Orgasma adalah sesuatu yang sangat dicari dan ditunggu oleh setiap pasangan suami isteri. Pun begitu, mungkin masih ramai yang belum tahu maksud klimaks yang sebenarnya.
Dalam pada itu, apakah yang kita akan rasa pada ketika itu dan adakah maksud dari klimaks ini adalah sama sahaja bagi lelaki dan wanita?
Jangan jawab dulu, teruskan baca artikel ini untuk mengetahui mengenai apa yang dimaksud dengan klimaks dengan lebih lanjut lagi!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual sila dapatkannya di sini.
Apa maksud klimaks?
Apa yang dimaksud dengan klimaks?
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua belajar maksud klimaks itu terlebih dahulu.
Sebenarnya, maksud perkataan klimaks atau orgasma adalah satu fasa kemuncak nafsu syahwat tatkala asyik berasmaradana bersama pasangan.
Ketika ini, fizikal manusia akan mengalami perubahan fisiologi manakala mental manusia pula akan mengalami perubahan emosi yang positif.
Antara perubahan yang berlaku adalah pengeluaran air mani serta perembesan hormon dalam tubuh badan bagi menandakan kepuasan seksual.
Apa yang berlaku pada tubuh badan semasa klimaks?
Seperti yang kami telah nyatakan di atas, akan berlaku perubahan pada fizikal dan mental manusia ketika mencapai kemuncak nafsu syahwat ini.
Menurut kajian yang dijalankan oleh William H. Masters dan Virginia Johnson dalam jurnal Human Sexual Response (1986), wujud 4 fasa utama yang akan berlaku semasa seks iaitu:
- Terangsang
- Mendatar
- Orgasma
- Resolusi
Ketika fasa ketiga iaitu orgasma, inilah waktu lelaki atau wanita itu akan mencapai klimaks di mana individu akan berasa puas.
Ini berlaku ekoran daripada pengeluaran air mani setelah sekian waktu menerima rangsangan serta perembesan hormon di dalam tubuh badan.
Antara hormon yang akan dilepaskan adalah melatonin, oksitosin dan endorfin yang dipercayai mampu membuat kita berasa suka, gembira dan bahagia.
Persoalannya, adakah maksud klimaks berbeza bagi lelaki dan wanita?
Apa beza orgasma lelaki & wanita?
Ya, memang wujud beberapa perbezaan yang agak ketara maksud klimaks di antara lelaki dan wanita
Mari kita teliti dengan lebih lanjut mengikut fasa utama seks:
Fasa #1. Terangsang
Lelaki
Ketika lelaki terangsang secara seksual, darah akan mula mengalir laju ke seluruh tubuh badan.
Ini termasuklah pada zakar lantas menyebabkan ereksi dan testis mula menaik ke atas ekoran skrotum mengetat.
Wanita
Ketika wanita terangsang secara seksual, darah akan mula mengalir laju ke seluruh tubuh badan.
Ini termasuklah pada faraj lantas menyebabkan ia membengkak atau mengembang serta mengeluarkan cecair.
Fasa #2. Plateau
Lelaki
Darah akan mula memenuhi zakar dan testis menjadikan pertambahan saiz.
Selain itu, tekanan darah, degupan jantung dan pernafasan akan menjadi lebih laju.
Wanita
Darah akan mula mengalir ke introitus – bahagian bawah faraj menjadikannya lebih besar.
Buah dada juga akan meningkat saiznya sekitar 25 peratus dan puting mula menegang.
Selain itu, tekanan darah, degupan jantung dan pernafasan akan menjadi lebih laju.
Fasa #3. Orgasma
Lelaki
Air mani akan mula terhasil dan memasuki saluran zakar, bersedia untuk dilepaskan melalui proses ejakulasi.
Sebelum ia terpancut, lelaki akan mengalami klimaks kira-kira 10 hingga 30 saat.
Wanita
Otot faraj akan mengalami kontraksi beritma sekitar 0.8 saat di samping air mani yang terkeluar dengan banyak.
Inilah ketika di mana wanita klimaks dan ia boleh berlaku sekitar 13 hingga 51 saat.
Berbeza dengan lelaki, wanita boleh mengalami orgasma beberapa kali sekiranya dirangsang secara berterusan.
Fasa #4. Resolusi
Lelaki
Ketika ini, lelaki sudah masuk tempoh pemulihan sementara di mana mustahil untuk mengalami orgasma lagi.
Ia boleh berlaku selama beberapa minit atau beberapa hari, mengikut usia dan kondisi kesihatan individu.
Zakar dan testis akan mula mengendur serta sistem tubuh badan akan mula kembali seperti asal.
Wanita
Tubuh badan termasuklah faraj akan mula kembali seperti asal secara beransur-ansur.
Maksud klimaks adalah sama bagi kedua-dua jantina?
Kesimpulan
Di sini dapat kita simpulkan maksud klimaks adalah rasa puas yang dialami semasa kemuncak hubungan seks.
Ya, rasa maksud dari klimaks adalah sama sahaja bagi kedua-dua jantina. Namun, apa yang berbeza adalah perubahan pada tubuh badan seperti yang kami nyatakan di atas.
Sekiranya mengalami masalah tidak mampu atau sangat sukar mencapai orgasma, sila berjumpa pakar untuk mendapatkan konsultasi dan rawatan lanjutan.
[embed-health-tool-ovulation]