backup og meta

Rimas Tengok Bintik Putih Bawah Mata? Usah Risau, Ini Rawatan Mudah, Boleh Buat Di Rumah!

Rimas Tengok Bintik Putih Bawah Mata? Usah Risau, Ini Rawatan Mudah, Boleh Buat Di Rumah!

Kulit yang licin dan flawless menjadi idaman semua orang, baik wanita mahupun lelaki. Namun, masalah kulit milia terutamanya di bawah mata boleh menjejaskan penampilan seseorang. Tapi apa itu milia dan adakah cara hilangkan milia seed ini?

Milia, juga dikenali sebagai milium adalah benjolan kecil yang terdiri daripada keratin yang terperangkap di bawah kulit.

Masalah kulit ini turut boleh muncul di mana-mana anggota badan tetapi ia lebih cenderung untuk berkembang di sekitar atau di bawah mata.

Tambahan itu, ia bukan sahaja berlaku terhadap orang dewasa, bayi yang baru lahir juga boleh mengalaminya.

Dalam artikel ini, ketahui lebih lanjut mengenai milia di bawah mata, termasuk penyebabnya dan rawatan yang boleh dilakukan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Fahami masalah kulit di bawah mata sebelum bongkar cara hilangkan milia seed

Milia adalah bintik-bintik kecil, atau sista, yang muncul di bawah kulit. Sebilangan orang mungkin memanggilnya sebagai milk spot or oil seed.

Dari segi warna, biasanya ia berwarna putih, kekuningan, atau sama dengan kulit seseorang.

Tapi jangan salah faham ya, milia bukan jerawat, walaupun ramai yang menganggapnya sebagai jerawat.

Ia boleh muncul di kawasan lain pada badan, tetapi pada orang dewasa, ia cenderung untuk terjadi di sekitar mata, pipi, dahi, dan alat kelamin.

Milia sebenarnya adalah koleksi kecil keratin yang terperangkap. Keratin inilah yang memberi kekuatan pada sel kulit, kuku, dan rambut.

Oleh sebab sel-sel kulit ini mati, ia akan tersumbat dan terperangkap di dalam liang pori, membentuk sista, atau milium.

Baca juga:

Cara hilangkan milia seed #Ini penyebab-penyebab dan faktor risiko

Penyebab utama masalah kulit milia di bawah mata mungkin berbeza-beza bagi setiap orang.

Pada sesetengah individu, ia boleh disebabkan oleh trauma atau pernah menjalani prosedur kosmetik.

Namun, tidak ada alasan yang jelas mengapa sebilangan orang mendapatnya sementara yang lain tidak.

Selain itu, ia sangat kerap berlaku pada kanak-kanak, dan mempengaruhi sebanyak 40% sehingga 50% bayi yang baru lahir.

Di samping itu, pakar juga menyatakan bahawa ia sering terjadi pada golongan wanita yang lebih tua.

Dalam kes yang jarang berlaku, seseorang individu boleh memilikinya setelah menggunakan ubat topikal, seperti kortikosteroid.

Jenis-jenis rawatan perubatan dan di rumah

Berita baik untuk anda, masalah kulit ini boleh dirawat secara perubatan mahupun di rumah!

Rawat hanya di rumah

Secara umumnya, tidak ada rawatan yang diperlukan untuk mengatasi milia kerana ia boleh hilang secara sendiri.

Tetapi jika milia di bawah mata mengganggu anda, berikut adalah beberapa jenis rawatan yang boleh dilakukan hanya di rumah! Antaranya:

  • Cuci dan skrub kulit: Milia berlaku di bawah mata kerana penghasilan keratin secara berlebihan. Dengan skrub atau melakukan proses pengelupasan, sel-sel kulit mati dan keratin yang terperangkap di bawah permukaan kulit dapat disingkirkan
  • Air mawar atau madu manuka: Semburkan sedikit air mawar atau gunakan madu manuka sebagai mask muka. Penyelidikan menemukan sifat anti radang pada mawar dan madu
  • Elakkan mencucuk atau memicit: Jangan picit atau cucuk milia kerana ia boleh merengsakan kulit dan terdedah dengan potensi untuk berlaku jangkitan

Produk-produk muka yang boleh membantu sebagai cara hilangkan milia seed:

Asid alpha hidroksi topikal, seperti asid glikolat dan asid laktik, boleh digunakan untuk mendapat kulit yang sihat.

cara hilangkan milia seed

Bahan-bahan ini sering terkandung di dalam:

  • Astringen
  • Penyegar muka
  • Mask muka
  • Produk skin peels

Rawatan asid salisilik secara perlahan-lahan akan menyingkirkan sel-sel kulit mati.

Bahan-bahan retinoid over-the-counter, seperti adapalene dan retinol juga dapat membersihkan liang-liang pori.

Walau bagaimanapun, terapi di rumah perlu dilakukan di bawah pengawasan doktor.

Rawatan-rawatan perubatan

Pakar dermatologi mungkin dapat menghilangkan milia dari bawah mata anda dengan menggunakan salah satu prosedur berikut:

  • Deroofing: Penggunaan jarum yang disterilkan untuk menghilangkan milia
  • Cryotherapy: Cecair nitrogen ini membekukan dan memusnahkan milia. Ia adalah kaedah yang paling kerap disyorkan untuk menghilangkan milia. Walau bagaimanapun, kaedah ini selalunya tidak digalakkan bagi kawasan yang dekat dengan mata
  • Laser: Laser akan membuka sista dan menyingkirkan pertumbuhan keratin di bawah kulit

cara hilangkan milia seed

Cara hilangkan milia seed? Ini petuanya!

Sekiranya milia sering terbentuk di bawah mata, anda boleh pertimbangkan untuk mengubah rutin penjagaan kulit.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh diamalkan:

#1 Cuci, skrub, dan lembapkan kulit secara berkala

Pengelupasan secara lembut di bawah mata akan mendorong sel-sel kulit baru dan menyingkirkan keratin yang tersumbat.

Tetapi pastikan anda melakukannya secara bersederhana kerana pengelupasan yang melampau boleh merengsakan kulit.

Selain itu, pencuci muka bebas minyak juga merupakan pilihan yang terbaik.

#2 Cara hilangkan milia seed dengan penggunaan serum

Pertimbangkan untuk membeli serum malam yang mengandungi vitamin E atau vitamin A topikal (retinal).

Seiring dengan pertambahan usia, tubuh secara semula jadi kehilangan sebahagian kemampuannya untuk menyingkirkan kulit kering.

Justeru, serum dapat mengunci kelembapan dan meningkatkan pertumbuhan sel semasa anda tidur.

cara hilangkan milia seed

#3 Suplemenm, antara cara hilangkan milia seed

Untuk merawat masalah kulit ini, pastikan anda mendapat vitamin yang mencukupi. Antara makanan tambahan yang boleh diamalkan ialah:

  • Vitamin E
  • Vitamin B-3 (niasin)
  • Vitamin B-kompleks

Pun begitu, adalah penting untuk anda dapatkan pandangan dan khidmat nasihat doktor sebelum mencuba sebarang suplemen.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Milia. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/milia/symptoms-causes/syc-20375073, Accessed on Dec 25, 2021
  2. Milium. https://www.dermnetnz.org/topics/milium/, Accessed on Dec 25, 2021
  3. Ichiro Kurokawa, Ayako Kakuno, and Airo Tsubura. Milia may originate from the outermost layers of the hair bulge of the outer root sheath: A case report (2016). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5228532/, Accessed on Dec 25, 2021
  4. Milia. https://patient.info/skin-conditions/milia-leaflet, Accessed on Dec 25, 2021
  5. Milia. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17868-milia, Accessed on Dec 25, 2021

Versi Terbaru

02/02/2024

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Rahsia Kulit Wajah Cantik Orang Korea, Teknik Double Cleansing, 2x Cuci Muka, Perlu Ke?

Selalu Tersalah Pilih Masker Wajah? Ini Cara TEPAT Nak Pakai Masker Ikut Jenis Kulit Muka


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 02/02/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan