Sering kali kita dapat baca atau lihat kondisi ini biasa berlaku pada kulit sahaja bukan? Ketahuilah psoriasis kuku tangan dan kaki juga mungkin boleh terjadi! Jom terus baca artikel untuk tahu.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Untuk pengetahuan anda semua, psoriasis itu adalah kondisi kronik yang akan menyebabkan kulit anda kering, merah dan bersisik. Ia juga akan mengakibatkan rasa gatal dan sakit yang teruk.
Kebiasaannya, kondisi kulit ini akan menyerang kulit kepala, siku, lutut dan lain-lain. Jangan pula rasa terkejut jika kami kata ia turut boleh tersebar lantas membawa ke kuku tangan atau kaki.
https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/psoriasis/makanan-untuk-pesakit-psoriasis/
Persoalannya, adakah ia boleh terjadi kepada semua orang atau terdedah kepada segelintir sahaja?
Bagaimana kebarangkalian kondisi ini?
Sebenarnya, semua individu mungkin boleh mengalami kondisi kulit dan kuku ini namun ia lebih tinggi risiko kepada mereka yang mempunyai gangguan pada respon sistem imun tubuh badan.

Apa simptom kuku psoriasis?
Umumnya, kondisi kuku ini nampak hampir sama dengan masalah kuku yang rosak akibat infeksi kulat namun dengan sedikit perbezaan. Berikut adalah gejala psoriasis pada kuku individu:
Pertama, kondisi ini akan membuat kuku individu berubah warna menjadi kekuningan, kecoklatan atau kehijauan. Ia turut hadir bersama bintik berwarna putih atau merah di sekitar kuku.
#2. Perubahan tekstur kuku
Kuku tercipta untuk melindungi kawasan dalaman kulit namun kondisi ini akan mengakibatkan ia menjadi amat rapuh dan mudah hancur sekali gus meningkatkan risiko jangkitan mikrob.
#3. Kuku berlekuk @ berlubang
Lanjutan daripada itu, jari tangan dan kaki anda akan kurang atau hilang sel keratin yang begitu penting untuk membentuk plat kuku. Kesannya, mungkin akan muncul lekuk atau lubang pada kuku dengan skala yang berbeza bergantung individu.
Tidak sama bagi semua individu, lekuk dan lubang itu mungkin bersaiz kecil atau besar, berjumlah satu atau lebih dan menembus sehingga ke seluruh atau sebahagian permukaan kuku sahaja.
#4. Kuku terpisah dari kulit
Kadangkala, kondisi ini juga boleh menyebabkan kuku anda terpisah dari kulit (onkolisis). Gejala ini mungkin akan disertai dengan kemunculan tompok putih dan kuning pada kutikula kuku.
Ini mungkin tidak akan menyebabkan kuku anda tercabut namun hanya terpisah sebahagian dari kulit sekali gus meninggalkan sedikit ruang kosong yang mudah terdedah pada infeksi mikrob.

Dalam kes yang lebih teruk, kuku juga mengalami infeksi kulat, bakteria atau virus yang kemudian mengakibatkan kuku anda berubah warna gelap dan berbau sangat busuk jika hanya dibiarkan!
Apa punca kuku psoriasis?
Menurut kajiaan seliaan Radboud University Medical Centre, hampir 80-90 peratus kes individu yang mempunyai psoriasis pada kulit turut mengalami kondisi sama pada kuku mereka.
Ini bermaksud psoriasis pada kulit itu adalah punca utama kondisi ini berlaku. Pun begitu, masih wujud individu yang menderita penyakit kulit ini namun tidak pada kuku dan sebaliknya.
Buat anda yang belum tahu, psoriasis termasuk penyakit kulit kronik yang didalangi oleh gangguan pada respon sistem imun tubuh badan. Sepatutnya membantu melawan infeksi mikrob, ia malah bertindak dengan cara menyerang sel-sel kulit yang sihat.
Faktor risiko kondisi ini
Selain gangguan autoimun, ada beberapa lagi faktor risiko masalah pada kuku ini seperti berikut:

Bagaimana masalah ini boleh didiagnosis?
Psoriasis mungkin tidak akan dapat disembuhkan sepenuhnya dari tubuh badan namun ia masih boleh dirawat dan dikawal gejalanya agar kondisi ini tidak akan menjadi lebih teruk atau melarat.
Sekiranya anda perasan ada gejala kondisi ini pada kuku, segera berjumpa dan berbincang dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan. Setelah itu, barulah rawatan atau ubatan akan diberikan.
Bagaimana masalah ini akan dirawat?
Kebiasaannya, kondisi ini memerlukan rawatan dan ubatan bergantung pada tahap ia berlaku. Ada dua tahap yang umum iaitu ringan/sederhana atau kronik dan ia adalah seperti berikut:
- Krim topikal steroid – Jika masih di tahap awal, krim sapu akan dibertikan untuk membantu mengurangkan atau menghilangkan gejala psoriasis kuku selama beberapa hari, minggu atau bulan.
- Kalsipotriol – Ubat sapu ini mampu merawat infeksi atau masalah lain yang berlaku pada kawasan dalaman kuku.
- Tazaerotene – Ubat sapu ini pula merawat gejala kuku berlekuk, berlubang atau perubahan pada warna kuku.
- Suntikan kortikosteroid – Jika sudah melarat, kortikosteroid akan disuntik terus ke dalam kuku dan perlu diulang untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya sampai ia pulih.
- Laser – Kaedah pulse dye laser atau paparan sinaran UVA artifisial boleh membantu merawat masalah ini jika sudah di peringkat yang paling teruk.