backup og meta

11 Persediaan Perlu Dibuat Sebelum Ke Ranjang Lepas Bersalin, Jangan Terus Terjah!

11 Persediaan Perlu Dibuat Sebelum Ke Ranjang Lepas Bersalin, Jangan Terus Terjah!

Persoalan yang sering timbul kepada wanita melahirkan anak adalah mengenai masa yang sesuai untuk melakukan seks selepas bersalin. Takut dan risau merupakan perasaan yang sering membelenggu diri.

Masa yang sesuai

Umumnya, kebanyakan pasangan akan melakukan hubungan seks selepas bersalin apabila pendarahan yang berlaku atau darah nifas isteri berhenti.

Ini kerana melakukan hubungan seks ketika pendarahan masih berlaku boleh meningkatkan risiko jangkitan yang teruk pada kemaluan. 

Kebiasaannya, proses pendarahan ini akan berlaku untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga minggu selepas bersalin.

Walau bagaimanapun, anda masih perlu berhati-hati kerana terdapat risiko luka yang berlaku di dalam rahim sewaktu proses mengeluarkan uri masih belum sembuh sepenuhnya. 

Namun, pada hakikatnya, tidak ada tempoh atau waktu yang khusus untuk anda melakukan aktiviti seksual selepas bersalin. Perkara utama yang harus diberikan perhatian adalah kesediaan anda dari segi fizikal dan mental. 

Normal ke kalau tidak bernafsu untuk seks?

Bagaimana pula kalau anda tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan intim selepas bersalin, adakah ia normal? Jangan bimbang. Hakikatnya apa yang anda rasa adalah sesuatu yang normal. 

Walaupun ia mungkin memakan masa berminggu-minggu, bahkan sehingga berbulan lama sekalipun, ia masih dianggap sebagai satu perkara biasa yang tidak perlu dibimbangkan dan dijadikan satu isu besar. 

Keadaan ini berlaku kerana wujudnya rasa letih yang anda alami akibat tidak mendapat rehat dan tidur yang mencukupi disebabkan menjaga bayi yang baru lahir.

Malahan hormon prolaktin, yang berperanan untuk meningkatkan rasa keghairahan untuk melakukan hubungan seksual juga berkurangan, jika anda menyusu badan. 

Walau bagaimanapun, jika anda berdepan dengan isu seperti kemurungan selepas bersalin, anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rundingan dengan doktor atau pakar kesihatan jika anda berasakan keadaan ini menimbulkan kerumitan buat anda. 

Bagaimana pula kalau anda sudah bersedia tetapi tidak tahu cara yang perlu dilakukan, apatah lagi jika ini merupakan kali pertama anda melahirkan anak?

Sudah tentu ada caranya yang boleh anda cuba? Ingin tahu bagaimana? Teruskan membaca perkongsian artikel ini.

Seks Selepas Bersalin

Persediaan melakukan seks selepas bersalin

Mungkin anda dan pasangan sudah bersedia untuk melakukan hubungan intim tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Jadi berikut dikongsikan tip untuk memulakan hubungan mesra dengan pasangan. Apa yang penting, mulakan perlahan-lahan dan usah tergesa-gesa.

  1. Mulakan dengan berpelukan mesra dan mencium pasangan. Ini sekurang-kurangnya dapat mengembalikan rasa selesa disentuh pasangan setelah lama ‘bercuti’. Anda boleh mulakan dengan mencium pipi pasangan anda.
  2. Jangan tergesa-gesa atau memaksa diri. Jika berasa tidak selesa atau sensitif, berterus-terang dengan pasangan. Anda boleh memintanya berhenti seketika. Jangan terus membiarkan pasangan anda mencium tetapi dalam masa yang sama, anda berasa terpaksa.
  3. Anda mungkin boleh meminta suami untuk menyentuh bahagian klitoris anda bagi membantu menaikkan rangsangan. Ujar kepadanya untuk melakukan dengan perlahan-lahan.
  4. Jika terasa kering pada bahagian faraj, gunakan pelincir untuk mengurangkan rasa sensitif dan ketidakselesaan. Ini sekali gus dapat membantu melancarkan aktiviti seksual. 
  5. Lakukan pergerakan semasa hubungan intim dengan berhati-hati dan perlahan-lahan untuk mengelakkan wujud rasa sakit. Jika wujud rasa sakit, berhenti seketika.
  6. Anda dan pasangan boleh mencuba hubungan seksual yang tidak terlalu memberikan tekanan kepada mana-mana bahagian yang sensitif. Dalam keadaan ini, ia lebih menjurus kepada try and error bagi mendapatkan posisi yang boleh memberikan keselesaan kepada anda dan pasangan. 
  7. Jika berasa letih, mungkin anda boleh menangguhkan terlebih dahulu niat untuk melakukan hubungan intim. Ini kerana jika anda memaksa diri anda, kemungkinan anda akan berasa tertekan dan pasangan anda akan berasa tidak puas apabila hubungan intim yang dilakukan ‘sekadar cukup syarat’.

Perkara yang utama, apabila anda sudah bersedia untuk melakukan hubungan intim dengan suami, cuba untuk tidak memikirkan rasa takut atau sakit. Ini kerana lebih kerap anda memikirkan tentang kesakitan, kecenderungan anda untuk berasa sakit adalah lebih tinggi. Ia seperti permainan psikologi minda; apa yang anda fikirkan, itulah yang akan anda lakukan. Jadi hanya fikirkan sesuatu yang membahagiakan.

Posisi seks selepas bersalin

Adakah terdapat posisi yang tertentu untuk melakukan hubungan intim selepas bersalin? YA, sudah tentu ada. Jadi berikut adalah antara beberapa posisi yang boleh membantu mengurangkan serta mengelakkan wujudnya rasa sakit. Selamat mencuba!

  1. Seks selepas bersalin – Gaya spooning

Posisi ini memerlukan anda untuk berbaring dengan pasangan anda memeluk anda dari belakang. Kedudukan mengiring ini dapat memberikan penetrasi yang sedikit dan tidak terlalu dalam. 

Seks Selepas Bersalin

  1. Gaya berdiri 

Sering kali posisi ini dilakukan di dalam bilik mandi untuk memberikan lebih keselesaan. Anda mungkin berasa ia adalah satu posisi yang mudah tetapi ia bukanlah satu posisi yang sesuai untuk semua pasangan. Tetapi dikatakan posisi ini lebih sesuai untuk ibu bapa baru.

  1. Seks selepas bersalin – Coital Alignment technique

Gaya ini seperti gaya missionary. Tetapi lebih memberi fokus kepada klitoris isteri. Posisi ini dikatakan tidak sesuai untuk suami yang gemar ‘mendayung’ dengan cepat atau dalam. Biarkan penetrasi yang terjadi tidak dalam, ia menjanjikan kepuasan pada kedua-dua pasangan.

  1. Isteri di atas

Pada posisi ini, ia membolehkan isteri mengawal ‘kayuhan’ dari atas; sama ada laju atau lambat, mahupun penetrasi dalam atau tidak. Hubungan intim dalam keadaan ini juga boleh mengurangkan tekanan pada bahagian pelvik supaya aktiviti seksual kurang menyakitkan dan lebih puas untuk isteri. 

Senarai posisi yang dinyatakan adalah mengikut kesesuaian individu dan terdapat perbezaan keselesaan bagi individu yang bersalin secara normal dan juga C-Sec. Seperti yang dikatakan pada awal tadi, setiap pasangan perlu melalui proses try and error.

Bergantung kepada diri

Seperti yang disebutkan dalam artikel ini, perkara yang paling utama adalah diri anda sendiri. Jika anda belum bersedia, jangan memaksa diri dan berterus-terang kepada pasangan anda untuk melakukan seks selepas bersalin. Usah melakukannya semata-mata kerana memenuhi kehendak pasangan sedangkan anda masih belum bersedia.

Sekiranya anda bersedia fizikal dan mental, lakukannya dan nikmatilah hubungan seks itu dengan sebaiknya. 

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sex after pregnancy. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/labor-and-delivery/in-depth/sex-after-pregnancy/art-20045669#:~:targetText=Accessed on Nov 14, 2019
  2. Sex after birth. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/first-year-of-life/sex-after-birth/Accessed on Nov 14, 2019
  3. Sex after birth. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/womens-health/2015/august/sex-after-birth-what-to-do-when-it-just-doesnt-feel-the-same. Accessed on Nov 14, 2019
  4. Sex after childbirth.https://www.lancastergeneralhealth.org/health-hub-home/motherhood/fourth-trimester/sex-after-childbirth-how-long-to-wait-and-what-to-expect. Accessed on Nov 14, 2019
  5. Sex and contraception. https://www.nhs.uk/conditions/baby/support-and-services/sex-and-contraception-after-birth/Accessed on Nov 14, 2019

Versi Terbaru

01/07/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 01/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan