backup og meta

Badan Selalu Gatal-Gatal Walaupun Sudah Mandi, Ia Mungkin Sebab 7 Masalah Kulit Ini!

Badan Selalu Gatal-Gatal Walaupun Sudah Mandi, Ia Mungkin Sebab 7 Masalah Kulit Ini!

Anda sedang berbaring dan tiba-tiba badan anda terasa gatal. Kenapa badan gatal gatal secara tiba-tiba? Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak punca atau penyebab tiba-tiba gatal seluruh badan. Ini 7 punca badan rasa gatal miang yang biasa dialami oleh semua orang. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

7 punca kenapa badan gatal gatal

Ada banyak punca yang menjadi ‘petualang’ kepada masalah kegatalan yang anda alami.

Jika ia berlaku dalam tempoh yang pendek, ia mungkin gatal biasa seperti reaksi terhadap sesuatu atau sekadar gigitan serangga kecil.

Namun, bagaimana pula jika ia kerap berlaku sehingga menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan?

Anda mungkin mengalami salah satu daripada masalah kulit di bawah ini.

#1. Ekzema, antara penyebab badan rasa gatal miang

Ekzema, juga dikenali sebagai dermatitis atopik, adalah keadaan kulit yang menyebabkan ruam merah gatal dan berair.

Ekzema boleh berlaku di mana-mana kawasan kulit pada tubuh kita. Akan tetapi, ia biasa berlaku di kawasan tangan, kaki atau muka.

punca ekzema
Cara melegakan kegatalan kulit akibat ekzema.

Keadaan ini boleh menjadi lebih buruk jika anda mempunyai kulit kering atau apabila kulit digaru.

Elakkan perkara-perkara yang boleh memicu ekzema anda seperti sabun bersifat keras atau bahan kimia lain bagi mengurangkan kegatalan kulit. 

#2. Kenapa badan gatal gatal: Psoriasis

Psoriasis adalah keadaan kulit kronik disebabkan perkembangan sel kulit yang terlalu cepat. Ia menyebabkan kulit menjadi kasar dan bersisik.

Keadaan ini boleh berlaku di mana-mana kawasan badan dan biasa terjadi di sekitar siku, lutut dan kulit kepala.

Selain gatal, psoriasis juga boleh menyebabkan rasa pedih dan sakit.

Pastikan kulit sentiasa lembap dan jauhi pemicu tertentu seperti stres kerana langkah ini boleh membantu mengurangkan gejala psoriasis.

#3. Urtikaria

Urtikaria atau gatal-gatal adalah reaksi alergi yang boleh dikesan melalui benjolan merah atau bengkak pada kulit yang terasa sangat gatal.

Urtikaria biasanya disebabkan oleh reaksi terhadap:

Bagi membantu mengurangkan gejala keadaan ini, pastikan anda mengelakkan diri daripada alergen dan mengambil ubat antihistamin.

#4. Kenapa badan gatal gatal: Dermatitis kontak

kenapa badan gatal gatal
Penyebab masalah dermatitis.

Keadaan ini berlaku apabila kulit bereaksi terhadap sesuatu yang anda sentuh seperti sabun, tumbuhan atau bahan kimia lain.

Dermatitis kontak boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan, bengkak, dan gatal-gatal.

Kenal pasti bahan atau perkara yang menyebabkan kegatalan dan jauhi diri anda daripada menyentuhnya. 

#5. Badan rasa gatal mencucuk kerana kurap

Kurap adalah jangkitan kulit berpunca daripada serangan kulat yang sangat berjangkit.

Ia biasanya menyerang bahagian kaki (athlete’s foot). Akan tetapi, keadaan ini juga boleh berlaku di mana-mana kawasan pada badan.

Anda perlu mengambil ubat antikulat dan menjaga kebersihan kawasan yang terkena kurap bagi mencegah penyebaran jangkitan.

#6. Kutu air

Kenapa badan gatal gatal? Ia mungkin kerana kutu air juga.

Jangkitan ini disebabkan oleh parasit mikroskopik yang meresap ke dalam kulit dan menyebabkan ruam gatal.

Kutu air biasanya tersebar melalui air tawar yang tercemar seperti kolam renang dan jakuzi.

Penggunaan ubat topikal atau oral dapat membantu mengurangkan gejala kegatalan yang dialami. 

#7. Dermatitis seboroik

punca badan gatal
Jenis masalah kegatalan kulit.

Dermatitis seboroik merupakan keadaan kulit yang menyerang kawasan yang kaya dengan kelenjar minyak seperti kulit kepala dan muka.

Penyakit ini boleh menyebabkan kulit menjadi merah, bersisik dan juga gatal.

Ia boleh dikawal dengan menggunakan syampu antikulat selain menjaga kulit anda agar tetap bersih dan kering.

Kesimpulan

Kini anda tahu bahawa penyebab tiba-tiba gatal seluruh badan bukanlah masalah yang remeh. Ia boleh menjadi petanda awal kepada pelbagai masalah kulit kronik lain. Jika anda mengalami kegatalan yang berpanjangan atau disertai dengan simptom lain, jangan abaikannya dan dapatkan nasihat perubatan secepat mungkin.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Atopic dermatitis (eczema). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/atopic-dermatitis-eczema/symptoms-causes/syc-20353273#:~:text=Atopic%20dermatitis%20(eczema)%20is%20a,irritating%20but%20it’s%20not%20contagious. Diakses pada Jun 28, 2023. 

Psoriasis. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/6866-psoriasis. Diakses pada Jun 28, 2023.

Hives. https://acaai.org/allergies/allergic-conditions/skin-allergy/hives/. Diakses pada Jun 28, 2023.

Kurap. http://www.myhealth.gov.my/tinea-corporis/. Diakses pada Jun 28, 2023.

Jangan Pandang Remeh Kutu Air. https://knowyourmedicine.gov.my/ms/kymarticle/jangan-pandang-remeh-kutu-air. Diakses pada Jun 28, 2023.

Seborrheic Dermatitis. https://www.aad.org/public/diseases/a-z/seborrheic-dermatitis-overview. Diakses pada Jun 28, 2023.

Versi Terbaru

29/04/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

5 Petua Hilangkan Jeragat Dengan Baking Soda, Jom Cuba!

Kenapa Badan Selalu Naik Bisul? Ini 6 Punca Bisul Sebenarnya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 29/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan