brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Kenal Pasti Jenis Jerawat Anda

Masalah jerawat pada wajah pasti boleh menimbulkan kerungsingan di hati. Jom kita ketahui apakah punca dan jenis-jenis jerawat yang boleh berlaku.

Kenal Pasti Jenis Jerawat Anda

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Punca jerawat

Jerawat adalah masalah kulit kronik yang biasanya berlaku disebabkan oleh folikel rambut dan kalenjar sebum yang tersumbang atau juga akibat keradangan.

Jerawat boleh terbahagi kepada beberapa jenis, dan ia mungkin disertai dengan keradangan kulit atau tanpa melibatkan keradangan atau kedua-duanya.

Umumnya mungkin sudah mengetahui bahawa jerawat lazimnya menyerang bahagian muka, namun ia juga boleh berlaku pada bahagian tubuh lain termasuk leher, dada dan belakang tubuh.

Salah satu faktor penyebab utama jerawat ialah Propionibacterium acnes (P.acne), iaitu bakteria yang menggunakan rembesan kelenjar sebum sebagai sumber makanannya.

Liang-liang pori kulit yang tersumbat akibat sel-sel kulit mati dan rembesan minyak berlebihan adalah penyebab jerawat di pipi kerana ia akan mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pertumbuhan P.acne.

Malah, keadaan ini menjadi semakin teruk apabila berlaku jangkitan jerawat atau keradangan kulit.

jerawat pada wajah

Masalah jerawat mungkin bertambah teruk disebabkan:

  • Tekanan
  • Merokok
  • Penggunaan kosmetik yang menghalang kulit ‘bernafas’
  • Diet harian daripada makanan berasaskan tenusu dan makanan tinggi indeks glisemik
  • Tahap kelembapan udara yang tinggi
  • Kesan sampingan ubat seperti steroid, hormon, antikonvulsan dsbg
  • Penyakit ovari polisistik

Baca juga:

Jenis-jenis jerawat pada wajah

Jerawat hitam (blackhead) dan jerawat putih (whitehead)

Jerawat hitam muncul sebagai bintik hitam yang dapat dilihat dengan ketara pada permukaan kulit.

Manakala jerawat putih bersaiz lebih kecil dan biasanya muncul sebagai benjolan di bawah permukaan kulit.

bintik hitam

Papul

Papul juga sering dipanggil sebagai lesi kulit dan boleh dilihat pada permukaan kulit.

Ia adalah benjolan kecil yang kebiasaanya berwarna kemerah-merahan dan kadang kala kelihatan berkelompok seperti ruam.

jerawat pada wajah

Pustul, antara jenis jerawat pada wajah

Pustul adalah berwarna merah pada bahagian dasarnya dan berisi nanah (benjolan dipenuhi cecair). Ia boleh juga dilihat dengan jelas pada permukaan kulit.

jerawat pada wajah

Menurut pakar estetik dan kulit, Diva Aesthetics Clinic, Dr Zahirah Tarmizi, rawatan bagi masalah jerawat adalah bergantung kepada jenisnya.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 11/07/2023