Tahukah anda, jangkitan HPV (human papillomavirus) sebenarnya bukan hanya berlaku disebabkan hubungan intim, ia juga mampu terjadi tanpa melibatkan aktiviti seksual!
Untuk tempoh masa yang lama, doktor berpendapat dengan mengamalkan seks selamat dan mengikuti pemeriksaan kesihatan berkala sudah cukup untuk mencegah penyakit kelamin (STD).
Seperti yang diketahui penularan HPV yang paling biasa ialah penularan seksual namun ia juga boleh berjangkit secara bukan seksual!
Di samping itu, aktiviti seksual awal seperti bercium, mempunyai pasangan yang ramai dan penggunaan kontraseptif oral, serta status sosioekonomi yang rendah dan merokok, menyumbang kepada peningkatan risiko mendapat jangkitan.1
Kami akan kupas dengan lebih mendalam mengenai topik ini. Teruskan membaca ya!
Dapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual di laman sesawang kami.
Apa itu HPV?
Untuk pengetahuan anda, HPV adalah singkatan daripada human papilloma virus iaitu nama sejenis virus yang banyak dikaitkan dengan ketuat kelamin dan kanser.2
Virus ini boleh tersebar dari satu individu kepada individu lain menerusi penetrasi zakar ke dalam faraj atau sebarang aktiviti seks yang lain seperti seks anal mahupun seks oral. 2
Jangan terkeliru kerana ia adalah berbeza sama sekali dengan HIV yang menyebabkan AIDS dan HSV yang mengakibatkan herpes.
Apa yang membimbangkan adalah penyakit ini mungkin tidak akan menunjukkan sebarang petanda lantas menjadikannya sangat sukar untuk dikesan terutamanya pada peringkat awal.
Adakah lelaki boleh dijangkiti HPV?
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa golongan yang berisiko tinggi dan ia sangat berkait rapat dengan faktor risiko berikut:3

- Menghisap rokok
- Mengambil alkohol
- Cenderung untuk berganti pasangan
- Berjantina lelaki
- Sering melakukan seks oral atau seks anal
- Sering berciuman atau berkucupan bibir bersama pasangan
Jadi, jawapannya adalah ya, lelaki juga boleh dijangkiti HPV! Walaupun HPV sering dikaitkan dengan kanser serviks dalam wanita, lelaki juga berisiko mengalami ketuat kelamin serta kanser tertentu seperti kanser zakar, kanser dubur dan kanser tekak dan tonsil.
Masalahnya, kebanyakan lelaki tidak menunjukkan simptom HPV, menyebabkan virus ini boleh tersebar tanpa disedari. Oleh itu, jika anda menyedari atau mempunyai ketuat alat kelamin atau ketuat pada bahagian lain badan anda, itu adalah tanda HPV.4
Ia boleh terbentuk, menjadi rata, berwarna merah jambu, berwarna daging, kecil atau besar. Ketuat kemaluan yang disebabkan oleh HPV mungkin tumbuh di banyak kawasan yang berbeza seperti dubur, pangkal paha, paha atau zakar anda. 5
Selain daripada ketuat kelamin, anda juga boleh alami ketuat biasa, ketuat leper atau ketuat plantar. Hal ini kerana, jenis HPV yang berbeza menghasilkan ketuat yang berbeza. 6
- Zakar
- Skrotum
- Dubur
- Mulut
- Tekak
3 Cara mudah kurangkan risiko jangkitan penyakit HPV
Lelaki mahupun wanita, anda perlu menyedari bahawa risiko ada di mana-mana. Untuk melindungi diri anda secara berkesan, kami kongsikan beberapa cara mudah untuk dilakukan.
Walaupun masih tiada bukti bagaimana HPV boleh berjangkit, dengan penggunaan kondom atau dental dam (lapisan lateks nipis yang elastik) secara konsisten dan betul semasa melakukan aktiviti seksual atau seks oral, pastinya peluang dijangkiti akan berkurangan.
Berikut adalah antara langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko anda terhadap jangkitan HPV:
1. Mengambil suntikan vaksinasi HPV

Pada ketika ini, vaksin ini diberikan oleh kementerian kesihatan secara percuma untuk remaja perempuan yang berusia 13 tahun. Wanita selain pada usia ini boleh mengambilnya di fasiliti kesihatan kerajaan atau swasta. 7
2. Melakukan hubungan intim yang sihat
Jika anda mempunyai ramai pasangan, anda mempunyai risiko lebih tinggi mendapat jangkitan HPV alat kelamin. Melakukan hubungan intim dengan pasangan yang mempunyai banyak pasangan juga meningkatkan risiko.6
Oleh itu, adalah lebih baik anda gunakan kondom dan lakukan hubungan intim yang sihat.9
3. Melakukan ujian saringan secara berkala
Wanita berumur 30-65 tahun disyorkan untuk melakukan ujian pap smear setiap 3 tahun bagi memeriksa sel serviks untuk kanser.6
Ujian ini bertujuan untuk menemui sebarang perubahan dalam serviks yang mungkin membawa kepada kanser. 8

Antara rawatan penyakit HPV
Disebabkan virus yang menyebabkan penyakit ini muncul selepas masa yang sangat lama akibat inkubasi, maka rawatan bagi jangkitan HPV adalah bergantung kepada jenis penyakit:
- Ketuat: Cara paling mudah untuk merawat ketuat adalah dengan menyapu bahan krim yang telah dipreskripsi oleh doktor. Bagi merawat ketuat yang keras, anda juga boleh menggunakan rawatan haba (penyejukan) untuk menghilangkannya. Namun ketahuilah bahawa kondisi ini mungkin akan bertahan selama beberapa bulan semasa menerima rawatan.9
- Kanser: Doktor akan memberi rawatan bergantung kepada tahap tumor, status serta kondisi kesihatan seseorang pesakit. Bagi kanser, anda perlu diperiksa dengan lebih kerap bagi mengelakkan risiko penyakit menjadi lebih teruk. Untuk mengelakkan ketuat berlaku dengan lebih teruk pula, ia perlu dibuang dengan teknik pembekuan, pembedahan atau penyuntikan ubatan. 10
Kesimpulan
Ramai berfikir HPV hanya berlaku pada wanita walhal lelaki juga boleh menjadi pembawa virus ini. Anda mungkin mendapat jangkitan HPV melalui hubungan intim atau jenis sentuhan kulit ke kulit yang lain.
Sama ada anda lelaki atau perempuan, beritahu doktor jika anda mempunyai simptom seperti ketuat alat kelamin, ketumbuhan dalam mulut atau tekak dan anda tidak pasti apa puncanya. Lebih baik ambil berat dengan sebarang perubahan yang berlaku berbanding terlambat untuk pulih semula.
Diharapkan pengetahuan yang dikongsikan dapat membantu anda dan pasangan daripada virus senyap yang ini.
[embed-health-tool-ovulation]














