backup og meta

Kulit Kaki Tidak Cantik Macam Dulu? Cuba Tip Merawat Kulit Merekah Ini, Dapat Balik Kaki Menawan!

Kulit Kaki Tidak Cantik Macam Dulu? Cuba Tip Merawat Kulit Merekah Ini, Dapat Balik Kaki Menawan!

Cuaca boleh menyebabkan banyak masalah kepada kesihatan manusia. Selain daripada selesema, flu atau alergi bermusim, kulit mengelupas dan merekah adalah antara masalah kesihatan yang berkaitan dengan cuaca.

Keadaan ini menyebabkan kesakitan tahap ringan dan teruk. Oleh itu, bagaimana untuk merawatnya dengan selamat dan berkesan adalah sangat diperlukan.

Kenapa anda mengalami kulit merekah dan mengelupas?

Kulit mengelupas dan merekah adalah disebabkan kurang kelembapan pada kulit.

Keadaan ini biasanya berlaku pada kaki atau tangan kerana tiada kelenjar minyak di kawasan tersebut untuk mengekalkan kelembapan.

Di samping itu, terdapat juga sebab lain untuk berlakunya kulit mengelupas dan merekah, termasuklah:

  • Terlalu banyak mandi air panas
  • Keadaan kulit tertentu seperti ekzema, psoriasis
  • Penyakit tertentu seperti diabetes atau masalah tiroid
  • Gel mandi atau sabun tanpa pelembap
  • Cuaca sejuk
  • Kerap menggunakan penghawa dingin  (yang membawa kepada tahap kelembapan rendah)
  • Penuaan

Apakah simptom-simptom rekahan?

kulit mengelupas

Sebelum keadaan merekah dan mengelupas serta rasa sakit bertambah teruk, terdapat beberapa simptom seperti berikut:

  • Gatal
  • Kemerahan
  • Ruam
  • Tanda rekahan

Bagaimana untuk merawat kulit merekah dan mengelupas?

Sebelum menjalankan rawatan kulit mengelupas, sediakan bahan-bahan tersebut:

  • Losyen, vaseline atau minyak sayuran
  • Stokin kapas lembut
  • Tuala lembut
  • Gel mandi atau sabun antibakteria
  • Lemon
  • Batu pumis (batu gunung berapi yang ringan serta poros, biasanya digunakan sebagai bahan pelelas).

Prosedur ini termasuk langkah-langkah seperti:

Langkah 1:

Singkirkan sel-sel kulit mati dan bahagian yang keras dengan menggosoknya dengan batu pumis.

Sekiranya anda mengalami kesakitan, hentikannya.

Langkah 2:

Pastikan kawasan yang terjejas dilembapkan dengan kerap.

Pertama, sapukan vaseline, losen atau minyak sayuran kemudian tutup dengan stokin. Lakukan ini setiap hari untuk melihat kesannya.

Langkah 3:

Pastikan kawasan yang terjejas bersih dengan menggunakan sabun antibakteria.

Selepas mencuci, keringkan dengan tuala kapas yang lembut dan bersih. Ini akan menghalang jangkitan yang membawa kepada rasa sakit.

Langkah 4:

Rendam bahagian yang terjejas dengan jus lemon untuk melembutkan kulit.

Setiap kali anda lakukannya, pastikan dalam masa 10 minit untuk hasil terbaik.

Langkah 5:

Minum air dengan banyak untuk kekal terhidrasi.

Elakkan daripada minum kopi atau alkohol yang boleh menyebabkan kulit kering dan memburukkan keadaan.

Nota:

Sekiranya keadaan ini tidak bertambah baik atau semakin teruk tanpa mengira percubaan anda, dapatkan bantuan doktor.

Bagaimana mencegah kulit mengelupas?

kulit mengelupas

Berikut adalah beberapa tip untuk mencegah masalah kulit kaki ini.

  1. Bincang dengan doktor untuk rawatan perubatan tertentu bagi menguruskan kekeringan.
  2. Cuba untuk tidak menggaru atau menggosok kawasan yang terjejas. Jika kegatalan berterusan, gunakan kaedah sejuk dengan meletakkan pek ais atau kompres sejuk di kawasan tersebut.
  3. Elakkan daripada semua aktiviti serta produk yang boleh menyebabkan kulit kering seperti sabun berbuih atau sabun wangi.
  4. Tekan kulit dengan tuala untuk mengeringkan, jangan gosok.
  5. Elakkan mandi sauna, wap dan air panas. Air suam disarankan.
  6. Lembapkan kulit selepas mandi.
  7. Pakai kasut yang membolehkan kaki bernafas.
  8. Elakkan alkohol dan kafein.

Pengelupasan merekah menyebabkan banyak ketidakselesaan; daripada gatal-gatal, rasa terbakar, kesukaran berjalan dan juga pendarahan.

Oleh itu, ikuti arahan di atas untuk mendapatkan kulit yang sihat sempurna.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cracked heels treatment. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/dry-skin/expert-answers/cracked-heels-treatment/faq-20455140. Accessed 18 May 2022.
  2. Cracked heel. https://dermnetnz.org/topics/cracked-heel/ Accessed 18 May 2022.
  3. Cracked or dry skin. https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/cracked-or-dry-skin/ Accessed 18 May 2022.
  4. Cracked heel. https://www.ipfh.org/foot-conditions/foot-conditions-a-z/cracked-heels. Accessed 18 May 2022.
  5. Cracked heels remedy. https://blackdoctor.org/cracked-heels-remedy/Accessed 18 May 2022.

Versi Terbaru

05/12/2022

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jangan Abai Ruam Di Ketiak, Kenal Pasti Punca & Cara Mudah Rawat Di Rumah!

Selain Dermatitis Kontak, Ada 6 Lagi Jenis Ekzema Yang Anda Boleh Kenal Pasti!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan