Demam Denggi: Jangan Pandang Ringan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Selepas bertahun-tahun, demam denggi masih lagi menjadi cabaran utama dalam kesihatan awam di Malaysia. Penyakit berjangkit ini sentiasa mencatatkan bilangan kes yang tinggi setiap tahun. Meskipun ada sedikit penurunan yang ditunjukkan dalam tahun-tahun belakangan ini, angkanya masih di tahap yang membimbangkan.

Walaupun ia kerap berlaku, tidak sama sekali bermakna demam denggi tidak berbahaya. Bahkan, banyak komplikasi yang boleh berlaku. Jangan ambil mudah. Silap haribulan, kita dan ahli keluarga boleh menjadi mangsa.

Antara komplikasi demam denggi adalah:

1. Pendarahan

Salah satu jenis demam denggi yang paling bahaya adalah demam denggi berdarah. Dalam kes ini, pesakit boleh mengalami pendarahan di seluruh badan. Ini termasuk hidung, gusi, mata dan di bawah kulit. Kadangkala, pendarahan boleh berlaku di dalam faraj, darah haid akan menjadi lebih banyak.

Air kencing turut bercampur darah jika berlaku pendarahan di dalam pundi kencing. Tidak terkecuali juga usus berdarah di mana najis akan berubah warna. Paling parah adalah pendarahan di dalam otak.

2. Kejutan (shock)

Shock atau kejutan adalah komplikasi lain yang mungkin berlaku. Apa yang berlaku adalah tekanan darah menurun secara tiba-tiba secara mendadak. Ia berlaku kerana jangkitan denggi menyebabkan sebahagian daripada cecair di dalam darah keluar daripada peredaran darah. Kesannya, isi padu darah berkurang seterusnya mengurangkan tekanan darah.

Apabila tekanan menjadi rendah, darah gagal untuk dibekalkan kepada organ-organ di seluruh badan, terutamanya organ-organ utama seperti otak, jantung, hati dan buah pinggang.

3. Kegagalan organ

Bertitik tolak daripada kejutan, komplikasi ini boleh berlaku. Organ utama yang menjadi kebimbangan adalah otak, jantung, hati dan buah pinggang. Kegagalan organ-organ ini pastinya akan mengganggu fungsi badan yang normal.

Jika tidak diuruskan segera, atau kegagalan yang berlaku terlalu teruk sehingga tidak dapat diselamatkan, pesakit mungkin berkahir dengan kematian.

4. Paru-paru berair

Paru-paru berair atau pleural effusion berlaku kerana jangkitan denggi menyebabkan cecair di dalam salur darah keluar daripada peredaran darah. Antara tempat cecair tersebut akan terkumpul adalah di sekeliling paru-paru. Pengumpulan cecair ini menyukarkan paru-paru untuk mengembang dan menjalankan fungsinya dengan baik.

Selain paru-paru, organ lain juga boleh terkesan seperti jantung (pericardial effusion) dan abdomen (ascites).

Ini adalah antara komplikasi utama demam denggi. Berhati-hati dengan penyakit ini. Nyamuk aedes meskipun bersaiz kecil, mampu membawa maut kepada manusia.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sup Ketam dan Demam Denggi: Adakah Ianya Membantu?

    Acap kali kedengaran, bahkan terpampang di dada akhbar, khasiat dan manfaat pengambilan sup ketam dalam melawan jangkitan virus denggi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Wabak Chikungunya Kian Tular di Bahagian Utara Negara

    Wabak chikungunya kian tular di negara kita kini. Oleh itu, kita perlu tahu sedikit sebanyak mengenainya. Sila ikuti artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan 27/06/2019 . 4 minit bacaan

    Denggi: 5 Soalan Lazim Mengenainya

    Jutaan kes demam denggi berlaku setiap tahun di seluruh dunia, terutamanya di kawasan tropika dan subtropika seperti Asia Tenggara.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/04/2019 . 3 minit bacaan

    Tahukah Anda Bagaimana Nyamuk Menghidu Kehadiran Manusia Melalui Peluh?

    Nyamuk betina diketahui bergantung kepada pelbagai maklumat deria untuk mencari individu untuk digigit, berpandukan kepada kehadiran karbon dioksida, bau badan, haba, kelembapan, dan isyarat visual. Kini, para penyelidik ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 29/03/2019 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    demam denggi

    Gelombang Ke-2 Kembali Lepas 5 Tahun? Ini 6 Tip Cegah Demam Denggi, Elak Berulang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
    cara cegah malaria

    Selain Denggi, Malaria Juga Penyakit Bahaya Bawaan Nyamuk – Ini 5 Cara Mencegahnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/04/2020 . 3 minit bacaan
    banjir

    Bencana Banjir Boleh Tingkatkan Kes Denggi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/11/2019 . 2 minit bacaan
    kes zika

    Kes Zika Telah Dikenal Pasti Di Perak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 16/10/2019 . 2 minit bacaan