Tip Penjagaan Kulit Untuk Pesakit Lupus

    Tip Penjagaan Kulit Untuk Pesakit Lupus

    Perubahan kulit adalah satu perkara yang biasa apabila anda mengalami lupus. Namun itu bukan bermakna anda harus mengabaikan aspek kecantikan dan penjagaan kulit anda. Jom ketahuinya.

    Tip penjagaan kulit pesakit lupus

    Lupus adalah satu penyakit kronik yang melibatkan gangguan autoimun. Masalah kesihatan berkaitan lupus seperti SLE iaitu systemic lupus erythematous, akan memberi kesan kepada keseluruhan badan anda.

    Sistem kekebalan badan anda menjadi kurang aktif apabila menghidapi lupus. Pada asasnya, badan tidak dapat membezakan antara sel malignan dan tisu yang sihat. Ini bermakna, badan anda melihat sel sihat sebagai satu ancaman kepada kesejahteraan badan dan menghasilkan antibodi untuk melawannya.

    Kesannya akan mewujudkan masalah keradangan, sakit dan menjejaskan pelbagai fungsi badan. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan aspek penjagaan kulit.

    Jadi berikut adalah beberapa tip penjagaan kulit yang boleh diamalkan. Selamat mencuba!

    Lindungi kulit daripada sinaran matahari

    Sinaran ultraviolet (UV) pada waktu siang boleh mencetuskan masalah pada kulit, seperti ruam yang berbentuk rama-rama sekitar bahagian hidung dan pipi. Sinaran UV juga boleh mencetuskan selesema dan memburukkan keadaan penyakit secara keseluruhan.

    Umumnya, sama anda sinaran UVA atau UVB, kedua-duanya punca yang boleh menyebabkan ruam. Jadi anda boleh mencuba petua ini:

    Krim perlindungan matahari

    Pastikan anda memakai krim pelindung matahari setiap hari walaupun anda hanya berjalan untuk tempoh yang singkat. Pilihlah krim dengan perlindungan SPF 30. Semak kandungan bahan dan pastikan terdapat bahan mexoryl atau avobenzone (chemical blockers), atau zinc oxide mahupun titanium dioxide (physical blockers) untuk melawan sinaran UV.

    Hindari panas terik

    Sebaiknya hindari daripada berada di luar bangunan pada waktu antara 10 pagi hingga 4 petang, kerana pada waktu ini cahaya matahari adalah kuat. Jika ingin bersenam, pilihlah waktu awal pagi atau lewat petang.

    Pakaian

    Sebaiknya anda pakai baju berlengan panjang bersama seluar panjang apabila berada di luar. Gunakan juga cermin mata yang dapat menapis sinaran matahari serta topi.

    Langkah penjagaan

    Sesetengah ubatan mungkin akan membuatkan anda lebih sensitif kepada cahaya matahari seperti ubat antibiotik atau antiradang mahupun ubat tekanan darah. Jadi anda perlu memastikan anda tidak terdedah kepada cahaya.

    Solekan dan perubatan untuk ruam dan luka

    Jika anda mempunyai ruam berbentuk rama-rama di wajah atau sebarang ruam lagi, anda boleh tanyakan kepada doktor jika terdapat krim kortikosteroid, salap, gel ataupun suntikan yang boleh membantu mengurangkannya.

    Sekiranya anda berdepan masalah warna kulit tidak sekata, kulit nipis atau parut disebabkan lupus, solekan boleh membantu mengurangkan penonjolan masalah ini di wajah anda. Penggunaan solekan warna hijau dapat mengimbangi kemerahan di wajah. Krim pemutihan dengan hydroquinone boleh membantu mengatasi bintik-bintik gelap.

    Masalah lupus juga boleh menjejaskan kulit di bahagian dalam mulut dan hidung. Jika terdapat luka pada bahagian mulut, anda boleh bertanyakan kepada doktor jika terdapat cecair pencuci mulut khas atau ubat gigi yang boleh membantu menyembuhkan luka tersebut. Bagi luka pada hidung, anda boleh sapukan jeli petroleum.

    Penjagaan kulit yang sesuai

    Sebelum anda mencuba sebarang tip penjagaan kulit yang dikongsikan di atas, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat dan rundingan daripada pakar perubatan terlebih dahulu. Ini untuk menghindari sebarang kesan sampingan yang mungkin akan memudaratkan lagi penyakit lupus anda.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 01/07/2020

    Iklan
    Iklan
    Iklan
    Iklan