backup og meta

Nak Makeup Tahan Lama Dan Tak Bercapuk? Jom, Ikut Tip Ini, Barulah Flawless!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 22/05/2023

    Nak Makeup Tahan Lama Dan Tak Bercapuk? Jom, Ikut Tip Ini, Barulah Flawless!

    Makeup senang tertanggal? Sedang mencari cara mekap yang betul dan tahan lama? Jika jawapan anda ya untuk kedua-dua soalan tersebut, anda berada di tempat yang betul! Kami ada banyak tips makeup untuk anda.

    Sebenarnya, pemakaian makeup ada sainsnya yang tersendiri!

    Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai solekan dan bagaimana untuk pastikannya kekal lama.

    Barulah makeup kekal cantik dan tidak bercapuk walaupun sudah berjam-jam lamanya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Tips makeup tahan lama, tak bercapuk

    Ada banyak faktor yang menentukan sama ada solekan anda boleh kekal lama atau tidak. Selain kualiti produk yang digunakan, cara aplikasinya juga perlulah betul.

    Sekiranya anda baru hendak berjinak-jinak dengan makeup, pasti anda rasa keliru tentang produk yang perlu digunakan untuk memastikan makeup tahan lama.

    Jom, ikuti 5 tips makeup tidak bercapuk dan tahan lama yang kami sediakan di bawah:

    1. Pastikan rutin penjagaan wajah lengkap

    tips makeup

    Sebelum memakai makeup, pastikan anda telahpun mencuci wajah, exfoliate dan juga memakai pelembap.

    Bak kata jurusolek profesional – tips makeup tahan lama 70% datangnya daripada persediaan dan keadaan kulit muka sebelum disolek.

    30% lagi barulah datang daripada aplikasi makeup itu sendiri! Jadi, penjagaan kulit wajah sangatlah penting.

    Cuci muka 2 kali setiap hari. Jangan lupa pakai pelembap dan juga pelindung matahari. Jika boleh, lakukan exfoliation 2 kali seminggu.

    Selain penggunaan pemilihan produk penjagaan kulit yang berkualiti, anda juga boleh makan secara sihat, minum banyak air dan dapatkan rawatan pakar sekiranya menghidap masalah kulit tertentu.

    Tip: Rasa terlalu banyak langkah yang perlu dilakukan untuk menjaga wajah dengan sempurna? Tampal post it notes pada cermin supaya anda tidak terlupa!

    Tips makeup tahan lama 2: Gunakan primer

    Pemakaian primer sebelum solekan sangat penting. Primer dapat membuatkan pori wajah nampak lebih kecil.

    Selain itu, ia juga dapat membetulkan rona kulit tidak sekata dan memastikan permukaan kulit rata, sesuai untuk pemakaian makeup.

    Tip: Anda boleh gunakan primer yang berbeza untuk serlahkan makeup pada kawasan wajah yang berlainan. Contohnya, gunakan primer mata untuk pastikan pembayang mata lebih jelas.

    Tips makeup tahan lama 3: Pilih foundation yang betul

    tips makeup

    Selain membeli foundation yang berkualiti, pastikan warnanya juga sama dengan kulit wajah! Jika tidak, nampak bercapuk nanti!

    Beli makeup juga satu pelaburan tau! Oleh sebab itu, elakkan membeli alat solek mengikut nafsu. Lakukan perbandingan dahulu sebelum membeli.

    Jadi, pilih formulasi bebas minyak supaya ia tidak akan membuatkan makeup nampak bercapuk. Foundation jenis ini juga selalunya lebih ringan berbanding foundation lain.

    Jika anda mempunyai kulit kering, cuba cari produk yang mempunyai asid hialuronik untuk pastikan wajah sentiasa hidrat.

    Baca juga:

    Rahsia makeup yang tahan lama bukanlah kuantiti yang banyak. Ia terletak pada teknik anda mengaplikasikan solekan tersebut.

    Jika anda ingin memakai foundation, pastikan anda aplikasikan dengan nipis. Kemudian, tunggu ia kering terlebih dahulu jika ingin tambahkan lapisan kedua.

    Akhiri pemakaian foundation dengan bedak. Pemakaian bedak dapat memastikan solekan tahan sepanjang hari.

    5. Spray makeup tahan lama

    Akhir sekali, jangan lupa gunakan spray makeup tahan lama!

    Setting spray akan memastikan solekan anda tidak bergerak dan sukar tertanggal. Malah, ia akan membuatkan kulit tampak lebih glowing!

    Elakkan menyentuh muka dengan tangan. Ada banyak kotoran, minyak dan juga bakteria yang melekat pada tangan kita.

    Kalau nak elakkan jerawat, hindari pegang muka dengan tangan ya!

    Gunakan alat solek dengan selamat

    Ada banyak penyakit dan jangkitan yang boleh berlaku disebabkan makeup.

    Sebagai langkah berjaga-jaga, ada beberapa tip untuk anda pastikan alat solek yang digunakan selamat dan tidak akan memudaratkan kesihatan.

    1. Pastikan anda baca dahulu cara penggunaan yang dicetak pada pembungkus.
    2. Basuh tangan sebelum makeup.
    3. Cuci berus dengan kerap untuk elakkan jangkitan.
    4. Jangan kongsi alat solek dengan orang lain.
    5. Jangan tambah apa-apa dalam produk solekan anda. Contohnya, elakkan tambah air dalam botol maskara atau foundation yang hampir habis.
    6. Bersihkan bekas makeup anda.
    7. Tutup makeup selepas guna.
    8. Jangan guna alat solek yang sudah tamat tempoh.
    9. Buang alat solek yang sudah bertukar bau dan warna.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 22/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan