Rasanya, ramai mungkin pernah dengar namun masih belum tahu apa itu vaksin HPV. Adakah ia wajib diambil? Adakah ia khusus untuk perempuan sahaja atau lelaki juga? Berapa pula harga vaksin HPV? Jom baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual , anda boleh klik di sini.
Vaksin HPV untuk apa?
Salah satu virus yang paling popular merebak melalui hubungan seksual ialah papilomavirus human genital (HPV).
Dijangka terdapat lebih kurang 40 jenis HPV, dan sudah tentu, semua ini merebak melalui hubungan seksual.
Kebanyakan jangkitan HPV tidak menunjukkan simptom, dan lebih cenderung untuk hilang dengan sendirinya.
Walau bagaimanapun, ramai orang mengambil berat mengenai virus ini kerana virus ini berpotensi besar untuk mengakibatkan kanser serviks bagi wanita.
Kanser servik boleh menyebabkan jumlah kematian yang ketara dalam kalangan wanita di seluruh dunia.
Akibat lain bagi HPV termasuk jenis kanser yang kurang popular bagi lelaki dan wanita:
- Kanser zakar
- kanser faraj
- Kanser anus
- Ketuat genitalia
- Ketuat yang terletak pada bahagian atas saluran pernafasan
Sekali anda menghidapi jangkitan HPV, anda tidak boleh sembuh daripada virus ini lagi.
Walau bagaimanapun, terdapat rawatan yang ada untuk keadaan yang disebabkan oleh jangkitan HPV.
Kenapa pula vaksin HPV sangat penting?
Dijangkakan di Amerika Syarikat sahaja, lebih kurang 12,000 wanita telah didiagnosis dengan kanser serviks, dan lebih kurang 4,000 wanita telah meninggal dunia akibat penyakit ini setiap tahun.
Apa itu vaksin HPV adalah jenis tidak teraktif, dan mempunyai manfaat dalam melindungi pengguna daripada empat jenis HPV yang utama.
Lebih kurang 70% kanser servik disebabkan oleh dua jenis ini, manakala 90% ketuat genitalia terjadi akibat daripada dua jenis yang lain.
Apa itu vaksin HPV turut menawarkan pelindungan yang dipercayai sempurna selain tidak ada kesan sampingan suntikan HPV.
Walau bagaimanapun, oleh sebab vaksinasi ini tidak boleh melindungi anda daripada semua jenis HPV, saringan kanser serviks masih lagi diperlukan.
Siapa yang perlu ambil vaksin HPV?
Apa itu vaksin HPV? Siapa disarankan untuk mengambilnya? Vaksin ini disarankan kepada kanak-kanak perempuan berumur 11 dan 12 tahun.
Kanak-kanak perempuan pada umur 9 tahun juga boleh diberi vaksinasi ini.
Wanita amat digalakkan untuk mengambil vaksin ini bagi mencegah jangkitan HPV yang boleh menyebabkan kanser serviks.
Adakah mereka yang aktif seks akan dapat manfaat?
Wanita disarankan agar mendapatkan apa itu vaksin hpv ini sebelum mereka mula aktif berhubungan seksual dan terdedah kepada jangkitan seksual ini.
Adakah perempuan yang aktif dalam hubungan seksual akan mendapat manfaat daripada vaksin ini?
Ya, sudah tertentu, namun mereka yang aktif dalam hubungan seksual sebelum mengambil vaksin ini mungkin telah terdedah kepada jangkitan terlebih dahulu.
Golongan wanita mana yang digalakkan untuk ambil vaksin ini?
Amalan seks selamat juga haruslah diamalkan seperti menggunakan kondom dan tidak bertukar-tukar pasangan seksual.
[embed-health-tool-ovulation]