Ini Realiti Sebenar Penghidap Sindrom Down, Bukan Ibu Bapa Saja, Orang Sekeliling Juga Kena Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 07/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Anda pasti pernah berjumpa dengan seseorang yang menghidap penyakit sindrom Down. Mungkin anda juga mengenali beberapa orang kanak-kanak yang hidup dengan penyakit ini. 

Ciri-ciri fizikal mereka membuatkan mereka mudah untuk dikenali, contohnya seperti mata sepet yang berbentuk seperti kacang almond dan muka yang leper.

Walaupun ramai yang tahu tentang sindrom Down, namun pernahkah anda terfikir mengenai hidup sebenar penghidap penyakit ini? 

Ramai yang sangka individu yang menghidap sindrom Down tidak boleh hidup normal seperti orang lain.

Mereka juga mungkin tidak dapat bekerja ataupun berkahwin. Malah, ada yang sangka pesakit sindrom Down tidak akan hidup lama dan selalu gembira!

Sebenarnya, banyak perkara mengenai individu yang menghidap sindrom ini merupakan salah anggap semata-mata.

Walaupun benar kanak-kanak yang mempunyai penyakit ini sukar untuk belajar dan mungkin perlukan masa yang lebih panjang untuk bercakap dan menjaga diri sendiri, selalunya pesakit boleh berkawan, bekerja dan berkahwin pada masa hadapan!

Jom ikuti artikel ini untuk mengupas lebih lanjut mengenai realiti sebenar penyakit sindrom Down!

1. Mereka selalunya gembira sepanjang masa

penyakit sindrom down

Walaupun mereka kelihatan gembira sepanjang masa, pesakit sindrom Down sebenarnya mempunyai perasaan yang sama seperti manusia yang normal. Mereka boleh rasa sedih, marah, malu dan gembira.

Malah, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pesakit sindrom Down lebih terdedah kepada penyakit mental seperti depresi dan kegelisahan berbanding orang lain!

2. Individu yang mempunyai sindrom Down lebih terdedah kepada penyakit

Sindrom Down boleh mempengaruhi sistem imun seseorang. Oleh sebab itu, mereka yang menghidap kondisi ini terdedah kepada jangkitan dan penyakit lebih-lebih lagi semasa mereka masih lagi kanak-kanak.

Walaupun mereka makan makanan yang sihat dan menjaga berat badan, pesakit sindrom Down lebih mudah untuk mengalami masalah berat badan berlebihan.

Mereka juga mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran, hypothyroidism, dan masalah tulang.

Selain itu, mereka membesar lebih perlahan berbanding bayi yang normal.

Disebabkan mereka berjalan dan bercakap lebih lambat daripada bayi normal, mereka mungkin perlukan terapi fizikal dan percakapan supaya mereka boleh belajar dengan lebih pantas.

3. Mereka mempunyai masalah dengan organ hati

Separuh daripada penghidap sindrom Down lahir dengan kecacatan pada organ hati. Oleh sebab itu, hati mereka tidak dapat berfungsi seperti orang lain.

Selalunya, masalah ini boleh disembuhkan melalui pembedahan. Ada juga bayi yang lahir dengan masalah pada usus mereka.

4. Mereka boleh hidup lebih dari 60 tahun

penyakit sindrom down

Mungkin ramai yang menjangkakan pesakit sindrom Down tidak mempunyai jangka hayat yang panjang. Pada tahun 1940-an, bayi yang lahir dengan sindrom ini hanya boleh hidup selama 12 tahun sahaja.

Walau bagaimanapun, disebabkan kemajuan dalam bidang perubatan, kita boleh lihat individu yang mempunyai sindrom ini kini boleh hidup hingga mereka berusia 60 tahun!

5. Kromosom punca penyakit sindrom Down

Kebanyakan manusia yang sihat mempunyai 23 pasang kromosom. Namun, bayi yang lahir dengan sindrom Down mempunyai satu kromosom tambahan.

Oleh sebab itu, mereka mempunyai 47 kromosom, lebih 1 kromosom daripada orang biasa. Bahan genetik tambahan inilah yang menyebabkan mereka menghidap kondisi yang mereka ada sekarang. 

Penyakit ini bukanlah sesuatu yang terjadi secara turun-temurun. Malah, sindrom Down berlaku akibat kesalahan yang berlaku pada kromoson ketika bayi masih lagi dalam bentuk fetus.

6. Berapa ramai orang mempunyai penyakit sindrom Down?

Seperti yang anda tahu, penyakit ini berlaku disebabkan oleh masalah kromosom. Walau bagaimanapun, punca masalah ini masih lagi merupakan satu misteri dalam kalangan pengamal perubatan.

Semua orang boleh mendapat bayi yang mempunyai sindrom Down. Namun, semakin tua ibu yang mengandung, semakin tinggi risiko untuk bayi menghidap sindrom Down.

Ada tiga variasi untuk penyakit ini iaitu trisomy-21, mosaic down syndrome dan translocation down syndrome.

Sindrom ini merupakan sesuatu yang berlaku sejak awal kehamilan. Tidak ada sesiapapun yang akan mendapat penyakit ini jika mereka tidak lahir dengan keadaan ini.

7. Masa sudah berubah

penyakit sindrom down

Dahulu, kanak-kanak dengan penyakit ini tidak boleh hidup lama kerana ramai yang akan jatuh sakit akibat jangkitan. Ramai juga yang akan meninggal dunia disebabkan oleh masalah hati ataupun masalah lain yang mereka hadapi sejak lahir.

Namun, kini kebanyakan masalah kesihatan itu boleh dirawat dengan ubat-ubatan dan pembedahan yang bersesuaian. Oleh sebab itu, pesakit sindrom Down kini mempunyai jangka hayat yang sama seperti manusia normal.

Bagaimana kehidupan pesakit sindrom Down?

Ramai kanak-kanak yang mempunyai sindrom ini boleh belajar di sekolah biasa dan mengikuti kurikulum yang sedia ada. 

Namun, ada juga yang mempunyai masalah pembelajaran dan perlu menghadiri kelas untuk membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik.

Walaupun kebanyakan pesakit sindrom Down mempunyai masalah pembelajaran, ramai yang boleh hidup berdikari pada masa hadapan. 

Namun, mereka perlukan sokongan daripada masyarakat seawal mungkin sebelum mereka berupaya melakukan aktiviti yang dianggap mustahil.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ini 5 Perkara Sebenar Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Penghidap Sindrom Down

Penghidap sindrom Down juga dikatakan tidak mempunyai jangka hayat hidup yang lama, susah mendapat pekerjaan atau berkahwin. Benarkah tanggapan ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 10/10/2019 . 2 minit bacaan

Nora Anne Quoirin: Kehilangan yang Membuka Mata Ramai Pihak

Berita kehilangan seorang remaja Ireland yang bernama Nora Anne Quoirin telah mengejutkan negara apabila tubuhnya telah ditemukan pada 13 Ogos 2019

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Berita, Berita Tempatan 15/08/2019 . 3 minit bacaan

HFMD Dan 5 Penyakit Kulit Biasa, Namun BAHAYA Jika Terjadi Pada Kanak-kanak!

Kulit kanak-kanak adalah sangat sensitif. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit kulit yang biasa dialami oleh kanak-kanak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Penjagaan Kulit Kanak-kanak 18/04/2019 . 3 minit bacaan

Bukan Orang Dewasa Sahaja, Kanak-kanak Turut Berisiko Menghidapi GOUT!

Tahukah anda bahawa penyakit gout turut berisiko dihidapi oleh golongan kanak-kanak? Jadi, ibu bapa sila hati-hati jika anak anda mengadu sakit sendi ya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 14/02/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

telur wanita

Wanita Sudah Ada Telur Sejak Lahir? Ini Fakta Menarik Tentang Ovum, Dari Dalam Rahim Sampai Menopaus

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
hamil di usia 40

Mengandung Di Usia 40-an, Khabar Gembira Atau Duka? Ada 4 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Rancang Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 06/05/2020 . 3 minit bacaan

6 Salah Faham Tentang Sindrom Down Yang Ramai Percaya, No #4 Tolonglah BERHENTI Percaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 24/10/2019 . 2 minit bacaan
penghidap sindrom down

Bolehkah Individu Sindrom Down Tinggal Bersendirian?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 21/10/2019 . 2 minit bacaan