Fakta tentang Jerawat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Walaupun sesetengah orang hanya mengalami jerawat sekali sekala, ada pula orang yang mengalami radang jerawat yang boleh membuatkan sekadar membasuh muka menjadi pedih. Sama ada anda sedang menghadapinya atau sekadar ingin tahu tentang jerawat yang kadangkala muncul di dahi anda, berikut adalah 6 perkara yang perlu anda tahu.

Siapa yang berkemungkinan mendapat jerawat?

Jerawat terjadi apabila kelenjar minyak pada kulit anda tersumbat dengan sebum berlebihan, sel-sel kulit mati atau kotoran. Apabila bakteria masuk, plag tersebut mula membengkak, berkembang menjadi jerawat.

Kebanyakan orang menganggap bahawa hanya remaja mempunyai jerawat. Sedangkan semua emua peringkat umur dan etnik mungkin mengalami jerawat. Mereka yang berada dalam usia lima puluhan juga boleh mengalami jerawat.

Apa yang menyebabkan jerawat?

Saintis tidak dapat menentukan punca sebenar jerawat. Walau bagaimanapun, jerawat dipercayai mungkin berlaku hasil daripada gabungan faktor-faktor seperti:

  • Hormon tidak seimbang (kerana akil baligh atau mengandung);
  • Sejarah keluarga;
  • Bahan solek dan produk penjagaan kulit komedogenik (menyebabkan liang tersumbat);
  • Ubat-ubatan tertentu.

Faktor-faktor persekitaran seperti pencemaran dan kelembapan yang tinggi menjejaskan jerawat anda. Begitu juga menekan atau memicitnya. Apabila anda mempunyai jerawat, anda mungkin mahukan skrub muka untuk merasa lebih bersih. Tetapi jangan berbuat demikian kerana ia hanya lebih merosakkan kulit anda.

Bagaimana untuk menjaga kulit anda apabila anda mempunyai jerawat?

Rawatan jerawat mungkin memerlukan sapuan pada kulit dan ubat-ubatan oral. Jika anda mempunyai jerawat, anda dinasihatkan untuk menemui doktor kulit untuk didiagnosis. Walaupun jerawat tidak menjejaskan kesihatan anda, anda perlu rawatan awal untuk mencegah parut dan pigmentasi.

Selain mengambil ubat-ubatan, terdapat langkah-langkah tertentu yang boleh diambil untuk mempercepatkan proses penyembuhan, termasuk:

  • Basuh kulit anda dua kali sehari dengan pencuci muka yang lembut.
  • Jangan sentuh jerawat anda.
  • Jika anda mencukur, basuh kulit anda sebelum memakai krim pencukur untuk melembutkan janggut / rambut anda.
  • Elakkan pendedahan matahari. Jika anda perlu keluar, pakai pelindung matahari berspektrum luas dan sapukan semula setiap 2 jam.
  • Gunakan produk bukan komedogenik.

Mempunyai jerawat boleh membuat anda merasa tertekan, terutamanya apabila anda mengambil ubat-ubatan untuk masa yang lama tanpa melihat penambahbaikan. Gaya hidup yang sihat boleh membantu keadaan kulit anda. Jika anda mempunyai jerawat untuk jangka masa panjang dan ubat-ubatan seolah-olah tidak berfungsi dengan baik, anda perlu mempertimbangkan mengubah gaya hidup anda. Diet yang seimbang, senaman, dan tidur yang cukup boleh mengubah kulit anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tumbuh Bisul Pada Faraj Wanita? Usah Risau, Ini Cara Mudah Merawat, Hanya Di Rumah!

    Bisul di kemaluan adalah benjolan berisi nanah yang terbentuk di luar faraj akibat folikel rambut atau kelenjar minyak yang tersumbat. Ini cara merawatnya..

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 21/12/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Cara Nak Tahu Ketuat Yang Tumbuh Pada Badan Normal Atau Sebab Sakit Kelamin!

    Masalah kulit seperti kutil biasanya tidak berbahaya dan boleh hilang dengan rawatan, tetapi ia mampu menjejaskan penampilan dan boleh jadi menyakitkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Penyakit Kulit, Pusat Kesihatan 02/12/2020 . 3 minit bacaan

    Atasi Masalah Tumit Kaki Merekah Dengan 5 Bahan Dapur Di Rumah, Boleh Cuba, Ya!

    Masalah tumit merekah bukan lagi perkara asing buat kita dan mampu mencacatkan penampilan seseorang. Justeru, apakah rawatan terbaik bagi merawatnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Bahaya! 6 Keadaan Kulit Ini Mungkin Petunjuk Anda Menghidap Penyakit Jantung

    Penyakit jantung berpotensi menjadi antara punca kematian sesetengah individu. Tapi, tahukah anda tanda amaran ia juga boleh dilihat dengan perubahan kulit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kesihatan Jantung, Pusat Kesihatan 06/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Masalah kulit

    Badan Sering Naik Bintik Merah? Jangan Biarkan! Anda Mungkin Terkena 7 Penyakit Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 28/01/2021 . 3 minit bacaan
    serbuk penaik untuk jerawat

    Jangan Pandai-pandai Rawat Jerawat Dengan BAKING SODA! Buruk Kesannya Nanti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
    dermatitis atopik dan ekzema

    Dua-Dua Gatal, Tapi Apa Beza Kulit Dermatitis Atopik Dan Ekzema? Ini Jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
    sabun untuk ekzema

    Susah Nak Cari Sabun Sesuai Untuk Kulit Ekzema? Jangan Risau, Ini Beberapa Tip Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan