backup og meta

Alamak, Pasangan Ada Tabiat Pelik Suka Jilat Lubang Dubur? Pesan Pada Dia, Ini Akibatnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/06/2023

    Alamak, Pasangan Ada Tabiat Pelik Suka Jilat Lubang Dubur? Pesan Pada Dia, Ini Akibatnya!

    Dalam perihal berkaitan seks, terdapat pelbagai cara, teknik, posisi, lokasi dan perlakuan yang boleh dilakukan dalam usaha memuaskan nafsu syahwat contohnya jilat lubang dubur?

    Asalkan ia tidak melanggar hukum syarak serta mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan fizikal dan mental, tiada salahnya untuk mencuba.

    Ada satu perlakuan seks yang sebenarnya agak aneh namun masih ada pasangan yang melakukannya iaitu menjilat dubur! Adakah ia normal?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Perlakuan seks yang dikenali sebagai ‘rimjob

    Mungkin kita semua sudah terbiasa dengan istilah seksual seperti ‘blowjob’, ‘handjob’ atau ‘titsjob’ bukan? Bagaimana pula dengan ‘rimjob’?

    Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu perlakuan seks yang melibatkan anda menjilat, mengucup atau menghisap dubur pasangan.

    Meskipun ramai yang beranggapan bahawa ia adalah satu perbuatan menjijikkan, masih ada pasangan yang menganggap ia mengiurkan lagi memuaskan.

    Ini kerana setiap individu itu pasti akan mempunyai kecenderungan seks (fetish) yang tersendiri seperti jilat lubang dubur, meskipun ia dianggap sebagai aneh atau pelik oleh orang lain.

    Namun ketahuilah bahawa ia adalah haram untuk dilakukan buat pasangan yang menganut agama Islam.

    lubang dubur

    Adakah jilat lubang dubur pasangan itu normal?

    Seperti mana yang telah diperkatakan di atas tadi, setiap individu itu pasti akan mempunyai keinginan atau kemahuan seksual yang tersendiri.

    Oleh itu, adalah tidak adil untuk mengatakan bahawa perbuatan ini adalah tidak normal ataupun ‘gila’ kerana ia adalah pilihan masing-masing.

    Cuma apa yang penting di sini adalah mereka yang beragama Islam ditegah untuk melakukannya bersama pasangan kerana ia boleh mendatangkan dosa.

    Mungkin ada sebab atau hikmah yang kita sendiri tidak nampak di sebalik larangan ini kerana tidak mustahil jika ia boleh mendatangkan kemudaratan.

    Manakan tidak, ia adalah tempat yang sangat kotor untuk diletakkan dekat dengan muka bukan?

    Apakah risiko & bahaya jilat lubang dubur pasangan?

    Secara umumnya, boleh dikatakan bahawa ia mungkin normal dilakukan buat pasangan yang teringin mencuba.

    Pun begitu, ketahuilah bahawa masih wujud beberapa risiko dan bahaya perlakuan seksual ini yang mungkin boleh terjadi kepada anda.

    #1. Bakteria pada kawasan lubang dubur

    Kebersihan adalah sangat penting jika pasangan berkeras mahu melakukannya bersama anda bagi mengelakkan jangkitan bakteria.

    Bakteria yang biasa dikeluarkan melalui lubang dubur seperti E.coli dan Salmonella masih mampu hidup pada kawasan terbabit untuk satu tempoh masa.

    lubang dubur

    Sekiranya kawasan itu dijilat dengan lidah, maka akan wujud risiko di mana bakteria tersebut masuk ke dalam sistem pencernaan pasangan.

    Kesannya, pasangan mungkin akan mengalami gejala seperti sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit.

    #2. Jangkitan penyakit kelamin

    Hakikatnya, kita semua sangat mudah terdedah kepada jangkitan penyakit kelamin (STD) lebih-lebih lagi jika melakukan aktiviti seks yang tidak selamat.

    Boleh dikatakan bahawa rimjob mungkin termasuk di dalam kategori ini kerana ia turut berisiko memindahkan jangkitan penyakit kelamin termasuklah:

    • Ketuat kelamin
    • Sifilis
    • Herpes
    • Gonorrhea
    • Hepatitis A, B

    Meskipun tidak digalakkan, anda dan pasangan mungkin boleh menggunakan dental dam ketika melakukannya untuk mengelak STD.

    Jangan buat lebih-lebih lagi jika…

    Di atas tadi, kami telah nyatakan 2 akibat utama yang mungkin boleh terjadi sekiranya anda atau pasangan masih mahu menjilat dubur masing-masing.

    Dalam pada itu, sebenarnya ada beberapa lagi sebab lain yang menyebabkan anda patut berfikir dua kali sekiranya terlintas keinginan untuk melakukannya.

    lubang dubur

    Jangan biarkan kawasan dubur anda dijilat pasangan sekiranya ada kondisi seperti berikut:

    • Cirit-birit
    • Sembelit
    • Buasir
    • Perut berangin
    • Terlalu banyak lubang yang dijilat
    • Jangkitan sistem pencernaan
    • Luka pada dubur
    • Pendarahan pada dubur

    Ini kerana anda mungkin akan mewujudkan suasana tidak selesa akibat terkeluar angin atau najis tatkala muka pasangan berada dekat dengan dubur anda.

    Oleh itu, adalah wajar untuk kalian menangguh atau mengelak terus daripada melakukan perbuatan ini seketika sementara merawat gejala terlebih dahulu.

    Konklusi

    Kesimpulannya, mungkin masih ada pasangan yang beranggapan bahawa perbuatan menjilat, mencium atau menghisap dubur pasangan ini normal.

    Tidak dinafikan, ia adalah pilihan masing-masing untuk memilih bagaimana untuk memeriahkan lagi kehidupan di kamar tidur kalian berdua.

    Apa yang paling penting adalah tanpa mengira perlakuan seks apapun, ia perlu dilakukan dengan selamat agar tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan