backup og meta

Ada Masalah Kulit Bersisik Macam Ikan? Ini Cara Uruskan Dan Merawatnya

Ada Masalah Kulit Bersisik Macam Ikan? Ini Cara Uruskan Dan Merawatnya

Meskipun bukan semua individu mengalaminya, namun mungkin ramai dalam kalangan kita semua yang pernah terbaca, terdengar atau terlihat foto dan video tentang penyakit kulit bersisik.

Ia adalah sejenis penyakit jarang berlaku yang boleh terjadi pada kulit individu dan akan membawa pelbagai masalah terhadap kesihatan serta keyakinan diri.

Persoalannya, bagaimana cara untuk mengendali dan merawat penyakit kulit bersisik? Jom teruskan membaca artikel untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!

Apa itu penyakit kulit bersisik?

Buat anda yang mungkin belum tahu, penyakit kulit bersisik atau lebih dikenali sebagai kulit ikan atau kulit ular ini didalangi oleh kondisi Ichthyosis vulgaris.

Kondisi ini akan menyebabkan sel-sel kulit mati tidak mampu terkupas secara sendiri dan semula jadi sekali gus mengakibatkan wujudnya sisik-sisik pada kulit.

Kebiasaannya, kes-kes yang melibatkan kondisi ini adalah bersifat sederhana dan hanya akan berlaku pada bahagian spesifik yang tertentu pada tubuh badan.

Pun begitu, ada juga kes yang jauh lebih teruk dan meliputi sebahagian besar kulit tubuh badan termasuklah pada tangan, kaki, abdomen, belakang badan dan lain-lain.

penyakit kulit bersisik

Apa yang masyarakat kita perlu tahu adalah ia bukanlah akibat daripada jangkitan atau sumpahan sebaliknya berpunca daripada keturunan genetik yang abnormal.

Apa punca penyakit kulit bersisik?

Ichthyosis vulgaris biasa akan muncul ketika bayi baru lahir ataupun semasa beberapa tahun pertama kanak-kanak dan mungkin hilang dengan kekal selepas itu.

Namun ada beberapa kes di mana kondisi tersebut kembali ketika mereka remaja atau dewasa sekali gus membawa masalah terhadap kesihatan dan keyakinan diri.

Seperti mana kondisi kulit yang lain, genetik memainkan peranan di dalam penyakit kulit bersisik ini dan boleh diturunkan dari sebelah ibu atau bapa penderita.

Kondisi ini adalah bersifat dominan yang bermaksud hanya salah seorang daripada ibu atau bapa itu boleh mewariskan mutasi genetik ini kepada anak mereka.

Di dalam kes yang lebih jarang berlaku, individu masih boleh menghidap penyakit kulit ini walaupun ibu atau bapa mereka tidak ada mutasi genetik tersebut.

Sebuah kisah benar tentang kondisi ini…

Muhammad Hassan atau lebih mesra disapa dengan nama ‘Mamat’, merupakan seorang anak muda yang telah menghidap kondisi kulit ini sejak dari lahir lagi.

penyakit kulit bersisik

Sumber: OhBulan!

Mamat yang gemar memuat naik foto dan video di media sosial seperti TikTok, mendedahkan bahawa perspektif orang ramai adalah berbeza bergantung kepada individu.

Ada yang membela dan menyokong perjuangan hidup Mamat namun wujud juga golongan yang cenderung mengeji dan mengutuk ekoran perbezaan pada luaran.

Lebih teruk lagi, Mamat juga pernah dihujani dengan tohmahan bahawa kondisi kulit itu adalah tatu yang sengaja dicacah bagi meraih perhatian orang ramai.

Sebagai masyarakat, kita semua harus mempunyai sifat simpati, empati dan tidak sesekali merendah-rendahkan orang lain yang mungkin kurang bernasib baik.

Bagaimana cara untuk kendali dan rawat?

Selain Mamat, mungkin ramai lagi individu di dunia ini yang sedang hebat berjuang demi melawan penyakit kulit ini atau sebarang jenis kondisi kulit lain.

Di dalam kes Ichthyosis vulgaris, masih tiada sebarang penawar yang berjaya ditemukan namun masih wujud cara untuk mengendali dan merawat kondisi ini.

Pengambilan ubatan sapuan

Doktor anda mungkin akan mempreskripsikan ubat topikal berbentuk krim atau minyak khas yang boleh bantu mengendali serta merawat kondisi kulit itu.

Tujuannya adalah untuk melembapkan kulit kering, menyingkirkan kulit mati serta mengawal kegatalan dan keradangan yang mungkin terjadi akibat penyakit ini.

Pengambilan ubatan sapuan yang dipreskripsikan doktor mungkin akan mengandungi:

  • Retinoid – Ia mungkin digunakan jika tubuh badan anda mengalami kesukaran untuk kawal proses penghasilan dan penyingkiran sel kulit.
  • Asid laktik – Ia selalu digunakan di dalam pembuatan kosmetik anti penuaan dalam usaha melembapkan kulit kering dan menyingkirkan kulit mati.
  • Asid hidroksi alfa – Ia juga digunakan di dalam pembuatan kosmetik anti penuaan dalam usaha melembapkan kulit kering dan menyingkirkan kulit mati.

penyakit kulit bersisik

Perubatan di rumah sendiri

Jika anda adalah salah seorang pesakit penyakit kulit bersisik, sangat penting untuk anda kerap skrub kulit menggunakan span atau loofa selepas habis mandi.

Selain itu juga, sila kerap sapukan pelembap kulit yang ada urea, asid laktik, asid salisilik atau propylene glycol yang akan bantu kondisi kulit kering dan bersisik.

Dalam pada itu, anda juga boleh memasang pembersih udara di rumah sendiri untuk tujuan menambahkan kelembapan udara dan mengelakkan kekeringan kulit.

Meskipun hidup dengan penyakit kulit ini atau sebarang kondisi kulit yang lain agar sukar, ia masih perlu dilakukan dengan bantuan daripada kumpulan sokongan.

Disebabkan itu, sila dapatkan bantuan daripada profesional agar anda mampu mendapatkan kesihatan dan keyakinan diri dalam menempuh rintangan kehidupan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Ichthyosis vulgaris, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ichthyosis-vulgaris/symptoms-causes/syc-20373754, Accessed Nov 10 2021.
  2. Ichthyosis vulgaris, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ichthyosis-vulgaris/diagnosis-treatment/drc-20373759, Accessed Nov 10 2021.
  3. Ichthyosis Vulgaris, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21069-ichthyosis-vulgaris, Accessed Nov 10 2021.
  4. Ichthyosis vulgaris, https://dermnetnz.org/topics/ichthyosis-vulgaris, Accessed Nov 10 2021.
  5. Ichthyosis vulgaris, https://rarediseases.info.nih.gov/diseases/6752/ichthyosis-vulgaris, Accessed Nov 10 2021.

Versi Terbaru

10/01/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tip Nak Beli Produk Jika Kulit Kering Dan Kasar, Mesti Ada 7 Bahan Ini!

7 Sebab Mengapa Kulit Anda Sering Kering Dan Gatal, Ubah Tabiat Ini Sekarang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan