backup og meta

Kulit Wajah Pun Kena Detoks? Kenali Trend Terbaharu Dunia Kecantikan, Skin Fasting! Berkesan Ke?

Kulit Wajah Pun Kena Detoks? Kenali Trend Terbaharu Dunia Kecantikan, Skin Fasting! Berkesan Ke?

Lambakan pelbagai produk penjagaan kulit wajah dan pemakaian rutin skincare menjadi satu kebiasaan pada masa ini. Namun tahukah anda trend terbaharu dalam dunia kecantikan iaitu skin fasting?

Kita semua sudah terbiasa dengan ideologi dan langkah-langkah tertentu yang harus dilakukan ketika sesi memanjakan diri.

Penggunaan pencuci muka, toner, serum, pelembap dan banyak lagi menjadi amalan bagi kebanyakan wanita.

Tetapi, salah satu trend penjagaan kulit wajah terkini yang hangat diperkatakan di internet adalah skin fasting atau ‘puasa kulit’.

Apa itu ‘puasa kulit’?

tip-penjagaan-kulit-pesakit-lupus

Skin fasting dilakukan dengan mengurang atau mengelakkan penggunaan produk penjagaan kulit untuk ‘detoks’ kulit wajah anda.

Istilah ini pertama kalinya diciptakan hampir sedekad lalu oleh jenama Jepun Mirai Clinical, puasa kulit merujuk kepada amalan tidak memakai produk penjagaan kulit untuk jangka waktu tertentu.

Ideanya adalah untuk memberikan tempoh ‘berehat’ terhadap kulit wajah anda.

Dalam tempoh tersebut, kulit anda berpeluang untuk memperbaiki dan meremajakan kembali wajah dengan sendiri, daripada bergantung terhadap penggunaan produk.

Hasil daripada ini dikatakan mampu menguatkan skin barrier semula jadi, yang dikatakan telah dilemahkan oleh aplikasi produk yang berlebihan.

Teknik ini juga dapat membersihkan toksin kulit dalam prosesnya dan bantu untuk reset semula kesihatan kulit wajah sepenuhnya.

Teori di sebalik skin fasting

Kulit anda menghasilkan bahan berminyak yang disebut sebum yang membantu mencegah kehilangan kelembapan.

Idea di sebalik ‘berpuasa’ daripada produk skin care adalah untuk membiarkan kulit ‘bernafas’.

Katanya, mengelakkan penggunaan produk akan dapat memberikan kulit peluang untuk menjadi neutral dan pengeluaran sebum dapat melembapkan kulit secara semula jadi.

Cara-cara melakukan skin fasting adalah cukup senang; anda cuma perlu elak menggunakan produk pelembap atau kesemua rutin penjagaan wajah anda selama 1 malam atau beberapa hari.

Penyokong trend puasa kulit ini percaya dengan melakukannya boleh mengembalikan keremajaan kulit kepada asal dan secara semula jadi akan menjadi lebih baik.

Pun begitu, tidak ada kajian sahih yang menunjukkan jika kenyataan itu benar.

Adakah skin fasting bermanfaat terhadap kesihatan kulit wajah?

Keadah ini dikatakan agak kontroversi dan mempunyai banyak pandangan yang bercanggah.

Sekiranya anda menggunakan produk penjagaan kulit baru atau kombinasi produk dan mengalami reaksi negatif, anda perlu segera berhenti ataupun ‘berpuasa’ daripadanya!

Proses sebegini diperlukan untuk menentukan punca yang menyebabkan masalah terjadi terhadap kulit wajah anda, dan kemudian anda akan dapat menyesuaikan rutin penjagaan kulit dengan sewajarnya.

Kaedah ini sangat membantu sekiranya anda tidak pasti akan punca terjadinya sesuatu di muka anda seperti kerengsaan, jerawat dan sebagainya.

Namun, tidak semestinya anda harus menolak produk penjagaan kulit wajah anda sekali gus dan membiarkan muka anda tidak dicuci.

Ini akan mengundang masalah kulit yang lebih kronik!

Secara dasarnya, sekiranya rejim rawatan muka anda sekarang memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan kulit wajah, tidak ada keperluan sama sekali untuk anda melakukan puasa kulit!

Adakah kaedah puasa kulit benar-benar berfungsi?

Ada banyak pandangan yang bertentangan mengenai perkara ini, dan banyak juga yang mengakui telah memperoleh hasil yang luar biasa daripada puasa kulit.

Sementara itu, ada juga individu lain mengalami lebih banyak masalah kulit daripada sebelumnya dan pasti tidak akan mengesyorkan kaedah ini.

Melangkau proses pembersihan daripada rutin penjagaan kulit wajah anda akan menyebabkan penambahan sebum, kotoran, dan sel-sel kulit mati berlebihan.

Seterusnya ini akan membuatkan liang pori tersumbat dan juga menyebabkan jerawat.

Dr. Bowe, Pakar Dermatologi bertauliah tidak mengesyorkan kaedah skin fasting ini.

Sebaliknya beliau mencadangkan agar orang ramai menyelaraskan produk penjagaan kulit yang diperlukan dan bersesuaian dengan kulit wajah masing-masing.

Pencuci Muka untuk Kulit Berminyak dan Aspek Penjagaannya - tak keringkan kulit

Beliau juga menekankan untuk menggunakan produk yang saling melengkapi dan tidak bertindih dalam fungsinya.

Sekiranya rejimen rawatan kulit yang anda lakukan kini bersesuaian dengan kulit anda, jadi anda tidak perlu melakukan kaedah ini.

Ini kerana ia mungkin boleh menyebabkan potensi ketidakseimbangan dan kulit anda harus menyesuaikan semula dengan kaedah baharu.

Rumusan

Jika anda sedang pertimbangkan untuk mencuba skin fasting, fikirkan semula lebih mendalam.

Sekiranya kulit wajah anda sedang berada dalam kondisi yang bersih dan sihat, adalah dinasihatkan agar anda mengekalkan rutin skincare anda berbanding mengambil risiko mencuba perkara baharu yang belum pasti hasilnya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/10980-understanding-the-ingredients-in-skin-care-products
  2. https://lifestylecollective.org/2020/04/29/have-you-heard-of-skin-fasting/

Versi Terbaru

21/07/2021

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Detoks Kulit, Boleh Ke?

Rahsia Kulit Wajah Cantik Orang Korea, Teknik Double Cleansing, 2x Cuci Muka, Perlu Ke?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 21/07/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan