backup og meta

Bagaimana Ingin Mengelakkan Gastrik Berulang Semasa Berpuasa?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 30/09/2021

    Bagaimana Ingin Mengelakkan Gastrik Berulang Semasa Berpuasa?

    Gastritis (radang perut) sering digelar gastrik ketika puasa boleh menjadi suatu halangan untuk beribadah di bulan Ramadan. Simptom gastrik seperti sakit perut, loya, dan kembung memang boleh menjadi alasan anda untuk membatalkan puasa.

    Namun, seharusnya gastrik bukan menjadi penghalang yang memaksimumkan ibadah sepanjang bulan Ramadan dengan syarat, anda tahu tip dan cara selamat untuk mencegah gastrik berulang semasa berpuasa. Apakah tipnya?

    Bagaimana cara mencegah gastrik ketika berpuasa agar tidak berulang?

    1. Sentiasa sahur

    Gastrik ketika puasa umumnya boleh dicegah jika anda selalu mengusahakan sahur setiap hari puasa. Jangan biasakan puasa tanpa sahur. Mungkin anda boleh satu atau dua kali tidak sahur kerana pelbagai alasan. Namun, jika hal ini berterusan, anda meningkatkan risiko mengalami gastrik semasa puasa.

    Gastrik anda boleh berulang sewaktu berpuasa terutamanya ketika siang hari dari pukul 10 pagi hingga pukul 12 tengah hari. Semasa sahur, cuba elakkan makanan yang berisiko meningkatkan kebarangkalian serangan gastrik anda berulang.

    2. Berbuka tepat pada waktunya

    Kesibukan anda dalam bekerja ataupun kesesakan teruk apabila anda menuju pulang ke rumah, kadangkala menjadi alasan anda untuk menunda buka puasa. Berbuka puasa tepat pada waktunya sangat penting untuk mencegah gastrik dari berulang. Jangan biasakan diri melengahkan waktu berbuka puasa.

    Elakkan minuman berbuka puasa yang mengandungi kafein. Buatlah jadual makan yang baru sepanjang bulan puasa ini. Jika anda sebelum ini makan tiga kali sehari, anda boleh mengubahnya menjadi empat atau lima kali dari waktu berbuka puasa sehingga waktu imsak dengan setiap hidangan yang kecil agar anda tidak kekenyangan.

    3. Pengambilan makanan yang kaya serat semasa sahur

    Pastikan semasa sahur, anda mengambil makanan yang kaya serat. Serat banyak dijumpai pada buah, sayur, kekacang, beras, agar-agar, dan gandum. Makanan yang kaya serat biasanya mengandungi karbohidrat kompleks. Karbohidrat jenis ini memerlukan masa yang lambat untuk diserap ke dalam sistem badan.

    Makanan kaya serat ini dapat melambatkan pengosongan perut. Mengapa perkara ini penting? Kerana jika perut pesakit gastrik kosong, asid perut anda boleh merengsa dinding perut dan mengakibatkan rasa perih. Hal ini boleh meningkatkan risiko gastrik berulang sewaktu berpuasa.

    4. Elakkan makanan pencetus gastrik

    Pada waltu sahur dan berbuka puasa, anda harus mengelakkan makanan yang boleh membuat gastrik ketika puasa berulang. Elakkan makanan berlemak, kerana makanan yang mengandungi  banyak lemak boleh meningkatkan keradangan pada selaput perut.

    Para doktor di University of Maryland Medical Center mengesyorkan agar pesakit gastritis (gastrik) mengelakkan makanan olahan yang mengandungi gula (selain lemak trans). Mi dan pasta merupakan contoh makanan olahan yang boleh merengsa selaput perut. Makanan pedas seperti cili padi, mustard, dan sos sambal juga boleh memburukkan lagi simptom gastritis.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 30/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan