backup og meta

Kepentingan Menjaga Kebersihan Diri Semasa Ramadan, Pembersih Lembut Berhidrasi Adalah Jawapannya!

Kepentingan Menjaga Kebersihan Diri Semasa Ramadan, Pembersih Lembut Berhidrasi Adalah Jawapannya!

Apabila menjelang bulan Ramadan, sudah pasti ramai antara kita yang ternanti-nanti akan ketibaan bulan yang mulia ini kerana keistimewaannya berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Meskipun pada bulan ini kita berpeluang untuk melakukan pelbagai ibadah, namun banyak aktiviti dan amalan yang dipraktikkan pada bulan ini boleh mengundang kepada masalah kulit yang serius sekiranya kepentingan menjaga kebersihan diri tidak dititikberatkan.

Jangan lupa, selain daripada ibadah yang kita lakukan sepanjang Ramadan, kepentingan menjaga kebersihan diri juga merupakan sesuatu yang amat dituntut dalam Islam.

Setelah lebih dua tahun kita berpuasa tanpa dapat merasai kemeriahan Ramadan akibat wabak Covid-19, sudah pasti Ramadan kali ini akan disambut dengan meriah dan dipenuhi dengan aktiviti sosial seperti berkunjung ke bazar Ramadan, menunaikan ibadah solat tarawih bersama di masjid dan menghadiri majlis berbuka puasa beramai-ramai.

Berhati-hati berkunjung ke bazar Ramadan

Cuaca yang panas dan terik amat sinonim dengan bulan Ramadan di negara kita. Selain daripada keadaan yang sesak dan sempit di bazar Ramadan, kulit badan dan wajah pasti akan terdedah kepada kesan sinaran cahaya matahari. 

Keadaan ini boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dengan banyaknya dan mengundang kegatalan, iritasi dan selaran matahari.

Tidak dapat dinafikan bahawa kita akan alpa apabila melihat pelbagai juadah yang dijual di bazar Ramadan. 

Tetapi anda harus peka bahawa kebanyakan juadah ini disediakan dengan kaedah dibakar atau digoreng secara terbuka dan sudah pastilah kulit badan anda akan terpalit dengan pelbagai jenis kekotoran.

Apabila kita mengabaikan kepentingan menjaga kebersihan diri ketika di bazar Ramadan, masalah yang lebih serius seperti jangkitan kuman boleh berlaku tanpa kita sedari.

Adalah lebih baik untuk anda terus mandi selepas pulang dari bazar Ramadan untuk membersihkan kulit anda daripada segala kekotoran.

Nikmati solat tarawih di masjid dengan selesa

kepentingan menjaga kebersihan diri

Walaupun solat tarawih boleh ditunaikan di rumah, namun ramai antara umat Islam memilih untuk menunaikan ibadah ini di surau ataupun di masjid.

Bukan semua rumah ibadah di negara kita dilengkapi dengan pendingin hawa dan bagi sesetengah surau dan masjid, jemaah terpaksa mengharungi suasana yang panas ketika menunaikan solat tarawih.

Bagi wanita pula, ia pasti lebih mencabar kerana pemakaian telekung menutup sebahagian besar kawasan kulit. Oleh itu, kulit akan terlindung tanpa pengudaraan yang baik dan menyebabkan kulit badan berkuap dan berbau.

Aktiviti moreh selepas solat tarawih yang selalunya berlaku dalam keadaan bersesak-sesak boleh menyumbang kepada masalah kulit terutamanya kulit sensitif.

Ketidakselesaan semasa solat tarawih di surau atau masjid dapat diatasi sekiranya kita fokus pada kepentingan menjaga kebersihan diri. Mandilah sebelum dan selepas aktiviti solat tarawih.

Baca juga:

Hadiri majlis berbuka puasa secara bersederhana

berbuka puasa

Kemeriahan bulan Ramadan sememangnya tidak lengkap sekiranya tiada majlis berbuka puasa, apatah lagi apabila sudah dua tahun kita tidak dapat melakukan aktiviti ini. Ketika majlis inilah kita boleh mengambil peluang untuk bersosial bersama rakan-rakan dan keluarga.

Sama seperti bazar Ramadan dan solat tarawih, aktiviti majlis berbuka puasa juga melibatkan bilangan tetamu yang ramai dan boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kulit

Pada waktu inilah, kita perlu menekankan kepentingan menjaga kebersihan diri, terutamanya untuk mengelakkan sebarang jangkitan yang tidak diingini. 

Bersentuhan dan bersalaman juga boleh menggalakkan jangkitan kuman ke atas kulit. Berwaspadalah dan bersederhanalah ketika anda sedang asyik bersosial sewaktu menghadiri majlis berbuka puasa.

Jangan lupa tentang kepentingan menjaga kebersihan diri dan lakukan pembersihan kulit secara menyeluruh selepas pulang dari majlis.

Kepentingan menjaga kebersihan diri semasa Ramadan

Apabila anda menjaga kebersihan diri, secara langsung anda juga akan dapat menjaga kesihatan diri terutamanya kesihatan kulit anda.

Kepentingan menjaga kebersihan diri perlu diambil kira semasa Ramadan kerana aktiviti-aktiviti pada bulan ini boleh mengundang kepada pelbagai masalah kulit seperti kulit kering, kulit sensitif, iritasi, jangkitan kuman dan juga selaran matahari.

Salah satu cara untuk menjaga kebersihan diri adalah dengan menggunakan pembersih lembut berhidrasi ketika mandi.

Apa itu pembersih lembut berhidrasi?

kepentingan menjaga kebersihan diri

Pembersih lembut berhidrasi berfungsi untuk membersih kulit daripada sebarang kekotoran secara aktif tanpa menghakis pelindung semula jadi kulit.

Kebiasaannya, pembersih lembut berhidrasi diformulasi dengan bebas sabun dan bebas pewangi serta sesuai digunakan untuk kulit badan dan kulit wajah.

Selain itu, produk ini selalunya bersifat hipoalergenik yang membawa maksud ‘tidak menyebabkan reaksi alergi atau iritasi. Ia amat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kering, kulit normal dan kulit sensitif.

Menarik bukan? Penggunaan pembersih lembut berhidrasi semestinya dapat memberikan keselesaan kepada kulit anda ketika melakukan kesemua aktiviti semasa bulan Ramadan.

Kelebihan lain pembersih lembut berhidrasi pada kulit

Selain itu, pembersih lembut berhidrasi juga mampu melindungi anda daripada lima tanda kulit sensitif iaitu – kekeringan, iritasi, kekasaran, ketegangan dan pelindung kulit lemah.

Formulasi pH seimbang tanpa rengsaan yang dimiliki pembersih jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit, sama ada kulit kering, berminyak, kombinasi kedua-duanya dan kulit sensitif.

Anda juga boleh menggunakan krim atau losyen pelembap badan dan wajah yang mengandungi formula emolien dan humektan untuk dipadankan dengan pembersih lembut berhidrasi.

Cara penggunaan pembersih lembut berhidrasi pada kulit

kepentingan menjaga kebersihan diri

Amalan pembersihan kulit badan dan wajah secara menyeluruh adalah disarankan sekurang-kurangnya dua kali sehari – sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.  

Pembersih lembut berhidrasi boleh digunakan dengan air atau tanpa air bergantung kepada kehendak masing-masing.

Untuk penggunaan dengan air, pembersih diletakkan ke kulit dan disapukan dengan perlahan-lahan. Kemudian, air bersih digunakan untuk membilas baki pembersih di atas kulit.

Manakala untuk penggunaan tanpa air, lebihan pembersih dibersihkan dengan menggunakan kain lembut untuk meninggalkan lapisan nipis pembersih ke atas kulit.

Setelah itu, anda boleh sapukan krim atau losyen pelembap ke seluruh badan. Kini, kulit badan anda pasti akan menjadi lembut, kulang alami kulit kering, rasa lebih segar dan lebih hidrat!

Semoga informasi yang kami kongsikan tentang penggunaan pembersih lembut berhidrasi ini dapat membantu anda untuk menikmati keindahan aktiviti-aktiviti pada bulan Ramadan di samping mengutamakan kepentingan menjaga kebersihan diri

Sihat berseri, Syawal menanti! Dapatkan Cetaphil Gentle Skin Cleanser dan Cetaphil Moisturising Cream di Shopee atau Lazada sekarang supaya kulit lebih sihat dan berseri menjelang raya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Facial Hygiene. https://www.cdc.gov/healthywater/hygiene/face/index.html. Accessed on April 12, 2022. 
  2. Transfer of Infection by Handshakes. https://www.jstor.org/stable/41973510. Accessed on April 12, 2022. 
  3. Dermatologists’ Top Tips For Relieving Dry Skin. https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics/dry/dermatologists-tips-relieve-dry-skin. Accessed on April 12, 2022.
  4. What are Hypoallergenic Products? https://www.sutterhealth.org/ask-an-expert/answers/what-are-hypoallergenic-products. Accessed on April 12, 2022.
  5. The Relation of pH and Skin Cleansing. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/30130782/. Accessed on April 12, 2022. 
  6. Face Washing 101. https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics/care/face-washing-101. Accessed on April 12, 2022.

Versi Terbaru

21/06/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Pertama Kali Berpuasa Masa Hamil? Ini 5 Resipi Agar Ibu Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Ini 5 Tip Penjagaan Untuk Kulit Wajah Yang Kering Semasa Ramadan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 21/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan