backup og meta

6 Kesilapan Seks Encik Suami Selalu Buat Sampai Isteri Kecewa! #4 WAJIB Dielak

6 Kesilapan Seks Encik Suami Selalu Buat Sampai Isteri Kecewa! #4 WAJIB Dielak

Sebagai kaum Adam, kita haruslah menjadi ketua bagi setiap hal dalam rumah tangga termasuklah ketika beraksi di kamar tidur. Namun, kadangkala lelaki juga pasti akan melakukan kesilapan seks sekali gus menyebabkan aktiviti seksual bersama pasangan menjadi kurang memberangsangkan.

Ingin tahu apakah kesilapan seks yang biasa dilakukan oleh lelaki? Jom kita sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual sila dapatkannya di sini.

Kesilapan seks yang biasa dilakukan lelaki!

seks

#1. Menyangka hubungan intim hanya bermula di kamar tidur

Menurut Ian Kerner, Pakar Terapi Seks, seorang lelaki boleh turn on dalam masa sekelip mata sahaja, namun ini bukan satu kebiasaan bagi seorang wanita.

Disebabkan itu, kaum Adam sering menyangka bahawa seks hanya bermula di kamar tidur. Pun begitu, ia adalah satu kesilapan yang wajar dielakkan.

Sebaliknya, perbuatan foreplay seperti berpelukan, berciuman, berpegangan tangan perlulah dilakukan dengan lebih awal. Mungkin ketika kalian sedang menonton televisyen di ruang tamu? Atau ketika kalian sedang bersama-sama mencuci pinggan-mangkuk di dapur?

#2. Sudah tahu semuanya tentang isteri

Sudah lumrah sifat seorang lelaki, ego memang sukar untuk diketepikan. Disebabkan itu, ramai lelaki yang menyangka segala tentang isteri telah diketahui.

Pun begitu, makin ramai wanita yang melakukan orgasma palsu kerana tidak mahu pasangan mereka berkecil hati. Puncanya, adalah kerana lelaki tidak mahu atau tidak peduli untuk bertanya.

Sebaiknya, encik suami wajarlah bersikap terbuka, berkomunikasi dan berkompromi dengan isteri berkenaan hubungan seks kalian di ranjang. Jangan berdegil dan berasa diri anda sudah terlalu pakar kerana telah berkahwin bertahun-tahun.

#3. Tidak mempunyai perancangan alternatif

hubungan intim

“Jangan sesekali kalian sangka jika ia berkesan sekali, ia akan berkesan untuk waktu yang lain juga’, jelas Pakar Terapi Seks, Sari Cooper. Apa maksudnya?

Kebanyakan lelaki akan berpegang teguh kepada pendiriannya ketika melakukan hubungan intim yakni gemar melakukan posisi seks dan lokasi seks yang sama sahaja setiap kali.

Ini adalah tidak wajar kerana wanita juga sangat menghargai variasi dalam hubungan seks. Oleh itu, perancangan alternatif perlu ada untuk menghangatkan lagi keintiman kalian!

#4. Menyangka penetrasi akan membuat pasangan klimaks ketika seks

Wahai lelaki, ini adalah kesilapan seks yang selalu dilakukan oleh kalian tanpa sedar.

Tahukah anda, 80% wanita tidak akan mampu mencapai orgasma jika hanya bersandarkan kepada penetrasi zakar ke dalam faraj semata-mata?

Oleh itu, sila betulkan kesilapan ini dan mula melakukan foreplay menggunakan alat permainan seks untuk memastikan pasangan sudah terangsang sebelum hidangan utama bermula!

Menurut Pakar Psikologi, Lonnie Barbach, si suami perlu membantu isteri dengan merangsang tubuh badan mereka pada faraj dan payudara khususnya sebelum memasukkan alat kemaluan kalian. Ini akan membantu mereka mencapai orgasma dengan lebih mudah kelak.

#5. Menyangka seks cuma bergantung kepada prestasinya semata-mata

Hakikatnya, kehangatan seks mungkin boleh terjejas sekiranya kaum Adam hanya merisaukan tentang kebolehan ereksi dan ejakulasi mereka semata-mata.

Ini kerana ia akan membuat fokus seorang lelaki itu tertumpu kepada dirinya seorang lantas melupakan kemahuan atau keperluan pasangannya.

Ini adalah tidak wajar dilakukan. Sekiranya suami mengalami masalah kemampuan seks, sila beritahu pasangan anda agar jalan penyelesaian dapat difikirkan berdua.

Mungkin dengan bersikap terbuka, isteri anda akan dapat memahami? Jadi, jangan sesekali menyangka anda seorang adalah watak penting dalam projek malam hari kalian ini. Dapatkan pandangan dan bantuan dari pasangan anda juga!

#6. Hanya merangsang faraj dan bukannya klitoris

Wahai kaum Adam, ketahuilah bahawa anatomi tubuh badan seorang wanita dengan lelaki adalah berbeza. Jikalau anda boleh turn on dengan mudah hanya dengan rangsangan zakar, tapi ia tidak sama untuk wanita.

Ini kerana rangsangan pada faraj mereka sahaja adalah tidak mencukupi. Oleh itu, suami perlu belajar untuk merangsang bahagian g-spot isteri terutamanya pada klitoris.

Ketahuilah bahawa sentuhan pada bahagian luar faraj sahaja tidak akan merangsang wanita secara total. Maka, tumpukanlah pada klitorisnya juga.

Encik suami, sila elakkan kesilapan seks ini!

kesilapan seks lelaki

Sekarang, kita semua sudah tahu kesilapan seks yang biasa dilakukan oleh lelaki. Maka, ambil iktibar dan sila elakkan daripada melakukan sebarang kesilapan seks lelaki biasa lakukan seperti yang dinyatakan ini.

Dengan ini, sudah tentu hubungan intim kalian juga mampu menjadi lebih hangat bukan? Kesannya, kalian akan mendapat kehidupan seks yang lebih sihat dan sejahtera!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.brainline.org/article/mistakes-risks-and-sex-its-adolescence

https://www.everydayhealth.com/menopause/sex-after-menopause-the-psychological-factor/

https://www.everydayhealth.com/hs/healthy-living-with-hypothyroidism/maintain-a-healthy-sex-life/

https://medlineplus.gov/ency/article/001949.htm

https://kidshealth.org/en/parents/sex-pregnancy.html

 

Versi Terbaru

24/03/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/03/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan