Apabila meningkat usia dan matang, anda mungkin terfikir tentang melakukan seks pertama kali. Bagaimana untuk memulakan dan melakukannya, pasti perasaan ini akan muncul pada setiap individu, betul tak?
Ayuh teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.
Hubungan intim untuk kali pertama
Perkara paling penting sebelum melakukan seks pertama kali adalah untuk berasa selesa dan tenang.
Rasa gementar dan gelisah yang muncul itu adalah perkara normal, terutamanya apabila anda berfikir tentang melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini 1.
Walau bagaimanapun, kaitkan rasa gementar itu dengan sesuatu yang menyeronokkan dan bukannya ketakutan atau panik.
Pastinya terdapat banyak perkara yang terlintas di fikiran berkaitan hubungan seks pertama kali, sama ada ia menyakitkan atau mungkinkah akan berlaku perubahan pada badan.
Hakikatnya, tidak akan berlaku sebarang perubahan pada tubuh selepas melakukan seks.
Namun semasa melakukan seks, anda mungkin akan bernafas lebih banyak, berpeluh dan kulit menjadi kemerahan. Ia berlaku disebabkan oleh sifat fizikal seks 2.
Kebanyakan kebimbangan mengenai hubungan seks pertama kali tertumpu kepada sama ada ia akan menyakitkan atau tidak.
Jika anda berada dalam keadaan tenang, selesa dan memberikan perhatian pada tubuh, kesakitan mungkin tidak akan berlaku.
5 tip seks pertama kali untuk dicuba
Selain kebimbangan mengenai kesakitan yang mungkin akan dirasai, melakukan seks untuk kali pertama ini juga boleh menimbulkan rasa janggal dan gugup buat pasangan baru berkahwin.
Namun kalian tidak perlu berasa gusar kerana keadaan itu adalah perkara biasa dan sangat normal.
Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi menangani kebimbangan tersebut 2, 3, 4 :
1. Tenangkan diri
Lebih tenang diri anda, maka pengalaman yang pertama ini juga pastinya akan menjadi lebih baik.
Perasaan sedikit cemas sebelum hubungan seks adalah semula jadi, tetapi kalian tidak seharusnya berasa tertekan atau tegang 1. Sebab itulah pentingnya persediaan, keselesaan dan saling berkomunikasi antara pasangan.
2. Foreplay untuk seks pertama kali
Rasa gementar adalah normal. Namun jika ia keterlaluan, mungkin kalian boleh perlahankan keadaan dengan melakukan foreplay, iaitu aktiviti pemanas sebelum seks. Bagaimana caranya?
Luangkan masa untuk bercium atau menyentuh dan melakukan urutan pada zon erotik antara satu sama lain. Ia boleh membantu membuat kalian berasa lebih selesa dengan badan sendiri dan pasangan 4.
Zon erotik adalah bahagian tubuh yang sangat sensitif dan boleh menghasilkan tindak balas sensual apabila disentuh, seperti pada zakar, puting dan faraj atau bahagian badan lain seperti leher, telinga dan paha 1.
Bagi seorang wanita, anda mungkin memerlukan lebih masa untuk terangsang bagi membolehkan faraj secara semula jadi melincirkan dirinya.
Melakukan banyak aksi foreplay boleh merangsang faraj untuk menghasilkan lebih pelincir. Hubungan intim pastinya akan menjadi lebih lancar jika terdapat pelincir yang mencukupi.
Jika tidak, ketidakselesaan dan kesakitan boleh terjadi, malah boleh menyebabkan luka kecil atau koyakan pada faraj kerana geseran.
Penggunaan pelincir juga boleh membantu menjadikan hubungan intim lebih selesa dan menyeronokkan 5.
Di pasaran, kini terdapat pelbagai jenis pilihan pelincir sama ada berasaskan air, wangian atau berperisa yang boleh membantu memenuhi kepuasan seksual di bilik tidur anda.
Malah terdapat juga sesetengah pelincir yang boleh digunakan untuk mengurut tubuh bagi hubungan intim yang lebih mengghairahkan.
Jenama syarikat gergasi pencegah kehamilan, Durex ada mengeluarkan pelbagai pelincir berasaskan air di pasaran bagi memenuhi kepuasan seksual di bilik tidur seperti Basic, Sensation atau Massage 2 in 1, yang sesuai untuk aksi foreplay.
Bukan sekadar berfungsi sebagai pelincir, produk serbaguna keluaran Durex ini juga boleh digunakan untuk urutan.
3. Perlahan-lahan semasa melakukan seks pertama kali
Rasa bimbang boleh muncul semasa hubungan intim apabila anda tergesa-gesa dan terlalu memikirkan langkah seterusnya yang perlu dilakukan.
Sebaiknya, fokus kepada diri dan momen tersebut. Biarkan segalanya berlaku secara semula jadi 2.
Terdapat juga pasangan yang mungkin terlalu cepat ingin mencapai orgasme (klimaks). Usah begitu, tenang dan jadikan pengalaman seks anda lebih santai serta membahagiakan.
4. Langkah keselamatan semasa seks pertama kali
Melainkan kalian memang merancang untuk hamil, anda harus menggunakan kaedah kontraseptif untuk mencegah kehamilan daripada berlaku 2.
Mungkin anda pernah mendengar mitos bahawa seks pertama kali tidak mungkin menyebabkan kehamilan.
Namun percayalah, ia adalah palsu. Jika sudah didatangi haid, maka kehamilan boleh terjadi dengan melakukan hubungan seks 3.
Pelbagai kaedah pencegahan kehamilan boleh digunakan seperti kondom atau diafragma, yang berfungsi menghalang sperma daripada mencapai telur (ovum).
Pil perancang biasanya mengandungi hormon bagi memastikan telur tidak dilepaskan 6. Akan tetapi, ia tidak berfungsi untuk mencegah penyakit kelamin.
Berlainan dengan penggunaan kondom, bukan sahaja boleh mencegah kehamilan daripada berlaku, tetapi juga dapat mengurangkan risiko penyakit kelamin 7 yang sukar ataupun tidak boleh diubati.
Terdapat banyak jenis kondom yang boleh dijadikan pilihan seperti yang menawarkan keselesaan (sebagai perlindungan), berperisa dan mempunyai tekstur (seronok dan mencabar), nipis (sensitiviti) dan Invisible (untuk keintiman).
Pemakaian kondom
Paling penting, anda perlu pastikan cara pemakaian kondom adalah betul. Ini caranya 8:
- Sebelum menggunakan kondom, pastikan ia belum sampai tarikh luput dan pastikan pek belum koyak dan tiada kebocoran.
- Koyakkan pembalut kondom dengan berhati-hati.
- Pastikan kedudukan kondom adalah betul, di mana gelung kondom patut berada di luar dan kelihatan seperti topi kecil.
- Pegang bahagian hujung kondom, kemudian letakkan pada kepala zakar yang tegang dan keras. Tinggalkan sedikit ruang pada bahagian atas sebagai tempat mengumpulkan air mani.
- Jika perlu titikkan beberapa titis pelincir, sama ada berasaskan air atau silikon pada bahagian hujung kondom sebelum membuka gulungan. Buka gulungan kondom ke bawah batang zakar hingga ke pangkal.
- Boleh juga tambah pelincir pada bahagian luar kondom selepas memakainya pada zakar. Penggunaan pelincir bukan sahaja dapat meningkatkan rasa sensual dan menjadikan aktiviti seks lebih baik, malahan turut mencegah kondom daripada terkoyak atau bocor.
- Selepas ejakulasi, pegang tepi bahagian kondom dan tarik zakar daripada faraj pasangan. Anda perlu menarik zakar keluar sebelum menjadi tidak tegang. Ini kerana ia berisiko menjadikan kondom longgar dan air mani boleh mengalir keluar.
- Tarik kondom dengan berhati-hati. Pastikan anda berada jauh daripada pasangan agar tidak berlaku pertumpahan air mani. Buangkan kondom di dalam tong sampah. Jangan buang di dalam tandas atau ia boleh menyebabkan berlakunya penyumbatan!
Jika anda bimbang tidak dapat mengingati langkah-langkah memakai kondom, usah risau kerana terdapat panduan pemakaian kondom yang dicetak di dalam kotak Durex.
Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang pemakaian kondom.
5. Utamakan kebersihan
Sebaik-baiknya, sebelum memulakan hubungan intim, anda dan pasangan perlu menjaga kebersihan diri seperti memotong kuku serta membasuh tangan dan bahagian kemaluan.
Gunakan kondom baharu untuk setiap aktiviti seksual walaupun anda tidak mengalami ejakulasi.
Wanita disarankan untuk membuang air kecil sebelum dan sejurus selepas melakukan hubungan seks bagi mengurangkan kemungkinan risiko jangkitan saluran kencing 9.
Kaum lelaki juga boleh melakukan perkara yang sama walaupun risiko untuk jangkitan adalah kecil.
Kekal santai
Jika kalian masih keliru tentang cara melakukan seks pertama kali, ia adalah sesuatu yang normal.
Ia perkara biasa untuk berasa gementar dan cemas. Namun percayalah apabila kalian dan pasangan sudah bersedia, segalanya akan berjalan lancar. Paling utama, elakkan terburu-buru.
Pastikan anda mengamalkan seks selamat untuk mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang dan risiko jangkitan kelamin.
[embed-health-tool-ovulation]