3. Toner

Fungsi toner adalah untuk menyeimbangkan tahap pH kulit terutamanya untuk jenis kulit berminyak dan menghalang daripada pertumbuhan jerawat. Salah satu bahan untuk resepi toner buatan rumah adalah cuka epal. Cuka epal dikenali melalui sifat anti-keradangan dan anti anti-bakteria dan bertindak dengan baik untuk merawat jerawat dan mengurangkan kemerah-merahan. Anda hanya perlu air bertapis, cuka epal, minyak pati lavender dan minyak pati frankincense sebagai bahan campuran. Untuk kulit normal atau kulit kering, campurkan ⅓ cuka epal bersamaan dengan ⅔ air bertapis, manakala bagi kulit berminyak, campurkan ½ bahagian cuka epal bersamaan dengan ½ air bertapis. Kemudian tambahkan beberapa titis minyak pati lavender dan frankincense dan simpannya didalam botol kecil pada suhu bilik. Guna toner sebanyak 2 kali dalam sehari; sekali selepas mandian pagi dan sekali lagi sebelum anda tidur.
4. Serum wajah

Anda mungkin terlihat serum wajah dengan harga yang mahal di kedai, tetapi sekiranya anda memerlukan serum wajah dengan harga berpatutan, tiada cara yang lebih baik berbanding dengan kaedah membuatnya sendiri dengan kesan yang sama. Apa yang anda perlu untuk mendapatkan tona kulit yang cantik dengan kedutan yang minimum adalah minyak asas seperti minyak pati frankincense, minyak pati lavender, minyak pati myrrh, minyak pati helichrysum dan minyak pati ros. Campurkan kesemuanya (beberapa titis untuk setiap minyak pati) didalam botol penitis dan isikan minyak pati rosehip seed sehingga memenuhi botol tersebut. Gunakan serum wajah ini setiap pagi dan malam di kawasan wajah yang kelihatan kusam. Minyak rosehip seed terbukti untuk memperbaiki kulit dan membantu menyeragamkan tona kulit berdasarkan kajian pengkaji daripada Universiti San Marcos.
5. Pelembap wajah

Untuk melembapkan kulit wajah dengan menggunakan bahan yang diperoleh daripada rumah, pemilihan minyak asas adalah sangat penting. Carrier oil atau minyak asas diperbuat daripada beberapa jenis bunga, kekacang bahkan sayuran seperti badam, kacang macadamia, bijan, jojoba dan kelopak ros. Setiap satu memberikan manfaat masing-masing terhadap kesihatan kulit. Sebagai contoh, minyak jojoba berfungsi dengan baik untuk merawat kekeringan, penuaan dan kulit berminyak. Didalam resepi ini, minyak argan digunakan sebagai carrier oil kerana ia menyerap dengan cepat kedalam kulit tanpa rasa kesan berminyak. Campurkan 2 oz. minyak argan bersama-sama 15 titis minyak pati frankincense, 10 titis minyak pati lavender dan 10 titis minyak pati carrot seed. Simpan campuran tersebut didalam botol penitis dan gunakan 1 atau 2 titisan setiap pagi dan malam untuk melembapkan kulit anda seperti yang dikehendaki.
Kesemua bahan semulajadi adalah selamat untuk digunakan dengan jumlah campuran yang betul dan tepat. Tiada sebarang bahan kimia berbahaya yang ditambah kedalam campuran kerana anda membuat sendiri campuran tersebut dengan penggunaan bahan yang dipilih sendiri oleh anda. Anda boleh membuat serum pembaikian kulit anda untuk kegunaan sendiri atau menjadikannya sebagai hadiah kepada ahli keluarga dan rakan-rakan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen