hiasan dan akan diteruskan oleh generasi baru akan datang kelak.

inai tangan

Cuma, anda mungkin perlu lebih waspada jika memakai inai hitam atau henna kerana wujud risiko bahaya jika salah cara memakainya!

Wujud risiko bahaya jika salah cara pakai inai tangan!

Untuk pengetahuan anda semua, inai buatan ada kesan atau efek bahaya pada kulit individu ekoran ia mungkin mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan kesan sampingan.

Ini kerana kebanyakan inai tangan simple di pasaran mengandungi Paraphenylenediamine (PPD) dan ia adalah punca utama kenapa anda perlu lebih waspada jika ingin pakai henna di tangan.

PPD itu secara dasarnya adalah selamat dan biasa digunakan di dalam proses pembuatan pewarna solekan termasuk inai, namun akan bawa kesan sampingan berikut jika jumlahnya terlalu tinggi:

#1. Rasa pedih pada kulit

Pemakaian henna yang tidak sesuai dengan kulit anda itu boleh menyebabkan kerengsaan dan keradangan pada kulit sekali gus mengakibatkan rasa pedih yang tidak selesa.

Rasa pedih itu mungkin boleh diibaratkan seperti rasa kulit sedang melecur. Ia mungkin boleh hilang secara sendiri jika dibiarkan tanpa ubatan atau rawatan seiring waktu.

#2. Reaksi alergi pada kulit

Sekiranya anda mempunyai jenis kulit sensitif, maka risiko anda untuk mengalami reaksi alergi pada kulit mungkin adalah lebih tinggi berbanding dengan jenis kulit yang biasa.

Kesan daripada reaksi alergi ini, kulit anda mungkin akan mengalami kemerahan, kegatalan dan ketidakselesaan yang memerlukan pemerhatian lanjut dengan kadar segera.

inai tangan

#3. Kesan parut pada kulit

Lebih menakutkan, turut wujud kesan sampingan jangka masa panjang yang sudah pasti mahu dielakkan oleh para pengguna henna iaitu muncul atau timbul parut bersifat kekal.

Parut tersebut terjadi angkara wujudnya gelembung air pada kulit yang perlu dibuang melalui prosedur pembedahan minor dan kesannya, maka akan tinggal parut yang buruk di kulit tubuh anda.

Risiko inai tangan buatan #4. Sukar ditanggalkan

Kebiasaannya, pemakaian henna di tangan ini akan kekal melekat pada kulit selama beberapa jam atau dua tiga hari sahaja. Namun, ia boleh jadi lebih lama dan sukar ditanggalkan jika inai yang digunakan itu mengandungi bahan kimia tidak sesuai.

Begini cara tanggalkan inai tangan yang betul!

Sekiranya sudah tiba masa untuk anda tanggalkan henna namun ia tetap kekal melekat, jangan risau kerana ada beberapa cara yang anda boleh cuba untuk membuang henna ini:

inai tangan

  • Lap dengan pencuci alat solek – Produk micellar water bukan sahaja boleh digunakan untuk membasuh solekan malahan membuang inai buatan yang sukar ditanggalkan
  • Cuci dengan sabun badan – Sabun yang ada alkohol serta butir kasar boleh digunakan untuk membuang inai namun penggunaan yang banyak dan kerap boleh membuatkan kulit kering
  • Cuci dengan syampu rambut – Syampu dengan fungsi mencuci dan melembutkan rambut sangat sesuai untuk dijadikan alternatif membuang inai serta tiada kesan sampingan lain
  • Cuci dengan ubat gigi – Ubat gigi juga adalah salah satu bahan di kamar mandi yang boleh anda cuba untuk membuang henna kerana ia mengandungi bahan pencuci serba kuat
  • Rendam dengan air garam – Air garam mengandungi natrium klorida yang boleh membersih dan membantu menyingkirkan sel kulit mati sekali gus sesuai untuk tujuan ini
  • Sapu dengan minyak zaitun – Minyak zaitun turut boleh jadi alternatif untuk buang henna kerana ia akan melicinkan dan melembutkan henna yang telah keras pada kulit
  • Mencukur  – Akhir sekali, anda juga boleh mencukur inai seperti mencukur bulu. Cuma, pastikan anda waspada kerana salah cara mungkin boleh buat kulit anda luka

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Are Temporary Henna Tattoos Safe?, https://health.clevelandclinic.org/are-temporary-henna-tattoos-safe/, Accessed Apr 25 2022.
  2. 12 Benefits of henna and side effects, https://healthbenefitsof.org/12-shocking-health-benefits-of-henna/, Accessed Apr 25 2022.
  3. What Do I Need to Know About Henna Tattoos?, https://www.ecarf.org/en/what-do-i-need-to-know-about-henna-tattoos/, Accessed Apr 25 2022.
  4. Henna Tattoos (Mehndi), https://www.peacehealth.org/medical-topics/id/tv7073, Accessed Apr 25 2022.
  5. Henna Tattoos and Present Day Danger, http://www.ghrnet.org/index.php/jdr/article/view/1863/2324, Accessed Apr 25 2022.

Versi Terbaru

21/06/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

5 Fakta Kulit Yang Pelik Dan Luar Biasa, Info No. 2 Tak Ramai Yang Tahu!

Boleh Ke Pesakit Psoriasis Memiliki Tatu Badan? Sebelum Buat, Baca Artikel Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan