backup og meta

Setiap Jenis Kulit Muka Perlu Dicuci Dengan Cara Yang Berbeza-Beza! Ini Panduannya Buat Anda

Setiap Jenis Kulit Muka Perlu Dicuci Dengan Cara Yang Berbeza-Beza! Ini Panduannya Buat Anda

Jika anda sering tertanya-tanya, perlu cuci muka berapa kali sehari, anda tidak keseorangan. Terdapat pelbagai pendapat berbeza-beza dalam menjawab kemusykilan ini. Ada yang mengatakan 2 kali sehari, tapi ada juga yang mengatakan sekali sehari sudah mencukupi. Kenapa keperluannya berbeza-beza? Adakah ia berkait rapat dengan jenis pencuci muka dan cara mencuci muka?

Jangan risau. Segala persoalan ini akan kami jawab seperti di bawah. Teruskan bacaan anda untuk mengetahui jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Cuci Muka Berapa Kali Sehari Jika Kulit Muka Sensitif?

Jika anda menganggap memiliki kulit sensitif membolehkan anda tidak perlu mencuci muka, anda ternyata salah! Buat kulit sensitif, anda perlu mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Ini untuk menghilangkan kekotoran dan juga solekan yang melekat pada kulit wajah setiap hari 1. Namun, kekerapan mencuci muka yang melampau buat individu dengan kulit sensitif akan menyebabkan kulit menjadi cepat kering dan rosak. 

Oleh sebab itu, amat penting untuk individu dengan kulit sensitif memilih jenis pencuci muka yang lembut, tidak lupa menggunakan pelembap muka dan menyapu losyen pelindung matahari setiap hari sebagai rutin penjagaan muka. 

Satu lagi faktor yang perlu dipertimbangkan adalah jenis pencuci muka yang bebas pewangi untuk mengelak kerengsaan pada kulit.2

Bagi mereka yang mempunyai kulit muka sensitif, kami sarankan penggunaan Skin Cleanser yang dirumus khas untuk mereka yang mempunyai kulit muka jenis ini. 

Skin Cleanser

Jenis pencuci muka terbaik bukan sahaja dapat mengembalikan kelembapan kulit, malah juga membantu membersih tanpa menanggalkan minyak semula jadi kulit. 

Gunakan pencuci muka dengan formulasi pH yang seimbang tanpa rensangan, bebas sabun dan bebas pewangi kerana ia amat sesuai untuk digunakan pada semua jenis kulit, sama ada kulit kering, berminyak, kombinasi mahupun kulit sensitif.

Baca juga:

Cuci Muka Berapa Kali Sehari Jika Kulit Muka Berminyak?

cuci muka berapa kali sehari

Untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak, perlu cuci muka berapa kali sehari pula? Jika kulit anda jenis berminyak, amalan mencuci muka secara keterlaluan hanya akan membuatkan kulit wajah anda menghasilkan lebih banyak minyak. 

Malah, lembapan yang ada pada kulit juga akan tertanggal, lantas membuatkan kondisi kulit menjadi semakin teruk. Jadi, cukuplah sekadar mencuci muka 2 kali sehari – sekali pada waktu siang dan sekali pada waktu malam. Gunakan jenis pencuci muka yang lembut dan tidak akan mengeringkan kulit 3

Satu tip penting bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, adalah untuk anda sentiasa melembapkan kulit. Selain menggunakan pembersih yang lembut dan menghidratkan, anda juga boleh menggunakan produk pelembap muka dan pelindung matahari yang dapat mengawal penghasilan minyak dan mengelak pertumbuhan jerawat

Sebagai panduan, terdapat 2 produk pencuci muka untuk kulit berminyak yang sangat direkomendasikan buat individu dengan kulit berminyak yang ingin memiliki kulit yang cantik, sihat dan kekal lembap: 

1. Oil Control Foam Wash

Oil Control Foam Wash merupakan pencuci wajah yang diformulasi khas untuk kulit yang berminyak, kering dan dengan masalah jerawat. 

Pencuci muka ini dapat menanggalkan lebihan minyak di permukaan kulit wajah. Terdapat produk yang mengandungi teknologi zink unik. Teknologi ini dapat mengurangkan bintik merah dan kilauan pada kawasan muka. 

2. Oily Skin Cleanser

Oily Skin Cleanser adalah sejenis pembersih muka yang popular di Malaysia kerana ketangkasannya dalam menanggalkan kekotoran, minyak dan segala bendasing yang terlekat pada kulit wajah. Pencuci muka jenis ini juga ada yang mempunyai pH seimbang, formulasi tanpa sabun dan tidak akan membuatkan pori tersumbat. 

Persoalannya Perlu Cuci Muka Berapa Kali Sehari?

Pakar bersetuju bahawa jumlah yang ideal untuk mencuci muka adalah sebanyak 2 kali sehari; iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam. Bakteria yang terkumpul pada permukaan kulit pada waktu malam akan dibawa ke waktu pagi. Jadi anda perlu mencucinya pada waktu pagi. Begitu jugalah untuk waktu pagi apabila anda keluar berurusan atau menguruskan tugasan harian. 

Untuk menanggalkan solekan, anda boleh menggunakan pencuci muka berasaskan minyak untuk membuang semua bekas solekan yang ada. Dan ingat! Jangan sesekali tidur dengan muka yang tidak dicuci. Kalau tidak, habislah naik jerawat pada keesokan hari!

Apa yang paling penting, untuk memastikan kulit wajah anda sentiasa sihat dan bersih, jangan lupa untuk melakukan regimen penjagaan kulit wajah yang lengkap. Ini bermaksud selain menitikberatkan tentang pencuci muka, anda juga perlu menggunakan krim pelembap muka dan losyen pelindung matahari.

Ayuh kita lihat bagaimana idealnya sesebuah regimen penjagaan kulit wajah yang lengkap untuk kondisi kulit wajah anda:

1. Moisturising Cream

cuci muka berapa kali sehari

Dengan penggunaan Moisturising Cream, anda tidak lagi perlu memikirkan persoalan cuci muka berapa kali sehari buat individu dengan kulit sensitif. Apa yang bagusnya mengenai produk ini, ia bukan sahaja boleh digunakan untuk wajah, malah juga bersesuaian untuk kawasan kulit badan yang mudah kering.

Moisturising Cream atau krim pelembap mudah diserap oleh kulit dan dapat memperbaiki lapisan penghalang semula jadi kulit. Ia juga mengandungi Pro-vitamin B5 dan B34, formulasi krim yang dapat mengekalkan kelembapan dan membuatkan kulit nampak lebih muda dan sihat. 

2. Sunblock Dengan SPF 50+

Apabila anda sering terdedah kepada sinaran matahari, persoalan cuci muka berapa kali sehari bukan lagi perkara utama. Dalam menjaga kesihatan kulit, ramai terlepas pandang tentang kepentingan penggunaan losyen pelindung matahari. Hakikatnya, losyen pelindung matahari bukan sahaja berkesan untuk meratakan warna kulit muka, malah ia juga dapat memastikan kulit individu sentiasa terlindung daripada sinaran matahari yang mampu mengurangkan risiko kanser kulit5.

Sunblock dengan SPF 50+ adalah pilihan tepat untuk memberi perlindungan menyeluruh terhadap sinaran UV.

Semoga perkongsian ini berguna untuk menjawab persoalan cuci muka berapa kali sehari yang sering ditanya oleh pencinta kulit.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Do You Really Need a Skin Care Routine? https://www.nm.org/healthbeat/healthy-tips/do-you-really-need-a-skin-care-routine. Accessed on May 12, 2022. 
  2. Dermatologists’ Top Tips For Relieving Dry Skin. https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics/dry/dermatologists-tips-relieve-dry-skin. Accessed on May 12, 2022. 
  3. How To Control Oily Skin. https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics/dry/oily-skin. Accessed on May 12, 2022. 
  4. The effects of a daily facial lotion containing vitamins B3 and E and provitamin B5 on the facial skin of Indian women: a randomized, double-blind trial. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20061726/. Accessed on May 12, 2022. 
  5. All About Sunscreen. https://www.skincancer.org/skin-cancer-prevention/sun-protection/sunscreen/. Accessed on May 12, 2022. 

Versi Terbaru

13/10/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Mengejutkan! Wajah Menggerutu Bukan Sebab Jerawat @ Jeragat, Puncanya Sebab Kutu

Kaum Adam Nak Jaga Kulit Muka? Mudah Je La, Tapi Kena Kenal Jenis Kulit Dulu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan