backup og meta

Isteri Sedang 'Period', Jangan Risau, Puaskan Nafsu Si Dia Dengan 4 Teknik Asmara Ini

Isteri Sedang 'Period', Jangan Risau, Puaskan Nafsu Si Dia Dengan 4 Teknik Asmara Ini

Seks adalah antara perkara yang paling penting dan perlu buat semua pasangan suami isteri. Persoalannya, bagaimana pula jika isteri sedang datang bulan? Usah khuatir, ada cara melayan suami ketika haid yang halal!

Ini menunjukkan bahawa hubungan seks harus dilakukan dengan kerap dan hebat agar tiada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan kehidupan di ranjang kelak.

Adakah cara puaskan nafsu suami dalam Islam?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui cara melayan suami ketika haid dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Apa hukum senggama ketika sedang datang bulan?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita belajar tentang perkara penting ini terlebih dahulu.

Seperti mana yang kebanyakan kita sudah tahu, individu yang beragama Islam dilarang untuk melakukan hubungan seks (penetrasi zakar ke dalam faraj) semasa sedang haid.

Pun begitu, ini tidak bermakna kalian berdua langsung tidak boleh bermesraan kerana terdapat kelonggaran di sini.

Kelonggaran yang dimaksudkan adalah kita dibolehkan untuk melakukan perkara untuk memuaskan nafsu syahwat dengan lapik dan tidak menyentuh bahagian antara pusat dengan lutut.

cara melayan suami ketika haid
Tempoh haid adalah waktu dilarang untuk berhubungan intim.

Sebabnya mudah sahaja, kerana darah haid itu adalah kotor dan termasuk dalam kategori najis pertengahan (mutawasitah).

Dalam erti kata yang lebih mudah, suami tidak boleh memasukkan zakar ke dalam faraj isteri namun boleh menikmati tubuh badan dengan lapik kecuali bahagian antara pusat dengan lutut.

Pun begitu, kebanyakan ahli ulama tidak menggalakkan perkara ini kerana ia boleh merangsang nafsu syahwat lantas membawa kepada persetubuhan.

Apa risiko berasmaradana ketika sedang haid?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu penetrasi zakar ke dalam faraj adalah dilarang sama sekali dan hanya ‘ringan-ringan’ dibolehkan tanpa menyentuh bahagian antara pusat dengan lutut.

Pun begitu, kami tidak menggalakkan pasangan suami isteri melakukan seks ketika datang bulan kerana ia boleh mendatangkan dosa bagi yang beragama Islam dan pelbagai kesan negatif yang lain.

Buat yang bukan beragama Islam, pilihan terletak di tangan anda.

Persoalannya, apa cara melayan suami ketika haid yang boleh diamalkan oleh isteri?

Meskipun ia tidak digalakkan, masih ada pasangan yang melakukan penetrasi zakar ke dalam faraj ketika sedang datang bulan.

Haruslah kalian tahu bahawa ia memang boleh dilakukan secara praktikal namun sangat kotor dan mungkin agak kurang selamat.

cara melayan suami ketika haid
Makanan yang perlu dijauhi untuk elak darah haid berketul.

Berikut adalah keburukan seks semasa haid:

Oleh itu, isteri sila fikirkan semula sebelum setuju dengan permintaan suami ya?

Ini cara melayan suami ketika haid yang boleh dicuba!

Adakah ini bermaksud isteri langsung tidak boleh bercanda dengan suami ketika sedang datang bulan? Jawapannya mungkin ya atau mungkin tidak.

Adalah sangat disarankan untuk kalian mengelakkan penetrasi zakar ke dalam faraj seperti mana yang dituntut oleh aspek agama, keselamatan dan kesihatan.

Namun ia tidak bermakna anda perlu membiarkan suami anda kecewa. Masih ada beberapa perkara yang boleh kalian berdua lakukan.

Boleh lihat cara puaskan nafsu suami dalam Islam dan cara melayan suami ketika haid yang berikut:

#1. Seks oral

Jangan silap kerana suami tidak boleh sesekali melakukan seks oral terhadap faraj isteri ya!

Sebaliknya, si isteri boleh memasukkan zakar ke dalam mulut untuk mengeluarkan air mani si suami.

Ini juga adalah cara melayan suami ketika mengandung.

Adakah anda boleh menelannya? Sila baca artikel kami yang membicarakan khas tentang perkara ini.

cara melayan suami ketika haid
Anda masih boleh bermesra bersama suami ketika tempoh haid.

#2. Handjob

Selain seks oral, isteri juga boleh menggunakan tangan sendiri untuk bermain-main dengan zakar suami. Hukum onani ketika isteri haid seperti ini dibolehkan.

Hukum onani ketika isteri haid?

Sama seperti perbuatan beronani, lakukanlah urutan dan belaian manja sehingga mereka mencapai klimaks.

Ini juga antara cara melayan suami ketika mengandung.

#3. Titsjob

Bukan itu sahaja, isteri juga boleh menggunakan payudara sebagai tempat untuk suami mendayung alat sulit.

Perbuatan ini tentu sahaja mengasyikkan dan tidak akan menyentuh langsung bahagian antara pusat dan lutut.

Ia juga cara melayan suami ketika mengandung.

#4. Seks anal

Untuk pengetahuan anda, seks anal adalah perbuatan yang menjadi perdebatan dalam kalangan ramai pakar.

Ini kerana ia memerlukan suami memasukkan zakar ke dalam lubang dubur isteri, yang sudah tentu sedia kotor tambah lagi dengan lelehan darah haid ke kawasan tersebut.

Malahan juga, agama Islam melarang sama sekali pasangan suami isteri untuk melakukan seks luar tabii ini.


Sudah dapat jawapannya? Kini anda telah tahu cara melayan suami ketika haid. Maka para isteri di luar sana silalah cuba gunakan cara melayan suami ketika haid ini selepas mempertimbangkan kesemua faktor yang kami senaraikan ini ya!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hukum bermesraan ketika haid. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3639-hukum-bermesraan-secara-seksual-tanpa-jimak-ketika-haid/ Accessed Jul 10, 2020
  2. Can you have sex during a period. https://www.nhs.uk/common-health-questions/sexual-health/can-you-have-sex-during-a-period/Accessed Jul 10, 2020
  3. Can I have sex during my period and if I do can i get pregnant. https://www.plannedparenthood.org/learn/teens/ask-experts/can-i-have-sex-during-my-period-and-if-i-do-can-i-get-pregnant/ Accessed Jul 10, 2020
  4. Sex period. https://youngwomenshealth.org/2011/04/20/sex_period_std/Accessed Jul 10, 2020
  5. Sex during period. https://kidshealth.org/en/teens/sex-during-period.html/ Accessed Jul 10, 2020

Versi Terbaru

12/08/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan