backup og meta

Tak Sampai Hati Nak Kejut, Apa Suami Boleh Buat Untuk Goda Isteri Yang Sedang Tidur?

Tak Sampai Hati Nak Kejut, Apa Suami Boleh Buat Untuk Goda Isteri Yang Sedang Tidur?

Alangkah kasihan hati suami setiap kali melihat isteri kesayangan yang sedang tidur selepas penat menjalani kehidupan seharian. Namun, kadangkala mesti rasa ‘geram’ juga bukan? Tenang, wujud beberapa cara suami ajak isteri bersama dan cara nak bagi isteri sayang yang anda boleh cuba tatkala si dia sedang tidur!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Seks, aktiviti suami isteri yang paling penting?

Sebagai pasangan yang sudah berkahwin, ada banyak aktiviti yang kalian mungkin boleh lakukan bersama seperti memasak, mencuci baju, mengemas rumah, menonton televisyen dan lain-lain.

Pun begitu, ada satu aktiviti paling penting di dalam kehidupan suami isteri yang tidak lain tidak bukan iaitu hubungan seks. Tanpanya, maka akan hambarlah suasana di kamar tidur kalian.

Selain bertujuan menyalurkan nafsu syahwat ke tempat yang betul, seks juga penting untuk anda mendapatkan zuriat di mana ia adalah salah satu penyeri kehidupan alam rumah tangga.

Namun, jangan terus terjah pasangan ketika mereka tidak mampu, tidak mahu atau sedang tidur!

Meskipun anda dan pasangan sudah sah di sisi agama dan undang-undang, segala jenis kelakuan seksual di luar kerelaan individu lain itu adalah satu kesalahan besar dari segi adab dan etika.

Maka, kalian juga mungkin kena tahu beberapa cara nak bagi isteri sayang tatkala si dia sedang lena. Bagaimana?

Cara goda isteri.
Cara goda isteri.

Ini beberapa cara suami ajak isteri bersama!

Bayangkan situasi di mana si isteri sedang nyenyak tidur namun anda sebagai seorang suami pula tengah tinggi nafsu syahwat dan mahukan sesuatu yang seksual. Ingat! Anda tidak boleh selamba lakukan pasangan sesuka hati atau ia akan jatuh ke kategori cabul dan rogol.

Sabar, kami ada beberapa cara nak bagi isteri sayang ketika pasangan sedang tidur iaitu:

#1. Kejutkan pasangan anda dengan perkataan

Sebenarnya, cara suami ajak isteri bersama tidak sukar seperti yang anda bayangkan. Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah mengejutkan pasangan daripada tidur dengan menggunakan ujaran atau bisikan serba syahdu.

Sebaiknya, dekatkan mulut anda dengan telinga pasangan dan ucapkanlah kata-kata yang manja, lembut, perlahan dan romantik supaya mereka boleh bangun tanpa sakit hati atau terkejut.

Selepas berjaya membangunkan pasangan, mintalah izin mereka untuk bersenggama.

Ini sudah pasti akan buat mereka jauh lebih berlembut hati sekali gus memahami tanda suami mahu bersama.

Cara menggoda isteri.
Cara menggoda isteri.

Cara nak bagi isteri sayang #2. Kejutkan pasangan anda dengan perbuatan

Jika mereka masih lagi tidak bangun selepas sepotong ayat diucapkan di telinga, gunakan tangan dan jari anda pula untuk mengembara dengan sentuhan lembut, perlahan serta romantik.

Tidak perlu sehingga meraba atau meramas dengan kuat, anda mungkin cuma perlu sentuh pada titik atau zon erotik tubuh badan mereka seperti di leher, paha, payudara dan anggota sensitif lain.

Tetapi jangan terus memasukkan zakar ke dalam faraj kononnya itu untuk mengejutkan pasangan.

Ingat bahawa aktiviti penetrasi itu cuma ideal kalau dilakukan dengan persetujuan masing-masing.

Cara suami ajak isteri bersama #3. Rancang dari awal

Dalam pada itu, apa kata anda dan pasangan rancang hubungan seksual kalian dari awal lagi? Ia adalah aktiviti yang sebenarnya mungkin boleh dirancang terlebih dahulu dalam segenap aspek.

Selain dari segi masa, kalian berdua turut mampu merancang tentang lokasi dan posisi seks yang ingin direalisasikan. Jadi, jangan malu untuk berbincang dan berkomunikasi tentang perkara ini.

Contohnya, suami di pejabat boleh cuba hubungi isteri di rumah lantas menyatakan hasrat untuk melakukan hubungan pada malam nanti. Si isteri pula hanya tinggal untuk mencari cara seksi di mata suami sahaja!

Elak terjebak dalam nafsu songsang somnophilia!

Di dalam dunia ini, wujud banyak jenis nafsu songsang yang pelik lagi aneh ada pada diri manusia.

Antara yang paling popular adalah:

  • Pedophilia – bernafsu pada budak kecil
  • Preggophilia – bernafsu pada wanita hamil
  • Zoophiliabernafsu pada haiwan

Untuk pengetahuan anda semua, nafsu songsang di atas tadi sama sekali tidak normal malah boleh dikategorikan sebagai sejenis gangguan mental yang memerlukan rawatan segera.

3 cara suami ajak isteri bersama

  • Kejutkan pasangan dengan perkataan
  • Kejutkan pasangan dengan perbuatan
  • Rancang dari awal

Konklusinya, ada banyak cara suami ajak isteri bersama yang anda dan pasangan boleh cuba selagi ia tidak pula melanggar syarat dan syarak dalam perihal hubungan seks di kamar tidur kalian!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Five ways to initiate sex this weekend, https://www.bedsider.org/features/1393-five-ways-to-initiate-sex-this-weekend, Accessed Sep 6 2022
  2. Making the decision: deciding whether or not to have sex, https://www.iwannaknow.org/teens/relationships/decision.html, Accessed Sep 6 2022
  3. Sex And Decision Making, https://www.optionsforsexualhealth.org/facts/sex/decision-making/, Accessed Sep 6 2022
  4. Keep the Spark Alive in Your Marriage, https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/keep-the-spark-alive-in-your-marriage, Accessed Sep 6 2022
  5. Tips to Improve Your Sex Life, https://www.helpguide.org/harvard/tips-to-improve-your-sex-life.htm, Accessed Sep 6 2022

Versi Terbaru

14/10/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan