backup og meta

5 Manfaat Minyak Kelapa Terhadap Bayi, Ini Yang Mama Papa Perlu Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/11/2023

    5 Manfaat Minyak Kelapa Terhadap Bayi, Ini Yang Mama Papa Perlu Tahu!

    Tahukah anda bahawa terdapat banyak kebaikan minyak kelapa terutamanya untuk bayi anda? Minyak ini boleh dikategorikan sebagai minyak yang bagus untuk bayi kerana sifatnya yang antibakteria, antivirus serta antikulat.

    Minyak kelapa ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang anda, malahan membantu penjagaan kulit bayi anda. Kelapa merupakan produk semulajadi yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.

    Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui 5 manfaat minyak kelapa yang lain kepada bayi anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

    Kebaikan minyak kelapa #1. Mengurangkan ruam bayi

    Minyak kelapa merupakan cara paling natural dan berkesan merawat ruam.

    Tidak terdapat sebarang kemungkinan ruam tersebut akan bertambah teruk kerana minyak kelapa tidak mempunyai bahan kimia yang mampu mengakibatkan reaksi alahan seperti mana yang disebabkan oleh krim ruam yang lain.

    Apa yang anda perlu lakukan adalah menyapu minyak ini pada kawasan yang dikehendaki. Minyak ini akan menjadi pelindung kepada kulit, mengehadkan kerengsaan kulit yang lain serta merawatnya.

    Minyak ini juga dapat berfungsi menyembuhkan infeksi yis. Selain itu, minyak ini tidak akan merosakkan pakaian sepertimana yang disebabkan oleh rawatan ruam yang lain.

    kebaikan minyak kelapa

    #2. Melembutkan kulit badan bayi, antara kebaikan minyak kelapa

    Kulit bayi anda sememangnya sudah semulajadi lembut tanpa penggunaan sebarang losyen atau krim. Namun jika bayi anda memerlukan sedikit bantuan, minyak kelapa merupakan pilihan semulajadi yang terbaik.

    Kawasan kulit kering pada bayi seperti pada lehernya dapat dirawat menggunakan minyak ini sekaligus membantu menghalang kulit daripada kerengsaan yang lain.

    #3. Kebaikan minyak kelapa dapat membersihkan kotoran pada bayi 

    Bayi gemar membuat sepah terutamanya ketika makan. Minyak kelapa boleh digunakan sebagai agen pembersihan semula jadi untuk membersihkan kotoran yang terdapat pada anak anda.

    Apa yang anda perlukan hanyalah campuran minyak kelapa, sabun organik dan air. Anda tidak perlu tambahkan sebarang wangian kerana minyak kelapa itu sendiri sudah berbau wangi.

    Tambahan itu, anda juga boleh menggunakan minyak ini sebagai sabun mandian bayi anda.

    #4. Merawat kerak kepala bayi

    Kegunaan minyak kelapa yang lain adalah untuk merawat kerak kepala. Anda hanya perlu sapukan minyak ini pada kawasan tersebut dan biarkannya sekitar 20 minit.

    Minyak kelapa ini akan bertindak sebagai pelembap kulit lalu menanggalkannya. Selepas 20 minit, bilas minyak kelapa ini dan gunakan berus yang lembut untuk menyikat rambut untuk menyingkirkan kepingan kerak kepala pada bayi ini.

    #5. Mengurut bayi

    kegunaan minyak kelapa

    Selain mengeratkan hubungan sesama anda dan bayi, urutan bayi juga dapat membantu bayi anda untuk lebih relaks ketika waktu tidur mereka.

    Kebanyakan minyak untuk mengurut bayi sebenarnya diperbuat daripada petroleum iaitu satu bahan berbahaya yang perlu dijauhi daripada kulit bayi anda.

    Bagi menghasilkan krim urutan semula jadi buatan sendiri, anda hanya perlu mencampurkan sedikit minyak kelapa dengan minyak zaitun dan tambahkan sedikit minyak pati jika perlu.

    Lavender juga merupakan pilihan yang bagus kerana ia dapat membantu bayi anda relaks. Pastikan anda memilih minyak kelapa yang suci dan tidak dicemari oleh sebarang bahan kimia atau bahan peluntur bagi menjaga keasliannya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan