backup og meta

Benarkah Orang Tua Kata Bahawa Darah Ayam Adalah Punca Ketuat Muncul?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 31/12/2021

    Benarkah Orang Tua Kata Bahawa Darah Ayam Adalah Punca Ketuat Muncul?

    Orang tua ada kata mengatakan bahawa, punca ketuat terjadi disebabkan darah ayam yang terkena pada bahagian tubuh. Benarkah?

    Sebelum anda pergi lebih jauh mengenai punca ketuat, anda perlu tahu bahawa ketuat telah lama berdampingan dengan hidup manusia.

    Ia telah dijumpai pada tubuh mumia yang berusia 3,000 tahun!

    Walaupun secara umumnya ketuat tidak berbahaya, tetapi ia boleh berjangkit dan menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan kepada individu terbabit.

    Adakah saya mendapat ketuat disebabkan oleh darah ayam?

    Sebenarnya, punca ketuat terbentuk apabila virus human papillomavirus (HPV) menghinggapi kulit anda lalu menyebabkan jangkitan.

    Ia cenderung untuk terbentuk pada bahagian kulit yang pecah atau mengalami koyakan seperti bahagian kulit yang mengalami luka akibat cukur.

    Virus yang hadir berkemampuan memasuki bahagian lapisan atas kulit anda melalui luka tersebut, lalu menyebabkan apa yang dipanggil sebagai ketuat.

    Adakah ia boleh berjangkit?

    punca ketuat

    Ya, ketuat sememangnya boleh berjangkit.

    Anda boleh mendapat ketuat dengan hanya menyentuh ketuat orang lain atau bersentuhan dengan permukaan yang telah disentuh oleh ketuat individu lain seperti kain tuala.

    Tambahan lagi, ketuat juga boleh berjangkit ke mana-mana bahagian lain tubuh anda walaupun anda mempunyai hanya satu ketuat.

    Ini bermakna, anda sendiri boleh menambahkan bilangan ketuat pada badan anda dengan hanya menyentuh ketuat pada tubuh anda sendiri.

    Sebab itu, anda disarankan untuk sentiasa mencuci tangan sekiranya anda menyentuh ketuat anda dan mengelakkan daripada menyentuh mana-mana bahagian kulit yang mengalami luka

    Kenapa ada ketuat yang mempunyai titik-titik berwarna hitam?

    Jika anda mempunyai ketuat yang berwarna hitam atau mempunyai titik-titik hitam, ia sebenarnya adalah salur darah yang membekalkan ketuat dengan nutrien dan oksigen.

    Ketuat memerlukan nutrien dan oksigen untuk bertahan hidup tau!

    Bolehkah ketuat sembuh dengan sendirinya?

    Ia bergantung kepada jenis ketuat tersebut.

    Ada yang boleh hilang dengan sendirinya dan ada juga yang mungkin memerlukan rawatan untuk menghilangkannya.

    Kadangkala, ia boleh mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

    Sesetengah ketuat juga adalah ketuat “ibu” yang menyebarkan ketuat atau menjadi punca ketuat menyebar ke bahagian lain tubuh anda.

    Apakah jenis rawatan yang boleh saya gunakan untuk menghilangkan ketuat?

    punca ketuat

    Bagi jenis ketuat yang biasa terjadi, anda boleh mencuba mendapatkan produk untuk menghilangkannya di kaunter farmasi.

    Cuba dahulu dalam beberapa bulan untuk melihat keberkesanannya.

    Sekiranya punca ketuat anda masih tidak hilang, berjumpalah dengan doktor atau ahli dermatologi.

    Anda boleh dapatkan kaedah rawatan yang lebih berkesan dan pantas bagi menghilangkannya.

    Walau bagaimanapun, anda perlu terus berjumpa dengan doktor sekiranya berada dalam keadaan berikut:

    Apakah cara untuk mengelakkan daripada dijangkiti ketuat?

    Anda boleh ikuti langkah-langkah mudah ini agar anda tidak dijangkiti ketuat:

    • Basuh tangan anda dengan kerap terutamanya jika anda ada menyentuh ketuat individu lain
    • Jangan sentuh ketuat anda
    • Tutup ketuat anda dengan menggunakan pembalut
    • Pastikan tangan dan kaki anda kering
    • Pakai selipar apabila anda menggunakan tempat-tempat awam seperti tandas

    Kesimpulan

    Jelas sekali bahawa punca ketuat disebabkan oleh jangkitan virus dan bukanlah faktor darah ayam.

    Jika faktor darah ayam semata-mata, pasti ketuat tidak mudah berjangkit dengan hanya melalui sentuhan.

    Jika benarlah punca ketuat disebabkan oleh darah ayam, pasti ramai yang tidak mahu lagi berniaga ayam di pasar.

    Jika tidak, dialah individu yang paling teruk dijangkiti ketuat

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 31/12/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan