Sila beritahu kami apa yang salah.
Sila beritahu kami apa yang salah.
Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.
Keratosis Aktinik, yang juga dikenali sebagai Keratosis Suria (solar keratosis), adalah tompokan yang kasar dan bersisik pada kulit anda, yang terbentuk di bahagian kulit yang terdedah kepada matahari; terutamanya di muka, tangan, lengan dan leher. Ia paling kerap dilihat dalam kalangan orang yang berkulit cerah, berambut terang, bermata cerah.
Dalam kebanyakan kes, Keratosis Aktinik adalah bukan kanser. Ia dianggap Lesi Karsinoma Sel Skuamus “in situ” yang bermaksud “lesi” ini terhad kepada satu lokasi dan tidak menyerang tisu lain.
Semakin hampir kawasan anda menetap dengan khatulistiwa, semakin besar kemungkinan untuk anda mempunyai Keratosis Aktinik. Kejadian ini lebih tinggi sedikit pada lelaki, kerana mereka cenderung menghabiskan lebih banyak masa di bawah sinaran matahari dan kurang menggunakan perlindungan matahari berbanding wanita.
Walau bagaimanapun, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Keratosis Aktinik bermula sebagai tompokan pada kulit yang tebal, bersisik dan berkerak, yang bersaiz biasanya kira-kira sebesar pemadam pensel yang kecil. Mungkin akan ada kegatalan atau rasa melecur / pedih di kawasan yang terjejas.
Lama kelamaan, lesi tersebut boleh sama ada hilang, membesar, kekal sama, atau berkembang menjadi karsinoma sel skuamus. Tidak ada cara untuk mengetahui lesi yang mana mungkin akan menjadi kanser.
Tanda-tanda dan simptom bagi Keratosis Aktinik termasuklah:
Ia boleh menjadi agak sukar untuk membezakan antara tompok kanser dan bukan kanser. Oleh itu, anda perlu memastikan kulit anda diperiksa oleh doktor – terutamanya jika tompok atau lesi itu berterusan, tumbuh atau berdarah.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Terdapat banyak penyebab keadaan ini. Walau bagaimanapun, pendedahan jangka masa panjang kepada cahaya matahari dianggap sebagai salah satu sebab yang paling biasa untuk mendorong pembentukan Keratosis Aktinik, ia juga disebut sebagai Keratosis Suria.
Sinaran ultraungu yang terhasil dari lampu-lampu di salun penggelapan kulit boleh menjadi lebih berbahaya berbanding cahaya matahari, menyebabkan pakar-pakar dermatologi memberikan amaran terhadap penggelapan kulit secara tidak semula jadi.
Kadangkala Keratosis Aktinik didapati mungkin berlaku disebabkan oleh pendedahan yang meluas kepada x-ray atau beberapa bahan kimia dalam perindustrian.
Anda mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat keadaan ini jika anda:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor anda mungkin akan dapat menentukan keadaan Keratinosis Aktinik anda hanya dengan memeriksa kulit dengan menggunakan cahaya yang terang atau kanta pembesar untuk mencari sebarang pertumbuhan, tahi lalat, atau lesi. Jika terdapat keraguan, mereka boleh melaksanakan ujian lain seperti biopsi kulit. Semasa biopsi kulit, doktor akan mengambil sampel kecil kulit anda untuk dianalisis di makmal.
Walaupun selepas rawatan untuk Keratosis Aktinik, doktor anda mungkin akan mencadangkan anda untuk memastikan kulit anda diperiksa sekurang-kurangnya sekali setahun untuk sebarang tanda-tanda kanser kulit.
Hampir semua Keratosis Aktinik boleh dihapuskan jika ia dirawat lebih awal sebelum menjadi kanser kulit. Pelbagai pilihan rawatan disediakan, bergantung kepada ciri-ciri pertumbuhan, umur pesakit dan tahap kesihatan. Sesetengah strategi ini akan meningkatkan sensitiviti terhadap matahari, maka bincanglah dengan doktor anda dan gunakan bahan pelindung matahari semasa tempoh rawatan. Antara rawatan yang biasa termasuklah yang berikut.
Cara terbaik untuk mencegah Keratosis Aktinik adalah untuk melindungi diri anda dari matahari. Inilah beberapa tabiat yang selamat terhadap matahari yang benar-benar berfungsi:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Actinic keratosis. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/actinic-keratosis/home/ovc-20263959 . Accessed 10 Feb, 2017.
Actinic keratosis. http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/tc/actinic-keratosis-topic-overview#2 . Accessed 10 Feb, 2017.
Actinic keratosis. http://www.healthline.com/health/actinic-keratosis#Treatments5 . Accessed 10 Feb, 2017