
Untuk pengetahuan anda, kuku terbentuk daripada sel-sel mati dan dipenuhi keratin.
Sebenarnya, ia mungkin boleh menjadi jendela kepada tahap kesihatan tubuh badan kita.
Ingin tahu bagaimana? Ayuh kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!
Apa punca kuku berwarna kuning?
Kuku berwarna kuning adalah masalah biasa dalam kalangan lelaki dan wanita.
Sama ada disebabkan kesan pengilat kuku, gaya hidup anda atau tanda-tanda masalah perubatan.
Jom sama-sama kita kenali sebabnya!
Pengilat kuku?
Biasanya, pigmen pengilat kuku adalah penyebab kuku kuning.
Lebih gelap warna pengilap, lebih banyak kesan yang ditinggalkannya.
Satu-satunya cara untuk mengelakkannya adalah dengan menggunakan kot asas yang jernih pada kuku sebelum menggunakan pengilap kuku.
Ia bukan sahaja melindungi kuku anda daripada kesan warna tetapi juga membuat pengilap kuku tahan lebih lama.
Menggunakan penanggal pengilat kuku yang diperbuat daripada aseton juga menambah kuku kuning anda.
Pilih penanggal bukan aseton setiap kali anda perlu menanggalkan pengilap kuku.
Perokok tegar?
Sekiranya anda seorang perokok, maka kuku anda mungkin menjadi kuning disebabkan tar dan nikotin dari rokok anda.
Di samping itu, merokok menghalang aliran oksigen ke kuku, menyebabkan kekurangan oksigen yang juga menyebabkan kuku kuning.
Untuk mengelakkan kuku anda kuning, anda perlu berhenti merokok.
Walaupun susah, mungkin ini lebih baik untuk kesihatan anda sendiri.
Jangkitan kulat?
Kuku kuning boleh disebabkan oleh jangkitan kulat.
Tanda-tandanya termasuklah kuku mengelupas, di samping bau yang kurang menyenangkan.
Jika tidak dirawat, kuku anda boleh menebal dan hancur.
Selain itu, warna kuku yang bukan semula jadi mungkin menandakan penyakit tiroid, hati dan paru-paru.
Jika anda merasa curiga dengan warna kuku anda, rujuk kepada doktor untuk menentukan masalah sebenar anda.
Ini cara penjagaan kuku yang betul!
Jika kuku anda sudah pun menjadi kuning.
Anda masih boleh mencerahkannya dengan menggunakan jus lemon dan baking soda atau pergi ke salon kuku untuk pembaikan segera.
Sama seperti kulit anda, kuku anda perlukan oksigen supaya tetap sihat dalam jangka masa panjang.
Sekalipun anda gemar menggunakan pengilap kuku, membiarkannya tanpa diwarnakan akan membantu kuku anda kekal lebih sihat.
Jadi, sila ambil tahu cara penjagaan kuku yang betul agar ia kekal cantik dan sihat ya!
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.