backup og meta

Pencuci Mekap Sahaja Tidak Cukup! Kena Ikut 3 Langkah Ini Untuk Kulit Bersih & Glowing!

Pencuci Mekap Sahaja Tidak Cukup! Kena Ikut 3 Langkah Ini Untuk Kulit Bersih & Glowing!

Setiap individu pasti mempunyai cara membersihkan wajah yang tersendiri seperti penggunaan pencuci makeup (mekap) atau solekan

Namun, adakah rutin tersebut tepat dan berkesan dalam menanggalkan kotoran pada wajah anda? 

Lihat panduan di bawah ini berkenaan cara hilangkan makeup serta kotoran pada wajah yang betul dan efektif. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Kenapa penting untuk bersihkan wajah setiap hari?

Bersihkan wajah anda pada waktu pagi dan juga malam.
Bersihkan wajah anda pada waktu pagi dan juga malam.

Sebelum anda tahu apa cara hilangkan makeup yang betul, anda perlu maklum tentang kepentingan pembersihan wajah. 

Membersihkan wajah setiap hari seperti penggunaan pencuci makeup adalah langkah asas dalam rutin penjagaan kulit yang sering kali diabaikan oleh ramai orang. 

Sepanjang hari, kulit kita terdedah kepada pelbagai jenis kotoran, minyak dan bahan pencemar yang boleh menyumbat pori-pori

Amalan membersihkan wajah boleh membantu menghilangkan bahan-bahan ini dan mencegah jerawat serta masalah kulit lain. 

Ini kerana, kotoran dan minyak yang menyumbat pori-pori boleh menyebabkan pembentukan jerawat

Dengan membersihkan wajah secara berkala, anda dapat mengurangkan risiko kemunculan jerawat dan mengekalkan kulit yang bersih dan licin 1

Proses pembersihan muka juga membantu menanggalkan sel kulit mati lalu menjadikan kulit wajah kelihatan lebih segar dan bercahaya 2

Kulit yang bersih lebih mampu menyerap produk penjagaan kulit lain seperti pelembap dan serum dengan lebih baik. 

Selain itu, pendedahan kepada bahan pencemar dan radikal bebas boleh mempercepatkan proses penuaan kulit 3.

Oleh itu, dengan membersihkan wajah setiap hari, anda dapat melindungi kulit daripada kerosakan ini dan mengekalkan kulit yang muda dan sihat.

Langkah-langkah membersihkan kulit yang betul

Gunakan pencuci wajah yang sesuai dengan kulit.
Gunakan pencuci wajah yang sesuai dengan kulit.

Bagi memastikan kulit anda dicuci dengan baik dan bersih, anda perlu mengikuti langkah-langkah di bawah ini:

#1. Hapuskan solekan dengan pencuci makeup

Langkah pertama dalam rutin pembersihan wajah adalah menghapuskan solekan dengan betul. 

Mekap yang tidak dibersihkan dengan baik boleh menyumbat pori-pori dan menyebabkan pelbagai masalah kulit seperti jerawat, iritasi dan penuaan pramatang 4

Apa cara hilangkan makeup yang tepat?

Salah satu produk pencuci makeup yang biasa digunakan adalah air micellar

Ini kerana ia mengandungi molekul micelles yang berfungsi seperti magnet untuk menarik kotoran, minyak dan mekap dari permukaan kulit tanpa perlu dibilas 5

Pencuci makeup air micellar bertindak lembut pada kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ini kerana ia antara makeup remover untuk kulit sensitif dan juga makeup remover untuk kulit berminyak.

Basahkan kapas dengan air micellar dan sapukan kapas tersebut ke seluruh wajah dengan gerakan perlahan dan lembut. 

Fokuskan pada kawasan yang sering mempunyai makeup tebal seperti mata dan bibir. 

Pastikan semua kesan solekan hilang sepenuhnya sebelum anda beralih ke langkah seterusnya. 

Untuk solekan yang lebih tebal atau tahan lama seperti maskara kalis air atau gincu matte, penggunaan pencuci makeup khusus adalah lebih efektif. 

#2. Membersihkan wajah secara menyeluruh

Langkah kedua adalah membersihkan wajah secara menyeluruh. 

Pilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda, sama ada kulit kering, berminyak, kombinasi atau sensitif. 

Pencuci muka yang baik bertindak sebagai cara hilangkan makeup, kotoran dan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit. 

Sebelum menggunakan pencuci makeup untuk wajah, basahkan muka anda dengan air suam, kemudian sapukan pencuci muka dengan gerakan melingkar yang lembut. 

Pastikan ia terkena pada semua kawasan wajah termasuk garis rambut dan rahang muka. 

Bilas dengan air suam dan keringkan wajah dengan tuala bersih. 

Pastikan anda memilih pencuci wajah yang mengandungi vitamin dan campuran detoksifikasi thyme, zink dan witch hazel kerana ia bertindak membersihkan kotoran, minyak dan berfungsi sebagai cara hilangkan makeup dengan lebih mendalam.

Pencuci muka seperti ini juga mengandungi formula yang kaya dengan vitamin, menjadikan kulit anda lebih bersih, sihat dan bebas daripada kilauan minyak 6 7 8.

#3. Gunakan toner selepas pencuci makeup dan pembersih wajah

Toner membantu menyeimbangkan pH kulit, mengecilkan pori-pori dan menghilangkan sisa kotoran atau mekap yang mungkin tertinggal 9.

Pilih toner yang bebas alkohol dan sesuai untuk jenis kulit anda. 

Sapukan toner pada kapas dan tekap lembut ke seluruh wajah, terutama di kawasan yang cenderung berminyak seperti zon T. 

Toner bukan sahaja membantu membersihkan kulit dengan lebih mendalam, tetapi juga menyediakan kulit untuk menyerap produk penjagaan kulit berikutnya dengan lebih baik. 

Penggunaan toner secara konsisten dapat membantu mengekalkan kulit yang sihat dan bersih.

Selain pencuci makeup, guna juga pencuci muka Simple

Antara variasi pencuci wajah untuk kulit anda.
Antara variasi pencuci wajah untuk kulit anda.

Untuk pembersihan menyeluruh, anda boleh menggunakan pencuci muka Simple Daily Skin Detox Purifying Face Wash. 

Dengan formula unik yang mengandungi thyme, zink dan witch hazel, ia membantu membersihkan pori-pori yang tersumbat dan mengurangkan minyak berlebihan tanpa menyebabkan iritasi pada kulit wajah. 

Kandungan-kandungan dalam pencuci ini memberikan manfaat khusus seperti berikut:

  • Witch hazel: Menghilangkan minyak tanpa menyebabkan iritasi kulit
  • Zink: Mengurangkan keradangan dan membantu mencegah jerawat
  • Niacinamide: Melembapkan kulit dan menyingkirkan minyak berlebihan

Produk ini juga kaya dengan vitamin yang memberikan khasiat tambahan kepada kulit, menjadikannya lebih bersih, segar dan bebas daripada minyak wajah. 

Bukan itu sahaja, ia juga sangat efektif dalam mengurangkan jerawat dalam masa 7 hari sahaja! 

Ini menjadikannya pilihan utama untuk anda yang menghadapi masalah kulit berminyak dan jerawat. 

Keupayaan detoks dan pengurangan minyak produk ini menjadikannya sesuai untuk digunakan setiap hari.

Kesimpulan

Menjaga kebersihan wajah adalah kunci untuk kulit yang sihat dan cantik. 

Konsistensi dalam rutin penjagaan kulit harian dan cara hilangkan makeup akan membantu anda mencapai hasil yang diinginkan. 

Antara kesilapan biasa dalam penjagaan kulit muka. 
Antara kesilapan biasa dalam penjagaan kulit muka.


Pastikan anda menghapuskan solekan dengan betul, membersihkan wajah secara menyeluruh, dan menggunakan toner untuk mengekalkan kesihatan kulit. 

Dengan produk yang sesuai seperti pencuci muka Simple Daily Skin Detox Purifying Face Wash, anda dapat memastikan kulit wajah mendapat penjagaan terbaik setiap hari. 

Klik di sini untuk dapatkan variasi produk dari Simple sekarang!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Choi, J., Lew, V., & Kimball, A. (2006). A Single‐Blinded, Randomized, Controlled Clinical Trial Evaluating the Effect of Face Washing on Acne Vulgaris. Pediatric Dermatology, 23. https://doi.org/10.1111/j.1525-1470.2006.00276.x. Diakses pada Julai 25, 2024. 
  2. M, L., Roy, D., & P.N, D. (2023). Formulation and Evaluation of Herbal Anti-acne Foaming Face Wash. International Journal For Multidisciplinary Research. https://doi.org/10.36948/ijfmr.2023.v05i05.7256. Diakses pada Julai 25, 2024.
  3. Poljšak, B., & Dahmane, R. (2012). Free Radicals and Extrinsic Skin Aging. Dermatology Research and Practice, 2012. https://doi.org/10.1155/2012/135206. Diakses pada Julai 25, 2024.
  4. I Have Acne! Is It Okay To Wear Makeup?. https://www.aad.org/public/diseases/acne/causes/makeup. Diakses pada Julai 25, 2024.
  5. Micelle Definition, Structure, and Function. https://sciencenotes.org/micelle-definition-structure-and-function/. Diakses pada Julai 25, 2024.
  6. Dattola, A., Silvestri, M., Bennardo, L., Passante, M., Scali, E., Patruno, C., & Nisticò, S. (2020). Role of Vitamins in Skin Health: a Systematic Review. Current Nutrition Reports, 1-10. https://doi.org/10.1007/s13668-020-00322-4. Diakses pada Julai 25, 2024.
  7. Pullar, J., Carr, A., & Vissers, M. (2017). The Roles of Vitamin C in Skin Health. Nutrients, 9. https://doi.org/10.3390/nu9080866. Diakses pada Julai 25, 2024.
  8. Shapiro, S., & Saliou, C. (2001). Role of vitamins in skin care.. Nutrition, 17 10, 839-44 . https://doi.org/10.1016/S0899-9007(01)00660-8. Diakses pada Julai 25, 2024.
  9. Hyunsoo, C., Wonseob, S., Joungmyo, S., Aekyung, K., & Giyeon, K. (2020). Effects of Topical No Toner and Essence on Skin Changes in the Subjects with Acne Vulgaris. Indian Journal of Public Health Research and Development, 11, 1900-1905. https://doi.org/10.37506/IJPHRD.V11I3.2203. Diakses pada Julai 25, 2024.

Versi Terbaru

01/11/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Hilangkan Parut Jerawat Di Muka Dengan 6 Cara Ini, Semua Bahan Senang Dapat!

Kulit Muka Kering Buat Wajah Kusam, Ikut 4 Cara Ini Agar Kulit Kekal Lembap & Anjal!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan