Kutil tumbuh penuh di tubuh? Ia adakah ketumbuhan kulit tidak berbahaya. Jom ketahui punca kutil dan cara untuk merawatnya dalam perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Definisi
Apa itu kutil?
Kutil (akrokordon) adalah ketumbuhan kecil berwarna daging atau keperangan yang melunjur keluar daripada kulit dan kelihatan seperti ketuat. Hal ini sering terjadi dan tidak berbahaya.
Ia terdiri dalam pelbagai saiz daripada beberapa millimeter sehingga mencapai selebar 5 cm.
Apakah kebarangkalian punca kutil terjadi?
Kewujudan kutil ini sangat biasa berlaku. Ia boleh terjadi kepada pesakit tanpa mengira peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya.
Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Punca kutil: Memahami simptom-simptomnya
Kutil adalah ketumbuhan kulit tidak berbahaya. Ia kelihatan seperti belon kecil yang tergantung pada kulit.
Bilangannya tidak tetap daripada bilangan satu sehingga mencecah ratusan. Walaupun beberapa kutil akan gugur secara spontan, namun kebanyakannya akan terus kekal.
Kutil merupakan tisu berwarna seperti daging atau gelap yang melunjur keluar daripada permukaan kulit yang membentuk tangkai kecil dan halus (pedunkulat).
Sesetengah orang memanggil ketumbuhan ini dengan panggilan “cebisan kulit.”
Ketumbuhan kulit kecil ini biasanya akan menimbulkan simptom apabila ia diganggu berulangkali (sebagai contoh, kesan daripada geseran kolar mahupun di pangkal paha).
Penyingkiran kutil sering dilakukan kerana ia mengganggu dari sudut penampilan diri dan ini merupakan tujuan utama kutil dibuang.
Dalam hal yang lain, sesetengah punca kutil perlu dibuang kerana ia merengsakan dan menjadi merah akibat pendarahan atau kehitaman kesan daripada lilitan mahupun tisu kulit telah mati (nekrosis).
Kadang-kadang, ia terkoyak kesan geseran daripada pakaian, barang kemas, haiwan peliharaan atau tali pinggang keselamatan yang mengakibatkan kesakitan atau ketidakselesaan.
Keseluruhannya, punca kutil ini merupakan ketumbuhan tidak berbahaya yang tiada potensi bertukar menjadi barah (malignan).
Bila saya harus berjumpa doktor?
Kutil ini tidak berbahaya dan biasanya tidak menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan.
Walaubagaimanapun, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk membuang kutil tersebut jika ia menjejaskan penampilan anda dan seterusnya memberi kesan terhadap keyakinan diri, atau apabila ia tercarik daripada pakaian mahupun barang kemas serta berdarah.
Punca
Ini dia sebab tumbuh kutil
Kutil ini merupakan suatu kebiasaan dan secara umumnya berlaku selepas pertengahan umur.
Ia dikatakan berpunca daripada kumpulan kolagen dan salur darah yang terperangkap dalam kulit yang sedikit tebal.
Ia dipercayai kesan daripada kulit yang sentiasa bergeseran. Disebabkan hal itulah mereka sering ditemui pada bahagian garisan kulit dan pelipat.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya mendapat kutil?
Terdapat banyak faktor risiko bagi kutil, antaranya:
- Orang pertengahan umur, kelazimannya meningkat sehingga umur 60 tahun;
- Penghidap kencing manis;
- Wanita mengandung berkemungkinan tinggi akan mendapat kutil, kesan daripada perubahan paras hormon mereka;
- Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan;
- Kanak-kanak yang mempunyai banyak lipatan dan geselan kulit;
- Kanak-kanak, khususnya di bahagian bawah lengan dan leher.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti bagi sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana punca kutil didiagnosis?
Terdapat sesetengah struktur hampir menyerupai kutil tetapi hakikatnya tidak.
Kadang-kadang, aksesori tragus dan digit boleh terkeliru dengan kutil ini.
Pemeriksaan patologi disertai dengan biopsi tisu membantu dalam membezakan antara mereka, perkara ini dilakukan jika terdapat sebarang persoalan berhubung dengan diagnosis.
Bagaimana punca kutil dirawat?
Perlu diingatkan bahawa kutil ini biasanya tidak perlu dirawat dan masih perlu cuba amal cara buang kutil.
Membuat keputusan untuk tidak membuat sebarang rawatan sentiasa menjadi pilihan yang munasabah jika ketumbuhan itu tidak mengganggu.
Jika kutil itu mula mengganggu kualiti hidup anda, pelbagai kaedah dengan menggunakan alat-alat di rumah dan perubatan boleh didapati:
- Mengikat kutil pada pangkal kecilnya dengan seutas flos gigi atau tali.
- Membekukan kutil dengan cecair nitrogen.
- Membakar kutil menggunakan kauteri elektrik atau Hyfrecator.
- Membuang kutil dengan gunting diiringi dengan anestesia ataupun tidak.
- Terdapat beberapa cara yang efektif dari sudut perubatan dalam menyingkirkan kutil, termasuklah membuangnya dengan gunting, membekukannya (menggunakan cecair nitrogen), dan membakarnya (menggunakan kauteri elektrik perubatan di pejabat doktor).
Kebiasaannya, kutil bersaiz kecil boleh disingkirkan dengan mudah tanpa menggunakan anestesia, sementara kutil bersaiz besar mungkin memerlukan sedikit anestesia setempat (suntikan lidocaine) sebelum proses penyingkiran bermula.
Penggunaan krim anestesia topikal (krim Betacaine atau krim LMX 5%) sebelum prosedur lebih baik digunakan pada bahagian yang mempunyai banyak kutil.
Pakar dermatologi (doktor pakar kulit), doktor keluarga dan doktor perubatan dalaman ialah para doktor yang sering merawat kutil ini.
Kadang-kadang, doktor pakar mata (pakar oftalmologi) diperlukan bagi menyingkirkan kutil yang sangat hampir dengan pinggir kelopak mata.
Jangan cuba untuk menyingkirkan kutil bersaiz besar secara bersendirian kerana pendarahan yang banyak mungkin berlaku.