Jus anggur adalah antara minuman yang dikatakan mempunyai banyak faedah pada kesihatan diri. Malahan, ada yang percaya minuman ini dapat membantu mencegah flu perut. Ingin tahu flu perut adalah penyakit apa? Teruskan membaca.
Namun, persoalannya, adakah apa yang dipercayai ini mempunyai kajian saintifik untuk mengesahkannya? Atau ia sekadar kepercayaan dari mulut ke mulut semata-mata?
Dalam artikel ini, anda akan mendapat jawapan sama ada jus anggur benar-benar mampu untuk melawan masalah sakit perut yang disebabkan bakteria ataupun tidak.
Flu perut adalah…
Mesti ada yang tertanya-tanya apa itu flu perut, kan? Adakah flu perut adalah sama seperti selesema biasa?
Flu perut atau dikenali sebagai gastroenteritis virus adalah jangkitan usus dengan simptom seperti cirit berair, kekejangan abdomen, loya atau muntah.
Ada kalanya keadaan ini turut disertai dengan demam.
Cara paling lazim untuk mendapat masalah gastroenteritis virus ini adalah melalui hubungan dengan individu yang dijangkiti atau dengan memakan makanan atau air tercemar.
Bagi individu yang sihat, anda boleh pulih daripada jangkitan ini tanpa sebarang komplikasi.
Walaupun keadaan jangkitan ini dipanggil sebagai flu perut, tetapi umumnya, gastroenteritis tidak sama dengan influenza.
Simptom flu perut adalah…
Selesema sebenar (influenza) hanya akan mempengaruhi sistem pernafasan anda – hidung, tekak dan paru-paru.
Sebaliknya, jangkitan gastroenteritis virus akan menyerang usus anda dan mengakibatkan munculnya tanda serta gejala seperti:
- Cirit-birit berair, biasanya tidak berdarah. Jika mengalami cirit-birit berdarah, selalunya ia bermaksud anda mempunyai masalah jangkitan yang berbeza dan lebih teruk
- Kekejangan dan sakit perut
- Rasa mual atau muntah mahupun kedua-duanya
- Sesekali diserang sakit otot atau sakit kepala
- Simptom flu perut adalah demam
Bergantung pada penyebabnya, gejala gastroenteritis virus mungkin muncul antara 1 hingga 3 hari selepas dijangkiti dan tahap jangkitan bermula daripada ringan ke parah.
Simptom yang dialami berlanjutan untuk tempoh 1 atau 2 hari. Tetapi kadang-kadang ia boleh berterusan selama 10 hari.
Kerana gejala yang serupa, timbul kekeliruan antara cirit-birit disebabkan jangkitan gastroenteritis dengan cirit-birit disebabkan oleh bakteria, seperti Clostridium difficile, salmonella dan E. coli atau parasit seperti giardia.
Teori mengenai jus anggur & gastroenteritis virus
Jadi adakah benar meminum jus anggur dapat membantu melawan sakit perut disebabkan jangkitan gastroenteritis virus ini?
Ada yang berpendapat bahawa jus anggur dapat membantu mengubah pH – tahap keasidan – asid perut sehingga menghentikan patogen, iaitu agen punca penyakit, daripada membiak dan membuatkan anda sakit.
Walau bagaimanapun, virus perut boleh membiak dengan banyak pada saluran usus anda, yang secara semula jadi mempunyai tahap pH lebih neutral.
Tidak kurang juga yang mempercayai bahawa jus anggur mempunyai sifat antivirus – biasanya dikaitkan dengan kandungan vitamin C di dalamnya.
Vitamin C adalah antioksidan kuat dengan sifat antivirus dan terbukti dapat meningkatkan imuniti tubuh.
Dalam satu kajian tabung uji mendapati bahawa vitamin C mematikan virus yang menyebabkan bakteria dalam perut dan menghalangnya daripada membiak.
Pun begitu, walaupun jus anggur mengandungi sejumlah vitamin C, tetapi ia bukanlah cara terbaik untuk memberikan nutrien ini kepada tubuh.
Ini kerana secawan 180 ml 100% jus anggur mengandungi 63% nilai harian untuk vitamin C, manakala sebiji oren besar mempunyai lebih 100% jumlah vitamin tersebut.
Bahkan, secawan 76 gram brokoli mentah dapat memberikan 85% vitamin C.
Jadi ini bermakna ada cara lain yang boleh membantu anda mendapatkan nutrisi vitamin C lebih banyak berbanding jus anggur dalam melawan flu perut.
Tiada sokongan mengatakan rawatan flu perut adalah jus anggur
Daripada hasil kajian khusus mengenai jus anggur tidak menemukannya sebagai cara terbaik untuk mencegah flu perut.
Walaupun jus anggur nampaknya menawarkan sifat antivirus, tetapi ia hanya ditunjukkan dalam kajian tabung uji – bukan ujian klinikal pada manusia.
Berdasarkan kajian tabung uji yang pernah dibuat menunjukkan jus anggur dapat mematikan virus tertentu dalam perut manusia.
Pun begitu, ia mungkin tidak berkesan jika diminum oleh seseorang individu.
Dalam kajian tabung uji lain menggunakan ekstrak anggur dan infus menunjukkan bahawa sebatian pada kulit anggur, seperti natrium bisulfit, vitamin C, tanin, dan polifenol, boleh meneutralkan aktiviti virus.
Ada juga penyelidikan tabung uji mendedahkan bahawa ekstrak biji anggur dapat mencegah beberapa virus daripada membiak sehingga menyebabkan penyakit.
Walau bagaimanapun, minuman jus anggur yang diminum mungkin tidak memberikan kepekatan sebatian sebagaimana dalam kajian tabung uji.
Kesimpulannya, masih tiada bukti kukuh yang dapat menyokong pengambilan jus anggur sebagai kaedah berkesan untuk mencegah flu perut.
Kebanyakan kajian hanya dilakukan dalam tabung uji makmal, sedangkan masih banyak kajian terhadap manusia diperlukan untuk mengesahkan keberkesanannya.
Banyak cara lain
Ramai individu gemar meminum jus anggur kerana rasanya yang manis dan menganggap ia mempunyai manfaat perlindungan imun tubuh.
Tetapi malangnya, tiada bukti untuk mengesahkan cara berkesan untuk melawan bakteria punca flu perut adalah dengan mengambil minuman ini.
Terdapat banyak cara lain yang boleh membantu meningkatkan imun tubuh dan mengurangkan risiko terkena jangkitan gastroenteritis virus.
Antaranya adalah dengan kerap mencuci tangan, mengelakkan daripada berkongsi makanan dan perkakasan dapur seperti sudu dan garfu dengan individu lain.
Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam serta pengambilan diet pemakanan sihat dengan memperbanyakkan sayuran dan buah-buahan- ini juga antara cara yang boleh dilakukan.
[embed-health-tool-bmr]